Translator

Tuesday, April 24, 2012

fuh kiri, fuh kanan

Leya dah pun mula bertelur. diharapkan menjadi lah ye. kalau takde aral, ada rezeki, dalam tengah bulan depan menetas lah telur die ni.

satu biji baru.

Leya yang sedang mengeram
dua tiga hari ni, Leya garang tak hengat. aku tambah makanan pon kena gigit. aku rasa Si Matt pon takut duk ngan Leya ni. nak keluar je keje eh. ni ada video si Matt, tak senang duduk langsung.

video


doakan ye, insyaAllah menetas. =D

sekian, wassalam.

Friday, April 20, 2012

makan lagi~

semalam layan western food, harini layan makanan tradisi pulak. destinasi harini adalah restoran rebung, milik chef ismail & sheikh muszaphar. sebabkan orang yang belanja, barulah aku sampai ke sini. harga makanan yang boleh laa.. agak berpatutan, tapi disebabkan status "trainee", aku consider tempat ni tempat yang mewah. haha.

gambar ada, tapi tak menggambarkan sangat suasana restoran tu. aku amek bahagian tepi je. masa makan tak dan nak snap sebab.. yelahh.. ngah makan kan. =P

maafkan hamba, kamera cap ayam je yang ada. gambar :

bahagian utama dia di sebelah kiri lagi

kawasan makan utama die belakang pokok-pokok buluh tu

gambar super jelas. keh3
sepatutnya aku amek gambar pintu masuk utama. barulah nampak cam restoran. hihi..

makanan yang ada dah okay dah, cukup lah rasa. cume, bagi aku, kalau ada lagi banyak jenis lauk pauk baru lah mantap. bagi sesapa yang pernah layan restoran nelayan kat seremban, mungkin terasa restoran rebung ni kureng sket. cuma, suasana sekitar dia yang menarik. suka hati aku komen macam-macam. haha.

sekian. wassalam.

last day of internship

hari last, pau HR makan mahal-mahal.. kui kui kui..

Braised Beef + Strawberry Sparkle

Apple Banana Crumble + Ice Cream
*tak kira lah makan mahal mana pun, sedap mana pun, dua tiga jam lepas tu lapar balik. hehe.

sekian. wassalam.

Thursday, April 19, 2012

Macaw Nan Hilang

Dari Group FB : 



S.O.S......MACAW ALERT!!!!

PERHATIAN KEPADA PENDUDUK KAWASAN SEKITAR DAMANSARA DAN SUBANG

SESIAPA ADA TERJUMPA ATAU TERNAMPAK MACAW SEPERTI GAMBAR DI ATAS, SILA BERHUBUNG DENGAN Bro Nazri Elias (013 2452525) 

Keterangan lanjut :
Nama burung : Baby Blue
Status : Macaw ini masih diberi makan suap (handfeed)
Waktu kejadian : lebih kurang 7pm (18/4/2012)

 *kepada sesiapa yang menjumpai burung ni, silalah roger brader Nazri Elias tu ye. mahal boh burung ni.

sekian. wassalam.

Tuesday, April 17, 2012

makan makan makan!

tabur hampas kelapa, ramai la yang datang makan-makan. =D

layan gambar je ea :
makang makang

makang makang

sekian, wassalam.

Sunday, April 15, 2012

Pengorbanan Seorang Ibu

Assalamualaikum,

Saya ada terbaca kisah ini di salah satu blog sahabat saya. Mengalir air mata saya. Saya rasa ia satu perkongsian yang amat baik oleh Pn Jamilah yang melalui pengalaman terindah dalam hidup beliau.

Kepada kita yang masih punyai Ibu bapa juga kita sebagai ibu bapa kepada anak2 kita..berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa kita sebagai suruhan Nabi SAW dan Nas Al Quran ;

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-Ankabut:8)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, baginda bersabda: Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah tergantung pada kemurkaan kedua ibubapa (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

KISAHNYA BERMULA DI SINI

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang?“ Mak jawab:“InsyaAllah, abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. “Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.” Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!“ Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita. Lakukan yang terbaik.

1) Balaslah segala jasa kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, doakan kepada mereka setiap kali selepas solat. Minta diampunkan segala dosa mereka.

2) Jagalah anak anak kita sebaiknya. Lakukan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

*kisah ini disalin dari blog seorang sahabat Maria Firdaus . moga menjadi bacaan bermanfaat. =D


sekian, wassalam.

Saturday, April 14, 2012

minum petang!

balik dari HKL harini, singgah umah mak teh di taman panchor jaya. perkena teh o panas ngan kuih muih tradisional... perghhhh.. masyukk

dah lama tak perkena kuih muih tradisional ni. sebab selalunya, bila jalan sendiri, tengok orang jual-jual tu, macam takde keinginan pulak nak membeli. tapi, bila da siap dihidang, siap ngan air semua. sempat la snap, tapi itu pun karipap da nak abes. hehe..

kuih muih yang ada :
1) kuih keria - macam donat, bezanya kuih keria ni dibuat dalam saiz yang lebih kecil dan dibuat  dari keledek yang dihancurkan.
2) kuih apam - biasa lah kuih ni. nak terangkan apa taktau.. hehe.. tapi, kalau nak kuih apam ni tahan lama, pastikan ia tak dicampurkan dengan kelapa terlebih dahulu kalau plan nak makan lambat.
3) kuh karipap - biasanya intinya kari kentang + ayam atau daging. ada juga yang gunakan sardin sebagai intinya. semua pon sedap. =D

Kuih muih

selain dari alas perut, minum petang pon leh jadi medium untuk merapatkan silaturrahim. borak-borak ngan makcik, usha-usha anak dara die ke.. keh keh keh..

sekian. wassalam.

Friday, April 13, 2012

bersosial bersama

kat rumah aku tu, ada ayam dan ada burung. tapi boleh dikatakan yang diorang ni tak pun bergaul antara satu sama lain.sebabnya sekor duduk kat reban dan lagi sekor duduk kat sangkar. ape jadi kalau kita perkenalkan dua spesis yang berbeza?

ni lah hasil eksperimen :

1) letak Matt kat atas ayam ni. reaksi die bersahaja. macam takde pape. owh, untuk pengetahuan, ayam yang ni jinak.

Matt cuba bermesra

jenjalan atas badan ayam ni
 2) bila da nampak ayam ni macam relax je, Matt pun dah selesa, saja nak try letak diorang kat bawah.
turunkan pelan-pelan
 3) jejak je kaki kat bawah, terus si ayam ni mencanak lari. haha.. selagi Matt ada situ, die taknak datang dekat.
cabuuutttt
kesimpulannya, perkenalan yang singkat susah nak mengatup hubungan yang erat. rasanya, kalau depa dua ni dari kecik sesame, okeh je kot. kan?

sekian. wassalam.

ayam-ayaman

nak kata popularnya ayam ni, sampai ada lagu khas untuk dia. hehe.. mungkin ada diantara korang yang pernah dengar lagu ayam, dinyanyikan oleh jalil hamid. liriknya seperti di bawah :

ayam bermacam ayam
ada ayam kampung ayam hutan ayam siam
ayam turki ayam belanda
macam-macam perihal ayam
hangat-hangat tahi ayam,
sabung ayam nasi ayam telor ayam


ayam hutan boleh terebang
ayam kampung dalamlah reban
ayam bandar di dalam pasar
kadang-kadang ada harga naik harga turun harga

korus:
ibu si ibu ayam
telor sebiji riuh sekampung
hooo...oh ibu ayam
telor dieram anak sereban
kata bidalan berkaki ayam
kalau makan ajak-ajak ayam
kalau nak tidur tidur-tidur ayam
kalau tak nampak itu rabun ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kaki ayam kais pagi makan malam
makan cakar ayam sakit gigi siang malam

(ulang korus)

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh jangan makan bulu ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh makan jangan makan tahi ayam
_______________________________________________________________________

oleh kerana adik aku bergiat dalam bidang fotografi ni, ada la aku mintak dia tuk ambilkan gambar ayam-ayam di reban. layannnn :

pejantan ayam katik

jaga reban, ayam api-api

pejantan ayam kapan

jaga reban melepak atas atap

induk ayam hutan (belakang) dan dara ayam kampung (depan)

cantik gambar ni kalau dibanding ngan gambar-gambar aku amek. hehe.. al maklum, fon 2mp je bro.

sekian. wassalam.

Wednesday, April 11, 2012

kilija.. oi.. kilija

berehat kejap..
tarik nafas sikit..
 minum nescafe ais..
 
cuti kan harini?

mungkin harini korang sedang bersenang lenang kat rumah sempena cuti pertabalan YDP Agung kite yang terbaru. tapi aku kerja harini dan aku baru setelkan shackels untuk equipments yang akan keluar ke Indonesia 20hb ni. kalau bahasa negeri sembilan kata, 'mencieh-cieh poloh'.. haha.

jadi, dalam kesempatan rehat, update simple-simple;

untuk informasi korang, Matt telahpun menjumpai Leya, kekasih hatinya :

Matt & Leya : Happy Lovebirds

dan oleh kerana itu, aku pon memodifikasi nestbox yang dulu diguna oleh pair lama. nestbox ni da rosak da dulu. habis atapnya dan dinding eh digigit dek LB. inilah hasilnya, asal boleh. hehe.. :

Nestbox baru modified. Guna kayu laci je.

Pintu nestbox di atas


dan ini plak gambar setinggan Matt dan Leya, yang ada nestbox tu le diorang nye cage.

Lovebird Sting Garden


yang bahagian bawah tu adalah cage jandaku. haih, sian die sorang-sorang. =( insyaAllah akan diusahakan untuk carikan die teman. =D

Red Head Creamino. Maen taram je warnanya. hehe
p/s : aku terasa macam nak tambah lagi satu pair. hehe. lubang baek da jumpe da. patut ke tak patut?

sekian. wassalam.

Saturday, April 7, 2012

siapa yang curang ni?

senarai semak ciri-ciri seekor ayam selasih sutera (silkie chicken) ;

1) jari lima : okay
2) daging hitam : okay
3) berjambul : okay
4) bulu sutera : tak okay

nampak je silkie-silkie ni senyap, baik je rupenya. tapi.. ni ape kes telur ayam selasih sutera aku netas jadi bulu biasa ni?

meh tengok gambar :
ayam putih berjambul
ayam yang putih berjambul tu
sebenarnya, ciri bulu halus atau bulu sutera adalah ciri resesif (ciri lemah). maksudnya, jikalau sekalipun ayam sutera kahwin dengan ayam sutera, ada kemungkinan terjadinya yang berbulu pelepah seperti bulu ayam biasa.

orait, sekian pelajaran biologi ringkas harini. =)

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...