Translator

Tuesday, November 20, 2012

converse kuantan

ini sepatutnya entry waktu aku praktikal dulu. haha. lama sungguh jadi draft. alkisahnya meneman kawan berjalan ke East Coast Mall, ECM. waktu ni, tengah station kat kemaman. dah kuantan antara tempat yang terdekat dan menarik, pergi berjalan sini la gamaknya.

kawan nak pergi butik converse, nak beli kasut katanya. last-last apa pun tak beli. aku bab-bab camni memang fail sikit. tapi, bila sampai kat butik tu, cam menarik la pulak. sebab kasut-kasut warna warni ni semacam menarik perhatian. setakat suka je la. tak sampai tahap beli. lagipun ni bukan gaya aku. aku tahap safety boot je la. hahaha. oh btw, gambar kat bawah ni kasut perempuan.

                                                                             deretan kasut di butik converse

kuantan tempat yang menarik. tak sangka pulak kuantan ni besar. lama sungguh dah tak sampai sini. dan sempat la jumpa ex DQ time berjalan sini. kebetulan pulak diorang ada berdekatan.

*rindu pulak nak praktikal balik. haha.

sekian. wassalam.

Sunday, November 18, 2012

rambutan dah masak!

memang tepat masanya aku balik umah minggu ni. kebetul rambutan sedang elok masak ranum. slurppppppp.. layan wa cakap lu. cakap banyak tak guna. jom melantak! hehehe.

rambutan masak ranum!

hasil kutipan rambutan - sikit je baru nih

siap diikat dan bersedia untuk diagih.



best rambutan ni, isinya pejal dan tidak melekat. sesuai dimakan pada waktu santai. nak? seikat rm5. hahaha..

sekian. wassalam.

Wednesday, November 14, 2012

cobalt masked lovebird

anak muda cobalt masked lovebird

Saturday, November 10, 2012

tragedi november. burung merbuk cedera.

balik dari dinner, tiba-tiba kosmet tunggu depan pintu, beritahu ada burung cedera kat depan pintu bilik. tengok gaya macam kena main dek kucing. basah, bulu tercabut-cabut tinggal kulit, pastu ada luka-luka. sian pulak. tapi tak banyak boleh buat, sebab tak tau apa nak buat. hehe.. cuma sapukan minyak gamat je. harapnya sembuh la.

kecik je saiznya. rasanya anak lagi burung ni.

injured zebra dove. burung merbuk yang cedera




rasanya, nama orang putihnya zebra dove. boleh rujuk SINI. link ke wikipedia.

sekian. wassalam.

Sunday, November 4, 2012

bekalan sokongan

dutch lady low fat high calcium milk / susu rendah lemak kalsium tinggi dutch lady
ahad yang bosan. kerja banyak pun, terasa macam takde kerja. pergi tesco, pusing-pusing secukup rasa, akhirnya beli 5 kotak susu. kadang-kadang rasa pelik dengan selera diri sendiri. yang pasti, paling awal lagi 3 minggu baru beli susu lain.

* garu-garu kepala tengok susu banyak-banyak ni. hahaha.

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...