Translator

Saturday, January 28, 2012

Jalan-jalan bersama si Mat

aritu ada kesempatan balik hujung minggu, pergi la ke kampung mengutip buah-buah. bawak la si Mat ni sekali. banyak cerita pon tak guna, layan gambar je la ye. =D

nak gerak pergi, duduk dalam kotak je.
landing kat pokok rambutan

panjat ranting plak

lepak-lepak atas tunggul

tinggi lagi panjat

suka lettew dapat panjat2
 
ini buah manggis tuk sesapa yang x kenal.
ini otw balik

 
***
wahhhhhhhhhhhh..

lame gile tak mengemas kini laman sesawang blogspot aku ni. hehe.. almaklumlah, sibuk memanjang. awal Dec lepas dihantar outstation ke kemaman, sebulan lebih kat sana, kena hantar plak ke Labuan. mungkin syok bunyinye sebab banyak travel tapiii, penat seyh badan.. haha.

sekian je lah ye, tak tau la bila dapat update lagi blog ni. hehe.

sekian. wassalam.

Tuesday, January 10, 2012

meh belajar dari kucing

meh layan ape kucing tu nak nasihat. hehe..
sumber : jangan klik, nanti ketagih.


Friday, January 6, 2012

Minat sepaktakraw?

Entry ini dipetik dari Sepaktakraw

            MAS Sepaktakraw Club akan menganjurkan Klinik & Bengkel Sepaktakraw bertarikh 14 Januari 2012 pada 8.30 pagi dan bertempat di Kompleks Sukan MAS Subang.

            Antara pemain yang hadir adalah Fadhlanshah & Futra Ghani. Amir Abu Bakar (Jurulatih Malaysia) juga akan hadir bagi memeriahkan program ini.

            Aktiviti yang bakal diadakan pada bengkel tersebut adalah seperti Teknik dan skil Sepaktakraw, Demo Gelanggang, Perlawanan Persahabatan bersama bekas pemain Malaysia, Pertandingan “Baikkk Derr!!” dan banyak lagi.

            Bagi yang berminat boleh menghubungi Ameng – 0192294683, Taro – 0136847818, Fadly – 0192467708 & Aniz – 0192216282. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10 seorang. Semua yang berminat dijemput hadir.

Info Program

ItemKeterangan
Nama ProgramKlinik & Bengkel Sepaktakraw – Anjuran Kelab Sepaktakraw MAS
Tarikh Program14 Januari 2012 pada 8.30 pagi
Lokasi ProgramKompleks Sukan MAS Subang
Yuran PenyertaanRM 10
Maklumat LanjutFacebook MAS Sepaktakraw CLUB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...