Translator

Friday, September 30, 2011

nama saya Mat

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

saya nak memperkenalkan diri saya. nama saya Mat.

sayalah Mat
saya nak bercerita kepada anda semua. saya mempunyai hobi.

sila dengar cerita saya.. =P
hobi saya menggigit apa saje yang boleh digigit.
buku ke..

saya sedang menggigit buku


cello tape ke..

gigit sampai tanggal
itulah sedikit pengenalan dari saya.

semua faham kan? ada soalan?

salam perkenalan dari saya, Mat! =D

sekian wassalam.

Thursday, September 29, 2011

ayam belanda

saje nak berkongsi gambar ayam belanda yang terbaru. ayam belanda ni kalo orang utara panggil ayam piru. kalau bahasa negeri sembilan, orang panggil turkey.. hehe..

ayam belanda + ayam api-api

ayam belanda dara

ayam belanda dara

pejantan ayam belanda

kat reban tu ada seekor pejantan, dua ekor induk betina dan dua ekor dara dalam 3 bulan lebih umur die. dah berjual da ayam belanda kat umah ni, tapi dalam kuantiti sikit-sikit je la. mana yang lebih, rasa-rasa macam payah nak bela, tolak je kat petshop. =)

sekian. wassalam.

Wednesday, September 28, 2011

kitten for adoption

kat umah ni ada anak kucing yang baru kematian mak die. punca kematian ibu kucing ni tak diketahui, tau-tau da nampak terbaring, dihurung semut kat belakang pokok serai. padahal semalam elok je time bagi makan.

kucing ni sebenarnya kucing datang, tak tahu asal mane, mungkin orang buang dan die melepak dan sempat beranak kat umah aku. ade anak die dua ekor dan masih menyusu. bagi makanan kucing pon die takmau makan. jadi menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk meng-adopt anak kucing ni bolehlah roger ea. seeloknya segera.

ni gambar sikit :


sekian. wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

si kucing marble

saje nak kongsi gambar kucing marble aku.. hehe.. marble la sangat. mak dia warna hitam tompok oren, bapak dia warna oren. tiba-tiba dia keluar camni. haha.. layan je la. cun jugak. tapi kucing ni kurus sikit..





kalau la kucing ni ada stripe yang lagi jelas macam "marble bengal" atau pun "american shorthair".. fuh.. mesti cun melecun. untuk perbandingan :

marble bengal : (dari Roman Bengals)

marble bengal

american shorthair :  (dari Simply Cat Breeds )

american shorthair

subhanAllah~ cantik kan?? =D

sekian. wassalam.

mencuba cara baru penjagaan anak ayam

ibu dan anak ayam

anak-anak ayam

ibu ayam bersama-sama anak-anaknya
**gambar-gambar diatas merujuk kepada no 2. sila rujuk di bawah.

sekarang aku tengah bereksperimen dengan cara baru memelihara ayam. bagi sesiapa yang merasakan ada kekurangan ataupun cadangan untuk menambahbaik cara yang aku praktikkan ini, sila lah kongsi. sharing is caring. =)

sekarang aku dah berhenti gunakan incubator dan lebih cenderung kepada pengeraman secara semulajadi. ini semua gara-gara kutipan telur yang kurang memberansangkan. macam tak berbaloi guna incubator untuk bilangan telur yang sedikit. jadi, sekarang, sistem yang aku buat adalah sistem lama, eraman menggunakan ibu. cuma, ubah sikit-sikit. kononnye nak sistematik lagi. hehe..

1) telur dari ibu ayam diambil dan diletakkan pada ayam yang tengah mengeram.
- yang aku buat, ayam-ayam yang diakui handal mengeram dibiarkan mengeram telur mereka. pada masa yang sama, telur dari induk yang lain diletakkan sekali. ibu tumpang la kiranya.
-kena pastikan tugas mengeram tidak dilakukan oleh satu ibu sepanjang masa. maksudnya, menetas satu batch, halau le ibu tu. kalau dibiarkan mengeram lama-lama, takut dia melidi, tak cukup makan dan kemudian mati. rugi tuuuu...
2) anak yang menetas, alih kepada ibu lain.
- mana-mana anak yang dah menetas, aku biarkan dalam dua hari sampai si anak ayam tu betul-betul cergas. kemudian aku alihkan kepada ibu yang lain. kiranya tutor diorang la. proses ni agak kritikal sebab pemilihan ibu tutor mestilah ibu yang baik. kalau tidak, mati la anak tu kena patuk. pada pandangan aku, ayam kapan/ ayam katik betina sangat sesuai menjadi ibu tutor. dia tak garang, dan boleh menerima anak ayam lain.
- tujuan fasa ini adalah untuk mengelakkan kebergantungan kepada brooder. jadi, jimat tenaga elektrik, dan anak ayam lebih segar. =)
- ibu dan anak-anak ayam diletakkan dalam sangkar untuk mengurangkan risiko pemangsa.

3) waktu berpisah.
- bagi anak-anak yang dah kuat, pada sekitar umur sebulan dan ke atas, bolehlah diasingkan dari ibu tutor. kena la bagi peluang ibu tutor untuk berehat dan bersosial. hehe..
 -anak dikurung sampai penuh bulu dia. kurang-kurang pada usia dua bulan baru dilepas ke tanah. biar kuat sikit mengharung dunia luar.

p/s : setakat ini, kadar kematian anak ayam sangatlah kurang. batch yang terbaru, untuk 22 ekor anak ayam yang menetas, mati dua ekor. itupun sekor tersangkut pada jaring sangkar.

peringatan : saya budak baru belajar. apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yang saya lalui. kalau salah tolong tunjukkan. =)

sekian. wassalam.

Monday, September 19, 2011

hikhikhik

masyaAllah, pagi-pagi dah nampak benda tak elok.. hehe..


pasangan yang ditangkap khalwat
pasangan ini baru sahaja melakukan "sesuatu". si pakwe (masked hijau) didapati memanjat si makwe (whitefaced kuning) dan mereka melakukannya tanpa rasa silu dan segan.. harapnya cepat-cepat la bertelur ea. =D

alkisah aku mencampurkan dua pair dalam satu cage. sebelum ni ada pair kuning je (insyaAllah confirm jantan betina). sepanjang membela depa dua ni, tak pernah pulak nampaknya depa panjat memanjat. bila da masuk pair masked (tak tahu jantan betina, tapi da nampak sekor dari diorang memanjat, so confirm la sekor jantan) ni baru la nampak aktiviti yang ditunggu-tunggu.. hehe.. kalau nak ikutkan, si masked ni muda lagi. baru nak masuk 6 bulan.

ape-ape pun, aku menunggu dengan tekun dan sabar. hehe..

sekian. wassalam.

Thursday, September 15, 2011

projek pemuliharaan dan pemeliharaan

wah.. bulan ni kurang update blog. bukan dah malas, tapi sebenarnya aku baru habis final. lepas ni pon mungkin akan kurang update gak sebab aku dah mula latihan industri (internship). jadi, update ape yang ada dulu ea.

sangkar lama, dah berkarat. dalam proses mengecat semula.

sangkar - boleh nampak beza bahagian bercat dan tidak

yang siap di cat - lantai dan tutup atas
cat semula dengan warna putih menggunakan berus. kalau guna spray, dua tiga botol tak tentu siap. sebabnya sangkar ni banyak ruang antara dawai-dawai die. kalau guna berus, boleh sapu secara terus ke setiap dawai secara individual.

nak cat semula tak susah mana pon, cuma yang lecehnya bila nak bersihkan sangkar ni sebelum kerja-kerja mengecat dilakukan. nak kena basuh, kikis karat-karat yang ada, bahagian yang bengkok nak kena luruskan balik dan sebagainya. tapi kalau dah siap, puas hati! hehe =)

p/s : nanti dah siap aku update! =D

sekian. wassalam.

Friday, September 9, 2011

Animals rescued from Johor Zoo

JOHOR BARU: Officers from the Wildlife and National Parks Department (Perhilitan) have rescued five animals from the Johor Zoo, said to have been kept in deplorable and unsuitable conditions.Those seized included a tiger named Jeli, which was sent there after it killed a rubber tapper in Kelantan several years ago, the chain-smoking orang utan Shirley and baby elephant Paloh that had reportedly been chained. Also taken away were another orang utan and elephant calf.


The animals were given to the zoo several years ago by the department under a special permit from the Natural Resources and Environment Ministry. Perhilitan deputy director-general Dr Zaaba Zainol Abidin said the operation, which involved 15 workers, was approved by the ministry.

“The zoo has failed to follow the standard regulations and requirements set by the department to provide better and proper living conditions for the animals,” Dr Zaaba said here yesterday. He said Jeli would be moved to the Tiger Valley in the Klau Forest Reserve in Temerloh and the elephant calves to the National Elephant Conservation Centre in Kuala Gandah, both in Pahang, for a retraining programme.

“The tiger had to be taken away because it had even killed its female companion, which was brought to the zoo for breeding purposes,” he added. Shirley and the other orang utan would be returned to their natural habitat at the Matang wildlife centre in Sarawak, added Dr Zaaba, urging the zoo to upgrade its facilities. Visitors expressed shock as the animals were seized from the zoo, which had remained open during the operation.Mohd Fadil Hamzah, 28, who was there with his girlfriend, said he could see the animals being taken away from where they stood near the chimpanzee enclosure. The zoo’s officer-in-charge, Shubanah Yusof, said it would remain open despite “losing” the animals.

The zoo, one of the oldest in the country, was opened in 1928.

**taken from : HERE

thats all. wassalam.

Friday, September 2, 2011

lagi-lagi baby baru

alhamdulillah~ rezeki murah syawal ni. sempena raya kedua, arnab lagi sekor melahirkan anak. kali ni baka local. tuk pengetahuan, dia ni adalah batch pertama anak arnab dulu. rujuk SINI .dah jadi mak da die sekarang.

jadi, layan gambar~!

si ibu

anak-anaknye - 6 ekor.
ni baby pertama bagi ibu yang ni.. harapnya, mereka membesar dengan sihat dan cergas. =)

sekian.wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...