Translator

Wednesday, August 31, 2011

lovebird






saje je ni.. kasi korang layan gambar.. hehe..

sekian. wassalam.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya~!

aku tak pandai edit, tak pandai hias2. so jangan gelak..=)
 (⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ selamat hari raya aidil fitri ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

sekian. wassalam.

Monday, August 29, 2011

baby baru lagi XD

semalam aku tengok betina sekor ni dah duk mengumpul napier. aku jangka die nak beranak, jadi aku letak la siap-siap bakul kat dalam sangkar die. pagi ni, usha punya usha, tengok dah ada 5 ekor baby kat dalam sangkar die.. hehe.. alhamdulillah. rezki raye. =)

tapi, ada sekor da mati. aku suspect kena pijak ngan mak die ni. takde rezki la sekor tu. takpe-takpe, kite layan gambar dulu :

si ibu - mix netherland dwarf

anak-anak die - 4 ekor sume
p/s : sedang menunggu seekor lagi betina untuk beranak. =)

sekian, wassalam.

rendang ayam selasih

rendang ayam selasih
3 ekor ayam selasih aku menjadi korban hari raya aidilfitri kali ni.. hehe..

sekian. wassalam.

Saturday, August 27, 2011

patah tumbuh hilang berganti

yang patah dan hilang :

ayam mutiara a.k.a ayam api-api lavender aku kiok seekor pagi tadi. tibe-tibe je. pelik sungguh. semalam sume okeh. dan matinya ayam tu kat tangan adik aku. katanya, ayam tu duduk je, lemah semacam. bile dipegang, menggeletar ayam tu. terus kiok. takde rezki.. si lavender ni belom berwaris lagi ni, 4 ekor yang tinggal, mungkin jantan je.

inilah si dia :



yang tumbuh dan berganti :

sedang aku nak tanam ayam api-api lavender yang mati tu, tiba-tiba adik perempuan aku cakap arnab beranak. terus aku datang tengok. sah! betina putih ND mix aku beranak. tapi sekor je. aku pon betulkan kedudukan baby tu, si ibu makan uri die. tak lama lepas tu keluar lagi sekor. wah, 1st time tengok arnab beranak depan mata.. hehe.. selang tak lama lepas tu lagi sekor. jadi jumlah sume, 3 ekor.

si ibu - berehat selepas bersalin.

anak yang dilahirkan - 3 ekor semua
bagi kelahiran pertama, mix ND ni boleh tahan la. nak jugak die menyusukan baby die. tapi..nampak dua dari tiga anak ni agak pasif. bile time menyusu tu, diorang macam tak bersungguh menyusu. risau aku.. mintak-mintak okeh la.


dan oleh kerana kegembiraan aku. aku pon menghadiahkan sume arnab tu dengan napier segar. hehe





sekian. wassalam.

status terkini

Mat si lovebird - bertenggek di ampaian baju.
alhamdulillah, semenjak insiden kemalangan dengan kipas aritu, si Mat ni dah semakin pulih. semakin aktif dan semakin ceria. agaknya kepak die dah tak sakit lagi. kalau tak time mula-mula kena aritu monyok je.. sian.

satu lagi,  aku jangkakan yang si Mat dah tak berkeupaayan untuk terbang dah. yelah, kepaknye dah longlai waktu mula-mula lepas kena kipas aritu. tapi rupanya jangkaan aku salah. arini si Mat ni buat satu penerbangan jarak dekat waktu aku tengah sidai baju. itu sesuatu yang di luar jangkaan. dan aku rasa, bila kepak die dah betul-betul sembuh nanti, die mampu untuk terbang macam biasa. cuma kurang mantap berbanding burung normal yang lain. takpela, janji dia masih boleh terbang. XD

pesanan penaja : 
"apabila anak handfeed anda dah boleh terbang, potong sikit kepak die, supaya die tak boleh terbang bebas. dan, kalau tak mahu potong, pastikan kawasan persekitaran selamat. contohnya, pastikan kipas dimatikan suisnya."
cara untuk potong kepak - wing clipping

versi pertama

 **untuk versi yang pertama ni, burung akan hilang terus keupayaan untuk terbang. ni sesuai dipraktikkan tuk menjinakkan parrot yang liar.



versi kedua



**versi kedua ni, burung masih mampu terbang. tapi, taklah seefisyen yang normal.

akhir kata, buat bacaan dulu. study elok-elok sebelum anda potong kepak burung. jangan tersalah potong suda. boleh luka -> jangkitan kuman -> kiok. kalau tak kena jangkitan kuman pon, bila da luka, sakit la burung tu kan?jadi, berhati-hati. nak selamat, bawak potong kat vet. =)

sekian. wassalam.

Friday, August 26, 2011

testing-testing

4 ekor silkie putih aku rupenya betina. patut la selama ni bertelur, tapi takdak benih. aku dok ingat yang sekor ni jantan, sebab rupa die hensem sikit. malangnya jangkaan aku salah.

silkie putih - ingat jantan, rupenya betina

sekarang, ni projek baru aku. memandangkan aku ada sekor silkie kelabu dan seekor ayam bulu balik matang yang single, aku satukan diorang dalam satu reban. baru masuk, dah kena sotai dah budak-budak betina tu.. hehe..

ini silkie kelabu tu :

silkie kelabu

ini ayam bulu balik :

ayam bulu balik

4 ekor silkie putih :

4 ekor silkie putih betina

dan ini lah gambar depa bila dah disatukan :

silkie X silkie & ayam bulu balik

silkie X silkie & ayam bulu balik

sekarang, nak tunggu masa je bertelur. dan aku harap ada lah cross antara bulu balik dan silkie menjadi silkie bulu balik. hehe.. tunggu dan lihat~ =)

sekian. wassalam.

patridge silkie - ayam selasih sutera coklat

betina


jantan itam pon nak nyebok

dari kiri - betina, betina , jantan.

dah besar dah depa.. asalnya 4 ekor, tapi seekor tu umur tak panjang. istimewanya ayam selasih sutera coklat aku ni ialah diorang ada 6 jari. haaa... kalo silkie lain ada 5 je.

depa ni dah 6 bulan la lebih kurang. mungkin dalam sebulan lagi akan mula bertelur. tunggu dan lihat je. =)

sekian. wassalam.

white silkie - ayam selasih sutera putih

white silkie - ayam sutera putih
dulu kecik, sekarang da besar da.. tak lama lagi leh jadi bapak ni. cuba tengok gambar time kecik kat SINI. ada sekor lagi, tapi yang tu tak reti duk diam. payah aku nak snap gambar. kan da tak glemer tak dapat masuk blog aku.. haha..

sekian wassalam.

Thursday, August 25, 2011

black silkie - ayam selasih sutera hitam

betina

ayam selasih sutera hitam jantan

si jantan

betina
ini ayam selasih sutera hitam aku. aku ada 4 ekor, 2 jantan dan 2 betina. tapi jantan sekor lagi dah terkacuk, bulu die jadi bulu ayam biasa je.. rugi-rugi.. jadi ada la trio je silkie hitam ni.

cumanya, untuk si jantan hitam ni, dia tak pure hitam. kawasan leher die macam luntur warna hitam tu. mungkinkah ada yang letak clorox? hehe..

umur depa lebih kurang 7 bulan. aku amat positif bila-bila masa je akan bertelur die ni.. hehe.. macam biasa, tunggu dan lihat.

sekian. wassalam.

budak-budak reban

lama tak update ayam-ayaman aku.. hehe..

budak-budak mutiara ngan belanda kat reban. kecoh kat kawasan reban ni sebab depa la. tah pebenda la dok berbunyi je..depa ni da berehat lama da dari bertelur. bila tah nak stat balik. cuma kadang-kadang jumpa gak sebijik dua.

pearl guinea fowl

lavender guinea fowl


bapak ayam belanda

beratur tu..

ayam selasih nak interframe jugak

minum time~!
sekian. wassalam.

arnab~!

lama aku tak update sal diorang ni.. hehe.. almaklumlah, aku sibuk. =P

jadi sekarang cuma tinggal 7 ekor je arnab aku. menunggu si betina-betina cukup matang dan mereproduksi kasi banyak. kalau ikutkan umur, betina-betina ni dah mencecah 6 bulan. (lahir 19 & 21 feb).

jadi.. inilah arnab aku. layan gambar~!!

netherland dwarf mix :

betina

jantan

betina
** diorang ni asalnya duduk bersama, tapi disebabkan betina coklat tu mengganas, mencederakan betina putih, jadi aku asingkan. arnab betina sangat menjaga kawasan. hangpa jangan dok pi campuq depa sama. ""owh man, my lousy north dialect..haha""

local mix :

pair baru ni
** yang sepasang ni baru je di-pair-kan.. tunggu masa nak bunting je betina ni. stakat ni, belom ada tanda-tanda lagi. rasanya, umur 6 bulan pon belum cukup matang lagi. yang betina ni tak cukup bersedia lagi. tapi takpe, aku ku tunggu buntingmu~! =)

gay mix :

gay couple
**depa ni sepasang.. tapi dua-dua ni jantan.. hehe.. terlintas sebenarnya nak merendang diorang ni. tapi bapak aku cam suka plak kat diorang ni. jadinya, kasi simpan dulu.. kurang-kurang aku ada pelapis jantan. 
p/s : hangpa suma doa-doalah depa ni cepat beranak ea. tak sabar aku nak dapat anak arnab baru. dah lama da tak dapat baby. sejak kematian induk betina aku dulu. =( kalau sesapa nak tolak induk betina, roger la aku ea. harga kengkawan eh. hehe..

sekian. wassalam.

Monday, August 22, 2011

basmallah - power of the word

nak berkongsi satu video yang aku jumpa dalam facebook. orang post kat wall die, aku pon share la kat wall aku. hehe.. sharing is caring. ape-apepon, sila layan video ini.

video ni tunjuk bagaimana kambing menyerah setelah dibisikkan kalimah basmallah padanya. terus tak meronta kambing tu. nak cuba gak rasanya. hehe.. senang nak sembelih kambing pasni. sorang-sorang pon boleh. =)

video

p/s: kalo kat ayam jadi tak?

sekian. wassalam.

Sunday, August 21, 2011

senarai haiwan lindungan

senarai haiwan lindungan ( yang memerlukan permit dan lesen untuk dipelihara ) boleh didapati dengan memuat turun dari SINI.

sekian. wassalam.

Saturday, August 20, 2011

Licence a must for wildlife trade

berita dari suratkhabar The Star ahad lepas, 14 ogos 2011: klik sini

PETALING JAYA: Pet shop owners selling wildlife need to possess a dealer's licence and maintain a record  of stock sold to customers, said the Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan). Its director-general Datuk Abdul Rasid Samsuddin said this dealer's licence still maintained the same requirements under the new Wildlife Conservation Act 2010.

“Pet shop traders only require a dealer's licence to operate. No individual animal licence is needed,” he clarified in a statement after some pet shop owners expressed confusion over the new permits and licences  required.

He said it was important that their stock record tallied with customer sales as Perhilitan would investigate any discrepancy.

Abdul Rasid said individual animal licences were, however, required for private animal owners under the new Act.

“The customer needs to obtain a licence from Perhilitan after receiving their receipt of purchase from a pet shop,” he said.

He said the new premises permit required under Section 10 of the Act was only for zoos, commercial captive breeding, circuses, wildlife exhibitions and research.

Abdul Rasid said the Natural Resources and Environment Ministry had met with the Aquarium Fish, Birds and Pets Traders Association of Selangor and Federal Territory on June 24.

He said a dialogue was scheduled to further clarify the issue.

“It will be held once a date is confirmed with the association,” he said.

He urged the public to inform Perhilitan of illegal wildlife activities by calling 03-90866800, email pakp@wildlife.gov.my or submit a report via the e-Aduan channel.

fisher lovebird - memerlukan lesen untuk dijual / dibela
peach faced lovebirds - tidak memerlukan lesen
sebenarnya banyak lagi jenis haiwan / binatang yang memerlukan lesen untuk dijual atau dipelihara dan tidak terhad kepada burung sahaja. rajin-rajinkanlah diri menyemak dulu senarai haiwan yang dikenakan lesen dengan PERHILITAN sebelum membeli.sekadar berkongsi. moga bermanfaat.=)

sekian. wassalam.

Friday, August 19, 2011

mari melawat Show-Me Silkies & Stuff

suka aku melawat website penternak ayam kat luar negara. bukanlah nak meninggikan diorang tapi kalo kita tengok sendiri, pengurusan diorang lebih teratur. baka-baka ayam diorang pon mantap-mantap. salah satu website yang aku suka adalah Show-Me Silkies & Stuff. dia adalah pembiak ayam selasih sutera atau ayam kapas atau dikenali jugak denga nama silkie. cuba la usha. =)

kat sini aku "curi" gambar yang ada kat facebook diorang. korang leh rujuk Show-Me Silkies & Stuff. enjoy~!







gile gebu!

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...