Translator

Tuesday, January 18, 2011

tetasan terakhir inkubator

sebelas ekor chickies
al-memandangkan cuti aku tinggal seminggu..seminggu pon tak sampai sebenarnye.sengaja aku letak telur biar yang last menetas semalam.so,abes la batch incubator.pasni tah bile ntah nak pakai incubator tu lagi.tunggu aku cuti je la..orang kat rumah ni takde kesungguhan nak jaga.almaklumlah,incubator manual..hehe.

so sepanjang cuti nih,total 23 ekor yang menetas dari incubator.sikit?yela..ayam aku pon xde la banyak mane..dari total tu,3 ekor mati tanpa dikenalpasti puncanya.tak tau la mati kena pijak ke ape.harapnye baki 20 ekor ni hidup le sampai besar.separuh dari jumlah ni adalah anak ayam kapan atau ayam katik.tiga ekor baka ayam siam dan bakinye adalah generasi kedua kacukan silkie dengan ayam kampung.

cite pasal kacukan ayam kampung ngan silkie ni,fuh,macam-macam rupe yang keluar.ada yang kaki berbulu,ada yang daging hitam.ade yang paruh bertompok2 hitam.yang daging badan hitam,tapi leher ngan kaki biase pon ade.unik betul.keh3.

cite pulak pasal ayam belanda.ayam belanda jantan aku da stat panjat yang betina.rabu lepas lau tak silap.punya la aku tertunggu-tunggu bile la yang betina ni nak stat bertelur pulak.cepat la sket.aku da nak balik nih.nak gak merasa telur ayam belanda goreng ke..dadar ke..hehe..

sekarang hanya menunggu stok-stok anak-anak ayam yang baru dibeli aritu untuk membesar.ayam hutan,ayam selasih,ayam api-api biase dan lavender dan tidak dilupa, silkie dan bulu balik aku.tunggu diorang capai usia matang dan bertelur.bila da ade generasi penyambung,leh la sembelih.hehe..

p/s : next week,otw balik hostel aku akan bawak sekali diamond dove 3 ekor.1 jantan 2 betina.ade kawan mintak tolong belikan.ni gambar depa,amek tenet je.(credit : link)

diamond dove

sekian.wassalam.

2 comments:

Mohd Ammar said...

pos sikit telur ayam2 ko kt aku.hehe.. ayam aku kt rumah tinggal 2 ekor ibu, 3 ekor anak je. yg lain dh habis kena sampar

cHickeNisme said...

oh..yang tiggal tu sihat ke?aritu kan ade beli vaksin..camne?x berkesan ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...