Translator

Wednesday, January 5, 2011

nak bertani la pulak..

cuti tinggal dua minggu je lagi.23haribulan nanti da kena balik da..huhu..kejap je cuti.haih~...(tak elok mengeluh,ni saje je nak bagi dramatik sket..hehe)
petang tadi aku stat melambuk tanah kat sebelah reban ayam tu.tibe-tibe terasa nak bercucuk tanam la plak.keh3..plan dalam pale ingat nak tanam kacang botol, kacang bendi dan jagung.tiga baris batas cukup la.tanam sikit2 je.better than nothing an..hehe

batasku yang sekangkang kera

haaa..walaupon dalam gambar ni kawasan yang dilambuk tu nampak kecik je..tapi..hangpa try la buat..mencieh-cieh poluh dibuek eh..pancit woo..bese pegang pen ngan kalkulator je..hehe.petang tadi just lambuk dan gemburkan tanah je dulu.pagi sok baru nak buang sume akar2 lalang tu.bentukkan barisan batas.then boleh tanam.oh yeah~ XP

fuh~ setelah penat bekerja..air kelapa muda memang minuman yang terbaekkkkk.

kelapa matag - airnye manis!


mama kate,asal buat keje sket,minum air kelapa...hehe..lek la ma,banyak lagi kelapa atas tu.ni baru sepokok,pokok laen ade lagi..hehe..

kelapa matag - tunggu mase je aku nak abeskan.hehe


btw,kelapa yang aku amek ni adelah dari jenis kelapa matag.ni ade sikit info : (credit to brader shawn http://shawnagrofarm.wordpress.com/ )


MATAG adalah singkatan nama Kelapa Hibrid baru iaitu Kelapa Hibrid di antara Kelapa asal Malaysia dengan Kelapa asal Filipina (Tagnanan). Kelapa Malaysia (Malaysian Yellow Dwarf -MYD atau Malaysian Red Dwarf – MRD) merupakan kelapa rendah (Sumber Bunga Betina) di kacukan dengan debunga jantan Kelapa Tinggi Tagnanan (Berasal dari Filipina dan ditanam di Malaysia) . Proses pengeluaran benih Kelapa MATAG adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Untuk mengeluarkan sebiji benih kelapa MATAG perlukan kos, kesabaran, ilmu teknikal, sumber tulin debunga, sumber tulin induk MYD/MRD yang matang serta kepakaran pekerja pendebunga. Debunga jantan perlu di sembur setiap hari kepada mayang betina yang terbuka (Bunga betina terbuka berperingkat2) dari satu mayang dan kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya. Kalau tak berjaya boleh di bubuh debunga lagi berulangkali.
Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid. Pembajaan pokok perlu di buat mengikut jadual standard untuk mempastikan benih kelapa MATAG dapat dihasilkan dengan baik. Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.. Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian. Kelapa yang rosak, deform dan tak elok tidak diambil sebagai sumber benih. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar dan kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau Jadi MRD/MYD atau macam Tagnanan. Kajian di Muar mendapati purata untuk jadi benih MATAG F1 tulin 100% lingkungan 40 – 45 % sahaja.
Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg Gulang2 Batu Pahat yang di tanam pada tahun 2001 mendapati hasil setangkai sehingga 15 biji. Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG oleh Jabatan Pertanian.
Kelebihan kelapa matag:
  • berbuah lebat (15 biji setandan)
  • mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun.
  • mula berbuah dengan cepat seawal 3 tahun
  • isi tebal
  • sesuai untuk minuman dan dibuat santan

isinye tebal dan mantoppp
p/s : semangat melambuk tanah sebab badan da naek.cara nak men-tough-kan badan dengan bertani la konon..hehe

sekian.wassalam.

1 comment:

Mohd Sakyan said...

Salam... kepada anda yang tercari cari benih kelapa matag. Sila lawati blog ini: http://benihkelapamatag.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...