sampar seperti yang diketahui adalah satu penyakit yang menyerang spesis-spesis burung.yup,semua spesis burung boleh mendapat penyakit ni tapi,ayam adalah lebih mudah dijangkiti oleh sampar durjana ni.penyakit ni berpunca dari sejenis virus bernama paramyxovirus.nak sebut pon payah..hehe..kadar kematian plak boleh mencecah 100%,bermakna penyakit ni bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.tanpa pencegahan yang berkesan,anda hanya mampu melihat ayam-ayam tersembam menemui ajal mereka~na'uzubillah.
sampar merupakan penyakit yang mudah merebak melalui najis dan hingus haiwan yang dijangkiti.melalui sentuhan secara langsung,bawaan angin atau melalui barang yang telah tercemar dengan virus ni seperti tapak kasut,makanan ataupon bekas makan minum dan sangkar yang tercemar.virus ni jugak boleh menembusi kulit telur dan menjangkiti embrio.virus ni boleh survive tanpa host untuk berberapa minggu dalam persekitaran yang panas dan lembap..fuhh..lame kot.
ada berberapa tanda ayam-ayam ni diserang dek sampar.kena la rajen-rajen tengok,usha-usha,peteng ayam-ayam yang ade tu kot-kot diorang ade tanda-tanda nih.satu peringatan,ayam-ayam mungkin menunjukkan mane-mane satu atau gabungan simptom,tapi tidak semestinya semua.ia juga bergantung pada strain virus dan jenis burung yang dijangkiti..tanda-tanda akan jelas dalam masa 4 ke 7 hari selepas dijangkiti sampar.
1) masalah pernafasan - ayam yang dijangkiti mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti batuk,bersin,tercungap-cungap bernafas dan selsema(hidung berhingus/berair).masalah pernafasan ni biasanya dijumpai pada anak ayam dan kurang pada ayam yang dewasa.ayam dewasa biasanya lebih cenderung selsema (hidung berhingus/berair) dan mata die seolah-olah cam kena cataract (cloudy eyes)
2) masalah berkaitan perut atau usus - ayam yang dijangkiti sampar biasanya mempunyai masalah cirit birit dengan najis yang cair dan berwarna hijau.
3) masalah sistem saraf - dalam masa 10 ke 14 hari dijangkiti penyakit sampar ni,ayam akan mengalami masalah yang berkaitan dengan sistem saraf.antaranya lumpuh di bahagian kaki,kepak dan leher,dok mengigil cam kena parkinson dan kepak die jatuh.dan bile benda-benda ni terjadi,ayam tu akan bermasalah untuk makan dan akhirnya mati kelaparan.ye la,nak makan camne lau tak leh jalan.
4) penghasilan telur - penghasilan telur bagi ayam yang dihidapi sampar akan berkurang berbanding sebelum kena sampar.tak kurang sikit,die kurang banyak..hehe.telur yang dihasilkan pon mungkin berbeza,samada lebih tebal atau nipis dari kebiasaan serta bentuknya sedikit berbeza dari telur biasa.tapi x de la jadi bentuk segi empat ke ape.
ade orang sembelih ayam yang kena sampar ni,dan diorang sanggup makan.kalo aku..ntah le..hehe..tak kot~
ada berberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah penularan penyakit sampar ni.antaranya :
1) penggunaan vaksin merupakan satu langkah bijak.tapi kurang bijak kalo da kena baru nak vaksin.sebabnya?vaksin ni adalah virus sampar yang telah dilemahkan.kalo ayam tu terkena sampar,tambah lagi ngan vaksin secara tak langsung mempercepatkan kekojolan ayam tersebut.perlu diingat,ayam memerlukan lebih kurang 10 hari untuk membina antibodi selepas divaksin.pada waktu ni ayam dalam keadaan lemah berbanding biasa.so,jangan dok bagi ayam maen hujan,lau kena penyakit berkaitan pernafasan ke ape,leh kiok gak ayam tu.
2) kebersihan perlu dititikberatkan.jangan dok biar najis ayam berlonggok tinggi menggunung kat reban.bukan saje tak bersih,malah merbahaya.kalo tak kena sampar pon,macam-macam penyakit leh kena dek kawasan yang kotor.jadi,kena ada pengawalan kebersihan yang berkala.katekan seminggu sekali buang najis ayam,bersihkan kawasan reban.ayam sihat,hidung kite pon tak yah nak menahan bau najis ayam..hehe.
3) elakkan membawa masuk ayam dari tempat-tempat yang dijangkiti sampar.walaupon ayam yang dibawa tu sihat sebab dah bervaksin sume,tapi die masih boleh jadi pembawa virus.so,berhati-hati.
4) bagi sesiapa yang ayam die dah mati diserang penyakit sampar ni.pastikan bangkai ayam ditanam jauh dari kawasan ternakan.sebaiknya bukan di kawasan lalu lalang.jangan ingat ayam mati,virus die pon mati sekali ea.
5) kawalan haiwan perosak seperti tikus.depa ni boleh jadi ejen penyebaran sampar.buh la perangkap tikus ke,bela kucing ke.janji diorang ni terhapus.jangan tak tahu tikus pon leh jadi penyebab kepada penyakit manusia jugak.allayarham din beramboi meninggal sebab kencing tikus.ingat tak?haa..jangan dok maen2..
6) disinfect kawasan reban guna larutan disinfectant yang ade.formalin ke..ape-ape la.ni bertujuan untuk membasmi virus dan kuman yang ada di reban.
7) jika habis sereban ayam diserang sampar,jangan cepat-cepat ganti dengan yang baru.bagi masa berehat lebih kurang sebulan.dalam masa tu,bersihkan reban,guna pembasmi kuman sume.ingat,virus sampar leh hidup sehingga berminggu-minggu tanpa host.better save than sorry.
orait~ apa yang anda baca dalam post ni adalah hasil pembacaan aku + tanya-tanya kat otai yang ade.kalo ade yang salah harap tegur dan aku leh betulkan.cume satu pesan pihak penaja,kite usaha macam-macam ni,doa padaNya jangan tinggal.ape-ape pon terserah kat Dia tuk tentukan.
semoga bermanfaat.
sekian.wassalam.
3 comments:
info terbaik!!..
ayam saya tinggal 2 ekor ibu, 4 ekor anak.
jantan langsung xde. mintak2 la baka tu selamat dr penyakit sampar.
jntan nnt cari la kat n9.hehe.
Salam, Try bagi ubat selsema kita http://ayam--siam.blogspot.com/
Post a Comment