Translator

Sunday, January 30, 2011

Sampar ( Newcastle Disease )

sampar seperti yang diketahui adalah satu penyakit yang menyerang spesis-spesis burung.yup,semua spesis burung boleh mendapat penyakit ni tapi,ayam adalah lebih mudah dijangkiti oleh sampar durjana ni.penyakit ni berpunca dari sejenis virus bernama paramyxovirus.nak sebut pon payah..hehe..kadar kematian plak boleh mencecah 100%,bermakna penyakit ni bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.tanpa pencegahan yang berkesan,anda hanya mampu melihat ayam-ayam tersembam menemui ajal mereka~na'uzubillah.

sampar merupakan penyakit yang mudah merebak melalui najis dan hingus haiwan yang dijangkiti.melalui sentuhan secara langsung,bawaan angin atau melalui barang yang telah tercemar dengan virus ni seperti tapak kasut,makanan ataupon bekas makan minum dan sangkar yang tercemar.virus ni jugak boleh menembusi kulit telur dan menjangkiti embrio.virus ni boleh survive tanpa host untuk berberapa minggu dalam persekitaran yang panas dan lembap..fuhh..lame kot.

ada berberapa tanda ayam-ayam ni diserang dek sampar.kena la rajen-rajen tengok,usha-usha,peteng ayam-ayam yang ade tu kot-kot diorang ade tanda-tanda nih.satu peringatan,ayam-ayam mungkin menunjukkan mane-mane satu atau gabungan simptom,tapi tidak semestinya semua.ia juga bergantung pada strain virus dan jenis burung yang dijangkiti..tanda-tanda akan jelas dalam masa 4 ke 7 hari selepas dijangkiti sampar.

1) masalah pernafasan - ayam yang dijangkiti mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti batuk,bersin,tercungap-cungap bernafas dan selsema(hidung berhingus/berair).masalah pernafasan ni biasanya dijumpai pada anak ayam dan kurang pada ayam yang dewasa.ayam dewasa biasanya lebih cenderung selsema (hidung berhingus/berair) dan mata die seolah-olah cam kena cataract (cloudy eyes)

2) masalah berkaitan perut atau usus - ayam yang dijangkiti sampar biasanya mempunyai masalah cirit birit dengan najis yang cair dan berwarna hijau.

3) masalah sistem saraf - dalam masa 10 ke 14 hari dijangkiti penyakit sampar ni,ayam akan mengalami masalah yang berkaitan dengan sistem saraf.antaranya lumpuh di bahagian kaki,kepak dan leher,dok mengigil cam kena parkinson dan kepak die jatuh.dan bile benda-benda ni terjadi,ayam tu akan bermasalah untuk makan dan akhirnya mati kelaparan.ye la,nak makan camne lau tak leh jalan.

4) penghasilan telur - penghasilan telur bagi ayam yang dihidapi sampar akan berkurang berbanding sebelum kena sampar.tak kurang sikit,die kurang banyak..hehe.telur yang dihasilkan pon mungkin berbeza,samada lebih tebal atau nipis dari kebiasaan serta bentuknya sedikit berbeza dari telur biasa.tapi x de la jadi bentuk segi empat ke ape.

ade orang sembelih ayam yang kena sampar ni,dan diorang sanggup makan.kalo aku..ntah le..hehe..tak kot~

ada berberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah penularan penyakit sampar ni.antaranya :

1) penggunaan vaksin merupakan satu langkah bijak.tapi kurang bijak kalo da kena baru nak vaksin.sebabnya?vaksin ni adalah virus sampar yang telah dilemahkan.kalo ayam tu terkena sampar,tambah lagi ngan vaksin secara tak langsung mempercepatkan kekojolan ayam tersebut.perlu diingat,ayam memerlukan lebih kurang 10 hari untuk membina antibodi selepas divaksin.pada waktu ni ayam dalam keadaan lemah berbanding biasa.so,jangan dok bagi ayam maen hujan,lau kena penyakit berkaitan pernafasan ke ape,leh kiok gak ayam tu.

2) kebersihan perlu dititikberatkan.jangan dok biar najis ayam berlonggok tinggi menggunung kat reban.bukan saje tak bersih,malah merbahaya.kalo tak kena sampar pon,macam-macam penyakit leh kena dek kawasan yang kotor.jadi,kena ada pengawalan kebersihan yang berkala.katekan seminggu sekali buang najis ayam,bersihkan kawasan reban.ayam sihat,hidung kite pon tak yah nak menahan bau najis ayam..hehe.

3) elakkan membawa masuk ayam dari tempat-tempat yang dijangkiti sampar.walaupon ayam yang dibawa tu sihat sebab dah bervaksin sume,tapi die masih boleh jadi pembawa virus.so,berhati-hati.

4) bagi sesiapa yang ayam die dah mati diserang penyakit sampar ni.pastikan bangkai ayam ditanam jauh dari kawasan ternakan.sebaiknya bukan di kawasan lalu lalang.jangan ingat ayam mati,virus die pon mati sekali ea.

5) kawalan haiwan perosak seperti tikus.depa ni boleh jadi ejen penyebaran sampar.buh la perangkap tikus ke,bela kucing ke.janji diorang ni terhapus.jangan tak tahu tikus pon leh jadi penyebab kepada penyakit manusia jugak.allayarham din beramboi meninggal sebab kencing tikus.ingat tak?haa..jangan dok maen2..

6) disinfect kawasan reban guna larutan disinfectant yang ade.formalin ke..ape-ape la.ni bertujuan untuk membasmi virus dan kuman yang ada di reban.

7) jika habis sereban ayam diserang sampar,jangan cepat-cepat ganti dengan yang baru.bagi masa berehat lebih kurang sebulan.dalam masa tu,bersihkan reban,guna pembasmi kuman sume.ingat,virus sampar leh hidup sehingga  berminggu-minggu tanpa host.better save than sorry.

orait~ apa yang anda baca dalam post ni adalah hasil pembacaan aku + tanya-tanya kat otai yang ade.kalo ade yang salah harap tegur dan aku leh betulkan.cume satu pesan pihak penaja,kite usaha macam-macam ni,doa padaNya jangan tinggal.ape-ape pon terserah kat Dia tuk tentukan.

semoga bermanfaat.
sekian.wassalam.

Saturday, January 29, 2011

my guinea fowl's first egg~

alhamdulillah~ ku terima berita baek..ayam api-api yang aku bela dari kecik da stat bertelur~hehe..gua excited nih.makne nye,dengan izinNya,ayam mutiara aku akan berkembang n berkembang lepas ni.

tapi ikut kate otai,telur mula2 ni biasanya belum fertile lagi.dengan kata lain.telur ini tidak berbenih.sebab induknya muda lagi.seelok-eloknya,pejantan dia berumur setahun ke atas.baru la mantap.tapi kite tak tolak kemungkinan yang telur ni berbenih/fertile.ini bergantung gak kat baka.jadi,kemungkinan besar telur ni akan menjadi telur dadar..hehe..tunggu aku balik selasa depan~

ni gambar nye (klik tuk besarkan) :~



tunggu ayam belanda punye telur plak..hehe..
wokey.sekian.
wassalam~

Tuesday, January 25, 2011

diamond dove dan white silkie

dari batu kikir ke tronoh - 6jam 45 minit...fuh..pancit2...patutnye dalam 4 jam lebih je.lebih2 pon 5 jam la.tapi sebab sesat kat kl dlu.mencari stesen lrt tasik selatan..tak jumpe..keh2..tujuan menyinggah ke kl?haa..nak amek diamond dove ni la..dikirim oleh rakan.katenye,cari kat ipoh tak jumpe..lagipon die nak tolak 3 ekor white silkie a.k.a ayam selasih sutera putih kat aku..cam barter gak r lebih kurang..hehe

usha diamond dove yang aku belikan.muda lagi.seller kate umur dalam 3 bulan.pesannye,bagi burung tu makan benda sejuk.macam timun ke..sebab burung tu ngah tukar bulu..molting ke ape die sebut..ni gambar :

diamond dove - waktu mula-mula amek.kat dalam kereta.

malam tadi..da sampai kat bilik hostel.

diamond dove - payah nak tangkap gambar depa. x mau dok diam.

diamond dove - gambar pagi tadi.
yang ni plak gambar white silkie.soon to be mine insyaAllah..

white silkie a.k.a ayam sutera putih

wah!tak sesabau rasenye nak bawak white silkie ni balik umah..hehe..(sori gambar white silkie resolution kecik.dpt dari mms kawan)

sekian..wassalam.

Sunday, January 23, 2011

chicks and keets

reban asuhan - gambar dari depan
dalam slot tengah - 1st batch dari incubator - sebulan setengah

dalam slot kanan - 2nd batch incubator + lavender keets - 3 minggu ++
close up - 2 from 5 of my lavender keets
anak ayam selasih putih - sebulan setengah

grey keets - hampir 2 bulan
saje je post gambar..ni antara anak-anak ayam yang aku dapat sepanjang cuti ni..esok nak gerak balik u.nanti balik raye cine aku mungkin bawak lagi dalam 5 ekor.insyaAllah.tengokla kalo takde aral.

sekian.wassalam.

Saturday, January 22, 2011

ape ade dengan agapornis roseicollis?

cuaca yang baik harini.ayam-ayam sume da bagi makan.lepas keluarkan selasih ngan silkie dari reban pagi tadi,aku dok ngadap blog seorang sahabat dari utara yang bercerita tentang burung-burung peliharaan die.mostly kakatua.tapi ade gak burung-burung laen. leh refer sini : Kakatua Utara .

abes sume entry die aku bace.macam-macam ade.selain dari berkongsi tentang koleksi burung die, die share jugak tips-tips penjagaan,cara nak menjinakkan burung dan laen2..so,kesimpulan yang aku dapat dari blog die ialah...lihat gambar dibawah :

peach faced lovebird a.k.a rosy faced lovebird





keh3..rase nak try plak bela sepasang burung ni..tengok la nanti..=)

sekian.wassalam.

Friday, January 21, 2011

siap lagi satu reban

alhamdulillah..petang tadi siap pon reban asuhan.wat sorang-sorang je.pembantu tak bertauliah tido plak.ish2..

reban ni simple design die.design caca marba je.ketuk-ketuk asal siap suda..hehe...lau tengok gambar kat bawah,takde atap kan?ni sebab reban ni diletak bawah garaj kereta je.so da save bajet tuk letak bumbung.lagipon,kebanyakan bahan yang diguna adalah kayu2 yang lame.asal boleh pakai,jalan..tuk anak ayam je pon.

secara general,ade tiga partition.setiap satu bahagian berukuran 2x2x2(kaki).kecik?xdela..boleh tahan gak lapang.aku rase,setakat 30 ekor anak ayam kampung yang umur sebulan boleh je muat.

material kebanyakan diambil dari almari lame.ceraikan satu-satu.then guna tuk jadi dinding dan sebagainya.leh usha gambar :
dinding panjang yang warna putih tu pintu almari..hehe

kat belakang tu gambar 'kuda' aku..hehe
alamak..lupe plak nak snap gambar yang da siap..nanti la upload.

so sekarang ade 3 petak kosong..aku da plan nak letak puyuh satu petak.takyah banyak..dalam 10 ke 15 ekor.saje-saje wat maen..then satu petak lagi letak arnab sepasang..hehe..another partition will be filled by my chickies.mesti meriah.ye la,macam macam ada~ hehe..

okeh..lau takde halangan dari mem besar,maybe esok aku akan usha benih puyuh kat petshop. =)

sekian.adios~
wassalam.

Thursday, January 20, 2011

hari ayam berjalan-jalan

harini aku buat sesuatu yang berlawanan dari apa yang selalu aku buat.biasenye,bile ayam lompat pagar reban,pegi jalan-jalan,aku akan halau balik masuk dalam kawasan reban.tapi pagi tadi,aku halau ayam-ayam belanda ngan api-api suh pegi jalan-jalan kat luar.hehe..bukan ape,saje nak bagi diorang satu permandangan baru..asek pandang jaring orkid je..

click gambar tuk besarkan.. :-

haa..makan lalang tu..



masyuk plak tengok diorang lepas je camni..hehe

so,sempena cuti thaipusam ni.plan nak tambah reban.satu reban asuhan.lagi satu reban tuk ayam-ayam dewasa.sekarang tengah tunggu kedai hardware anta kayu.mintak hantar cepat sikit.leh wat keje cepat..

p/s : grey da ade,pied pon ade,lavender pon da ade...sekarang berhajat nak fully white ngan royal purple plak..hehe..sape-sape ade contact,forwardkan la kat aku ea.memang ngah mencari ni.

sekian.wassalam.

Tuesday, January 18, 2011

tetasan terakhir inkubator

sebelas ekor chickies
al-memandangkan cuti aku tinggal seminggu..seminggu pon tak sampai sebenarnye.sengaja aku letak telur biar yang last menetas semalam.so,abes la batch incubator.pasni tah bile ntah nak pakai incubator tu lagi.tunggu aku cuti je la..orang kat rumah ni takde kesungguhan nak jaga.almaklumlah,incubator manual..hehe.

so sepanjang cuti nih,total 23 ekor yang menetas dari incubator.sikit?yela..ayam aku pon xde la banyak mane..dari total tu,3 ekor mati tanpa dikenalpasti puncanya.tak tau la mati kena pijak ke ape.harapnye baki 20 ekor ni hidup le sampai besar.separuh dari jumlah ni adalah anak ayam kapan atau ayam katik.tiga ekor baka ayam siam dan bakinye adalah generasi kedua kacukan silkie dengan ayam kampung.

cite pasal kacukan ayam kampung ngan silkie ni,fuh,macam-macam rupe yang keluar.ada yang kaki berbulu,ada yang daging hitam.ade yang paruh bertompok2 hitam.yang daging badan hitam,tapi leher ngan kaki biase pon ade.unik betul.keh3.

cite pulak pasal ayam belanda.ayam belanda jantan aku da stat panjat yang betina.rabu lepas lau tak silap.punya la aku tertunggu-tunggu bile la yang betina ni nak stat bertelur pulak.cepat la sket.aku da nak balik nih.nak gak merasa telur ayam belanda goreng ke..dadar ke..hehe..

sekarang hanya menunggu stok-stok anak-anak ayam yang baru dibeli aritu untuk membesar.ayam hutan,ayam selasih,ayam api-api biase dan lavender dan tidak dilupa, silkie dan bulu balik aku.tunggu diorang capai usia matang dan bertelur.bila da ade generasi penyambung,leh la sembelih.hehe..

p/s : next week,otw balik hostel aku akan bawak sekali diamond dove 3 ekor.1 jantan 2 betina.ade kawan mintak tolong belikan.ni gambar depa,amek tenet je.(credit : link)

diamond dove

sekian.wassalam.

Saturday, January 15, 2011

pasir pasiaq

lately tiap tiap hari hujan.kat kawasan reban tu kejap2 air bertakung.owh..tak boleh tahan.da tambah satu kerja nak basuh lumpur2 kat selipar plak.so,sebagai penyelesaian,harini bersama-sama adik aku pegi amek pasir kat tepi sungai kampung aku.selain dari menutup kawasan yang lecah,boleh gak ayam wat kais2.

jadi,berbekalkan dua buah penyodok,ni la hasilnye.. :-

aktiviti mencuri pasir..hehe
nampak cam sikit kan?tapi banyak gak la dapat.aku keluarkan seat belakang.seat tengah aku lipat.pastu aku bentangkan kanvas khemah bapak aku..bijak2..hehe.so,berbekalkan pasir ni,dapat la cover bahagian2 yang berlekuk.harapnye pasni takde la lecah sangat. =)

sekian.wassalam.

Friday, January 14, 2011

incubator : sedikit pengubahsuaian

semalam testing incubator yang aku baru buat.( rujuk disini - link ).masalah yang aku hadapi adalah suhu maksimum hanyalah 35.5 darjah celcius.so aku pon rujuk la kepada berberapa orang otai incubator nih.ade la dua tiga perubahan yang aku buat macam tukar mentol kepada watt yang lebih besar.tapi tak berkesan.

akhirnye penyelesaian bagi masalah aku adalah dengan meninggikan dasar incubator tu menggunakan papan lapis sebagai lantai baru dan potongan polisterin sebagai alas kepada papan lapis tu..rujuk gambar :

incubator - modified version

setakat ni aku berpuas hati ngan keadaan incubator ni.suhu lampu terpadam - 38.7darjah celcius.suhu lampu terpasang semula 37.5darjah celcius..jadi dengan yakinnye aku sahkan bahawa incubator ni boleh digunakan bagi tujuan penetasan telur unggas..hehe..

sekian.wassalam.

latest member : lavender guinea fowl / ayam mutiara lavender

nampaknye minggu ni adalah minggu mengumpul ayam.keh3..petang tadi aku menambah lagi ahli baru reban aku iaitu ayam api-api a.k.a ayam mutiara yang berwarna lavender.so,sekarang aku ade lavender keets yang berusia dalam lingkungan 3-4 minggu.ni gambar depa dalam sangkar sementara sebelum dipindah ke dalam brooder :

lavender keets
ni plak rupe mereka apebila da matang (credit - link ) :

matured lavender guinea fowl
besok nak wat satu reban kecik.nak letak keets ni..reban laen sume da penuh.simple2 je kot. =)

sekian.wassalam.

Thursday, January 13, 2011

inkubator baru sudah siap!

wah wah wah..cantiknye~hehe..incubator baru aku da siap.sekarang ngah proceed tuk dapatkan setting yang terbaik.kali ni dapat siapkan dalam masa yang singkat sebab da ade pengalaman buat incubator sebelum ni.terutama dari segi wiring.bagi aku, dalam proses pembinaan sesebuah incubator, bab wiring perlu dititikberatkan.kena pastikan semua bahagian ditebat dengan sempurna.penting tu.(da serik sebab aku kena renjatan elektrik ari tu..hehe)

untuk incubator aku yang baru ni, aku cuba buat yang terbaik.so,aku guna kotak plastik yang lutsinar,thermostat c.a.e.m dan termometer bersama pengukur kelembapan.kos kali ni lebih kurang sekali ganda dari inkubator pertama aku.leh rujuk sini : incubator beraksi !

ini la rupe incubator aku.cun kan?hehe..layan gambar :

inkubator - sume barang da ade,tinggal buat pendawaian je.

inkubator - pendawaian okeh,sume mentol leh nyala.

close up thermostat c.a.e.m yang digunakan

inkubator - test untuk dapatkan setting terbaek~
cukup cerita pasal incubator.pagi tadi,dengan rajinnye aku pegi clearkan tanah seluas sekangkang kera tuk tanam napier yang aku dapat semalam.aku tak tau la betul ke tak cara penanaman die ni.aku tibai je..hehe..mintak2 anda hidup subur la kat situ.

nampak tak keratan batang2 napier tu?


p/s : kobis dan kailan aku da stat bercambah.aku tak sangka biji benih ambil mase lame gak nak bercambah..ingat dalam 2 hari je.ni dah nak dekat seminggu.layan je la.


sekian.wassalam.

Wednesday, January 12, 2011

latest member : ayam sutera a.k.a silkie dan ayam bulu balik

wahhhh...minggu ni asek tambah koleksi je.hehe..aritu ayam hutan, pastu ayam api-api, la ni silkie ngan bulu balik plak.silkie ngan bulu balik ni dapat dari seorang akak ni di kuala pilah.harga?amat berpatutan..hehe..tapi aku kurang bernasib baek sebab silkie die telah diborong oleh orang laen.huhu..dapat la sekor je.jadi la..bulu balik pon sekor gak.dua-dua betina.(lau aku tak silap la..hehe) ni gambar diorang :

ayam bulu balik - cantik kan bulu die?

silkie @ ayam sutera - warna kelabu,kat kepak ade coklat2 sket.


tengahari tadi pegi dapatkan benih pokok malberi (mulberry) dan napier dari kak linda.tak tau la napier taiwan ke, india ke..aku layan je.hehe..kasi rendam dulu,bia tak kering.besok baru tanam.

napier dan mulberry

p/s: punya la sebok pegi tengok ayam,aku lupe yang mak aku suh beli ayam tok masak.keh3

sekian.wassalam.

new incubator on its way~


apekebende eh ni?mungkin ade yang tau..mungkin ade yang tidak.gambar ni sebagai teaser je..hehe..tunggu kemunculannya~!

p/s : terasa x unsur2 saspen?keh3..
sekian.wassalam.

Tuesday, January 11, 2011

tips orang lame : cara-cara nak melembutkan daging

aku tak tau la ramai ke tak yang tau tips ni.tapi bagi aku ini adelah satu ilmu baru..saje nak share.hehe..meh kite buat style cerita bergambar :-

sebelum proceed ke langkah seterusnya,anda perlu mendapatkan bahan2 yang ada didalam gambar di bawah.
ni bahan2 die : kelapa tua, periuk dan parang.

dah dapat bahan?orait~ skrang anda mesti buntu..nak wat camne la ngan kelapa tua ni.keh3..okeh2,ni cara-cara nak kopek kelapa.haa..ni cara aku.lau orang laen,maybe ade cara lagi senang kot. =)

mule2 buat satu 'marker' line kat buah kelapa tu.ni sebagai starting point la kirenye.

then ambil la jarak dalam seinci,mula cungkil kulit buah kelapa ni.

jika anda berjaya meneruskan xtvt diatas,inilah hasil akhir die.

ni la rupe buah kelapa yang telah kehilangan kulit luarnye.

ni pulak rupe buah kelapa bile sabutnye telah dibersihkan.



seterusnya?kite kena pecahkan kelapa tu.kalo aku kat sini cakap tampung niyor tu.okeh..gambar untuk kelapa ditampung atau dipecahkan x de sebab terlalu brutal..hehe..

sekarang gambar da abes.haa,kelapa yang ditampung tadi,air kelapa tu jangan dibuang.air kelapa tu la yang penting.nampak kan periuk kat gambar pertama tadi?guna la periuk tu untuk mengumpul air kelapa.

sekarang da ada air kelapa.masukkan je la daging yang nak dimasak tu.rebus daging tu dengan air kelapa ni.insyaAllah,empuklah daging tu..dan,rase daging pon bertambah manis.terima kasih tuk air kelapa tadi!hehe..

rumusan die : rebus daging dengan air kelapa.tu je.hehe..saje je nak cerita panjang2..haha..

moge ade yang dapat manfaat..sekian.
wassalam.





latest member : anak ayam mutiara a.k.a guinea fowl keets

ooppss..terbeli pulak 3 ekor anak ayam api-api @ ayam mutiara yang baru..hehe..usia dalam lingkungan 1 bulan lebih.jantina x tau..harap-harap ade la jantan betina.tak pon betina semua.sebab aku da ade sekor pejantan ayam api-api nih.xpe,pape pon,tunggu depa besar sket.baru senang nak cam jantina.lau jantan,leh tolak kat petshop.hehe..

aku x sure samada ini adalah jenis yang biasa atau jenis lain.sebab bahagian yang berwarna putih tu seragam..rasenye lau pied,warna putih die x seragam..mintak sape2 yang arif tolong confirmkan.. =)

cube tengok,keets ni dibahagian kepala dan lehernye berwarna putih..usha gambar :

bahagian kepala hingga ke leher berwarna putih

masuk reban bersama-sama guinea fowl dewasa - tiada kes buli berlaku..hehe

ayam mutiara - agak termangu-mangu di tempat baru

ayam mutiara a.k.a api-api - three musketeer..hehe



cepat2 besar,leh sembelih! hehe..
sekian.wassalam.

Monday, January 10, 2011

latest member : ayam hutan

tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu..siapa sangka,dengan menjejaki iklan-iklan ayam di internet telah menemukan ayah aku dengan sahabat sekolahnya.30tahun lebih gak la..pergh..cam jejak kasih.dan siapa sangka jugak pertemuan itu meyebabkan aku mendapat 4 ekor ayam hutan dengan percuma..hehe..walaupun anak je,tetap diterima dengan tangan terbuka..rezeki jangan ditolak.alhamdulillah~ XD

dengan kedatangan spesis baru ni,bertambah variasi kat reban aku.ni die anak-anak ayam hutan,ahli terbaru reban aku :
anak ayam hutan - gayat di tempat baru

anak ayam hutan - 4 ekor semuanya

kalau ikut kate pakcik tu tadi,daripada 3 ekor yang besar sikit tu,seekor jantan,dua betina.yang kecik tu tak tau..aku reti nak kenalpasti jantina ayam di peringkat anak..hu..kena belajar tu.nanti senang.pape pon,moge mereka membesar sebagai juara di reban aku.hehe..besar cepat,bertelur banyak2,banyak le ayam aku..keh3..

btw,pakcik ni memang jual ayam hutan.lau datang kat umah die,kena datang dalam pukul 6 gitu.time tu ayam balik makan.memang banyak..tak kurang 50 ekor aku rase.ayam hutan die dan tak liar sangat.dah boleh makan jagung la.sape2 yang berminat nak memiliki ayam hutan,leh la contact pakcik ni.pepandai la anda deal ngan die.peramah je orangnye.

tu je nak cite..hehe
sekian..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...