Translator

Monday, February 28, 2011

a few days later...

entry kali ni sesaje nak update sal anak arnab dan anak ayam yang lahir minggu lepas.rujuk : ahli baru : anak ayam dan anak arnab . esok genap seminggu umur anak-anak arnab yang menetas lahir minggu lepas.sekarang rupe diorang da maken adorable.takde macam anak tikus da.bulu pon da hampir penuh tumbuh seluruh badan.layan gambar :

8 ekor sumenye

lau ikut buku,diorang stat bukak mata umur 10 hari



yang ni plak gambar anak-anak ayam yang menetas dari incubator rabu dan khamis lepas.lima ekor sumenya.usha gambar :


okeh,bekumpul wat bulatan!
lima ekor anak ayam kampung

kais-kais dedak
gaya tidor tak boleh blah


p/s : anak arnab da berberapa ekor ditempah dek sedara mara.pas cerai susu baru leh lepas.maknenye dalam 7 minggu lagi la.harapnya sume membesar sihat dan kuat! =)

sekian.wassalam~

Saturday, February 26, 2011

anak-anak arnab

ni gambar anak-anak arnab dengan ibu die.dah letak dalam kotak.pakai kotak kasut je..aritu alas ngan kaen je.sape suh tibe2 beranak..hehe..pelik gak,orang kate lau arnab tu nak beranak,die akan cabut bulu die.tapi arnab sekor ni x de pon.tau-tau da kua je 8 ekor.


setakat ni sume anak dalam keadaan baek.si ibu menyusukan anak.bermakna ini adalah ibu yang baek.kalo dapat ibu yang tak mau nyusukan anak die..haru~..dah le baru bela arnab ni.xde pengalaman.banyak lagi yang kena belajar.kalo anak ayam tau le selok belok nak menjaganye.tuk arnab ni,kena banyak bertanya.time kasih la sape2 yang menjawab pertanyaan aku tu. =)

p/s : kebelakangan ni banyak entry sal arnab..excited sbenarnya.yela,cam kena jackpot plak asenye.beli sepasang,dapat extra 8ekor.hehe..rezki2..alhamdulillah~

sekian.wassalam.

Thursday, February 24, 2011

black silkie : silkie hitam : ayam selasih sutera hitam

ini adelah silkie atau pon orang panggil ayam selasih sutera atau ayam sutera je.da dekat sebulan silkie hitam ni ade kat bawah jagaan aku sejak aku dapat waktu cuti raye cine lepas.so kira-kira umur die sekarang da sebulan lebih.dekat dua bulan.bulu pon maken tebal.lagi-lagi bahagian ekor.kembang jek.ni gambar :

ayam selasih sutera hitam (1)

ayam selasih sutera hitam (2)
nampak serupa?jangan tertipu.dua gambar  ni mewakili ayam yang berbeza..hehe..mula-mula dulu ingat dua-dua jantan..tapi sekarang rase cam depa ni sepasang..hehe..tak berapa reti nak beza jantan betina.tapi mintak-mintak sepasang le,masyuk sket~

sekian.wassalam.

Wednesday, February 23, 2011

bertambah ahli-ahli baru : anak ayam dan anak arnab

incubator yang baru aku buat hari tu telah membuktikan keupayaannya tuk menetaskan telur ayam kampung.setakat ni,3 dah menetas,sebiji lagi akan menyusul dalam mase terdekat.saje letak sikit,sebab nak test incubator nih.lau tak okeh,tak lah membazir telur banyak2..=) tuk lihat lagi jelas incubator yang aku wat,rujuk link nih : incubator semi automatik

ni gambar diorang :
tetasan terkini dari inkubator
trio chicks


satu cerita laen,arnab yang aku beli aritu (rujuk link nih : arnab kampung ) rupenya dah bunting.takde pon tanda-tanda die nak beranak,tau-tau tadi aku diberitahu yang arnab tu dah beranak..rezeki..mintak-mintak hidup la sumenya.

ni gambar diorang :
anak arnab baru lahir

alhamdulillah..rezeki.. =)

sekian.wassalam.

Sunday, February 20, 2011

tips-tips pemeliharaan arnab.



ni aku copy je nih..kredit kepada sumber : link

TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam

INFO

-Arnab Boleh dilatih untuk mengunakan tandas (Toilet Tray)
-Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan mungkin lebih lama
-Arnab adalah haiwan yang suka bergaul.
-Arnab adalah teman yang baik di rumah.
-Arnab akan menghasilkan bunyi “purr” seperti kucing bila gembira dan senang hati.
-Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri (Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi mengawal perilaku matang.
-Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda.
-Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board, plastic berwarna , bola berloceng adalah antara permainan digemari.
-Arnab amat gemar menguyah. Jadi sediakan bahan untuk mereka menguyah seperti potongan blok kayu. (atau mereka akan menguyah harta benda anda).
-Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti, pemangsa, kabel electrik dan telefon, racun atau tumbuhan beracun dan suhu yang melampau.

PEMILIHAN BAKA

Pemilihan baka perlu dilakukan dengan teliti. Aspek penting dalam pemilihan baka ialah;

1. Memastikan apakah tujuan untuk menternak arnab.
2. Produk sebenar yang akan dikeluarkan.
3. Dari mana sumber perolehan.
4. Apakah informasi yang boleh diberi oleh penjual.
5. Memeriksa dengan teliti arnab yang ingin dibeli.
Pastikan fizikal arnab ada sempurna, tidak cacat sebarang anggota. Periksa kesihatan, pastikan keseluruhan badan arnab dalam keadaan kering. Jika terdapat kesan lembapan, periksa dengan teliti bahagian punggung, kemungkinan arnab cirit birit. Pastikan bulu, mata dan telinga dalam keadaan normal dan ceria. Pastikan arnab berada dalam keadaan aktif, iaitu sentiasa bergerak dan melompat ini untuk memastikan arnab itu tidak tempang.
Pembelian hendaklah dilakukan dari sumber yang boleh dikenalpasti mempunyai kemahiran serta pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pengendalian ternakan arnab. Seboleh-bolehnya elakkan dari membeli dari kedai haiwan. Ini kerana kedai haiwan mungkin tidak dapat memberikan maklumat asas berkaitan arnab serta tiada rekod dari penternak asal. Pada kebiasaannya, arnab yang dijual di kedai-kedai haiwan, secara majoriti diternak secara tradisional oleh masyarakat kampung. Penternak tradisional secara umumnya tidak mempunyai sebarang catatan. Kalau ada pun hanya sekadar untuk pengetahuan sendiri. Spesifikasi rekod seharusnya mempunyai maklumat asas seperti baka/spesis, tarikh lahir, berat semasa, lokasi dilahirkan, jenis pemakanan, jenis reban (permukaan lantai, dinding) dan rekod kesihatan.

KAWALAN PENYAKIT

Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

PUNCA-PUNCA

Perkara yang paling utama dalam penjagaan arnab adalah anda harus peka kepada masalah arnab anda. Berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

ARNAB MUDA

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu dan cecal ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

DIET DAN PEMAKANAN

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbohidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.

PEMBERIAN UBAT-UBATAN

Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.

STRESS

Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.

JANGKITAN

Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.

SIMPTOM-SIMPTOM

-Najis yang lembik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
-Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
-pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
arnab hilang upaya dan lemah
-jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

MENGELAKKAN DARI BERLAKU

-Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
-Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
-Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
-Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
-Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
-Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
-Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

APA PERLU DILAKUKAN
 
-Segera dapatkan rawatan daripada Veterinar.
-Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
-Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
-Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
-Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
-Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan ORT seperti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab sehingga pulih dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
-Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
-Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.
-Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
-Probiotics seperti Denes Probiotic + Powder adalah sangat membantu jika anda boleh mendapatkannya. Dicampur didalam makanan
-Selain itu Arsenicum album 30c drops atau Phosphorus 30c juga boleh mambantu. Mungkin boleh didapati dari veterinar atau Farmasi. Diberi terus secara oral.

MAKANAN TAMBAHAN

-Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
-Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
-Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.-
-Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boleh didapati di kedai jualan makanan ternakan.

PEMBIAKAN

-Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
-Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
-Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWAN

-Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. -Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
-Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. -Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
KAHWIN SELANJUTNYA
-Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
-Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.
MENINGGIKAN KEBERNASAN
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke belakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.
TEMPOH BUNTING
-Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. -Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
-Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
-Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
BUNTING PALSU
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
ANAK ARNAB
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
-Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
-Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
-Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
MASA MENYUSU ANAK
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
IBU ANGKAT
Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
CERAI SUSU
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.

Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.

ayam hutan / gallus gallus

yang ni ayah aku nye minat.angkat kat kawan die.time tengok pakcik ni bagi makan,aku baru tau yang ayam hutan ni sepesen je.yang jantan die kaler same je semua,yang betina pon kaler dan corak serupa je.tapi ade exception sekor dua.ade ayam hutan jantan warna putih.cam style gak.sebab die rare banding ngan laen2..

ni dia sepasang.hangpa tengok dok senyap sebab kaki die da sama-sama kena ikat.agaknya die pon paham so takde la meronta-ronta nak lepaskan diri.keh3..layan gambar :

ayam hutan sepasang

ayam hutan

red junglefowl

asalnya bawak raga..tapi rupa-rupanya raga tu kecik..tu yang ikat je tu.sayang pulak lawi jantan tu rosak lau masuk raga kecik..muda lagi jantan ni.taji pon baru setengah inci kot.ke pendek lagi...lebih kurang la..

ni gambar diorang dalam reban.yang jantan ni kepala die blur sebab tengah berkokok.amek gambar pkai fon,xleh adjust shutter speed..hehe

ayam hutan

yang ni plak gambar anak ayam hutan yang aku dapat dulu.dari pakcik yang same gak.sekor jantan,dua betina.tapi dalam gambar ni nampak dua je.

anak ayam hutan


liar lagi nih..kena kurung dulu..lau lepas putih mata..keh3..

sekian.wassalam~

melepak di waktu pagi

ayam aku pagi-pagi bertenggek..macam pelik lak aku rase..bukannya ayam pagi-pagi dok kais cari makan ke?spoiled chicken..ish3..


ni kes tunggu orang bagi makan le ni.pemalas punya ayam.sembelih tau la.keh3..

sekian.wassalam~

arnab kampung~

dua hari lepas angkat sepasang arnab kampung dewasa.lau ikut owner lame,katenya umur dalam lingkungan 8-10 bulan camtu.dapat pulak harga yang amat irresistibly irresistible..harga dewasa sepasang lagi murah dari harga biasa anak arnab seekor yang petshop jual..siap dapat bekas makanan ngan minum free.mula-mula nak beli,tapi tokeh die bagi free je.senyum-senyum sikit,terima ngan tangan terbuka.hehe..

ni gambar kat umah owner lame die.tak dapat snap banyak.die tak bagi customer masuk dalam kawasan arnab.sebab takut  kaki terjerobos(aku tak sure perkataan ni ade ke tak..hehe) masuk ke lubang arnab dan risiko terpijak anak dalam lubang.so aku snap gambar arnab yang dekat je la.

anggora katenya..aku tak kenal pon baka ape - ni die tak jual.

ni anak arnab betina - umur dua bulan.

haa..tu arnab tokeh tu.ni arnab yang aku beli.yang warna coklat tu betina.yang putih ade plumage coklat tu jantan.leh tahan berat arnab nih.

arnab kampung - depan jantan belakang betina

arnab kampung jantan

arnab kampung betina
arnab kampung kat sangkar baru diorang

makan time~
saje je angkat arnab ni.selain sebab aku minat,saje nak wat ganti anak kucing adik aku,tak sengaja terlanggar aritu.die tidor kat tayar kete.tak pasan,jadi tak leh wat pape la.ajal die.

sekian.wassalam~

reban buluh

ni die gambar reban buluh.tapi taklah sepenuhnya buluh.rangka guna kayu second.cuma dinding2 semua gunakan buluh..aritu belom siap lagi.la ni da sudah da.dah berisi da pon.hehe..from my humble point of view..leh tahan gak rupe die..keh3.ukuran keseluruhan ialah 10"x3"x3"..dibahagikan kepada tiga ruang,satu 4"x3" dan yang lagi dua 3"x3".

reban buluh

p/s : ade plan nak tambah reban lagi.sebab kayu banyak extra lagi.mungkin nak wat satu lagi yang macam ni.sesaje ready tuk akan datang. =)

sekian.wassalam.

Wednesday, February 16, 2011

ikan gapi~guppy fish

aku kebosanan,inilah padahnya cuti..semalam satu kelas,arini cuti,sok takde kelas.memang banyak mase terluang kan?so untuk isi sket mase terluang,pagi tadi aku dok jenguk-jenguk berberapa kedai yang jual ikan.ade sejenis ni yang menarik minat aku.(sikit-sikit tertarik..ish3) ikan gapi a.k.a guppy.kecik,cantik, tak perlu ruang besar dan paling penting cam sesuai je buat bela dalam bilik hostel ni..hehe..terapi minda la katekan.




aku google la sikit-sikit pasal camne nak pelihara ikan nih.yela,ne la tau tibe-tibe terima hidayah nak sambar ikan ni buat bela kat hostel..hehe..ni aku kongsikan,asalnya artikel english,tapi aku translate dan ubah secukup rase..keh3..link asal kat sini : link.




ikan gapi ni adalah salah satu dari ikan yang popular orang bela..ramai dok bela dalam akuarium,tak pon bela kat kolam-kolam kecik tepi umah.biasanya yang ade air terjun buatan tu,ade la ikan ni.bukan setakat cantik, disebalik rupanya yang warna warni tu,ikan ni berguna tuk makan jentik-jentik yang ade dalam kolam.kirenya cam biological control la.gune sumber alam je.

speselnya tentang ikan gapi ni,die ade banyak variasi warna.sumpah tak bosan tengok ikan ni berenang-renang dalam akuarium.tambah-tambah lagi tuk sape-sape yang pandai aquascaping,hiasan akuarium yang gempak+ikan yang cantik = WOw!hehe..ikan jantan lebih menarik dari yang betina.jantan biasanya berbadan lonjong dan bersirip lebar dan cantik bangat~.yang betina pulak,badan die lebih bulat dan bersirip pendek.nak pelihara,biak dan jaga ikan ni tak susah,cume berberapa perkara perlu dititikberatkan,terutama dari segi kualiti air.

okeh,bela ikan gapi ni bukan sekadar nak pastikan die hidup semata-mata,tapi kena pastikan gak yang die hidup sihat dan selesa.makan kena bagi betul,tempat tinggal die biar yang senonoh dan macam-macam lagi..oraito~antara perkara yang perlu diambil kira sebelum bela ikan nih :



aquarium / tempat nak bela :
~ape yang penting ialah ruang yang sesuai.jangan dok nak sumbat ikan ni banyak-banyak dalam satu bekas atau aquarium kecik.kalo cek kat tenet,macam-macam saranan yang diorang bagi,ade yang kate sekor ikan,kena satu liter air la.tak perlu spesifik sangat,tapi yang penting bersesuaian.tapi lau newbie,elok ikut je saranan yang ade.hehe..



maintainance / penyelenggaraan :
~yang ni penting.perkara paling utama ialah kebersihan air.pastikan jangan sampai berlumut da tak nampak ikan baru nak bersihkan...jangan camtu.pembersihan berkala itu perlu.kalo stat bela,kena ade tanggungjawab.kalo tak,tak payah bela.jangan berlaku zalim kat makhluk tuhan.aspek laen macam pH air dan suhu biala cantik.kalo boleh buatla se-natural yang mungkin.kalo perasan,ikan gapi yang bela dalam kolam tepi umah tu agak-agak dijage ke suhu dan pH airnye?tak kan?tapi hidup okeh dan membiak.yang penting air bersih.tak tercemar ngan benda yang tak sepatutnya.ni penting tuk ikan yang dipelihara dalam akuarium,confined space,air tak mengalir,air cepat kotor.



makanan :
~makan ape ikan gapi nih?bagi makanan ikan biase dah memadai.tapi bagus jugak lau selang seli ngan variety makanan cam bloodworm,jentik-jentik.takde la diorang boring dok makan benda same je hari-hari.satu peringatan,jangan bagi makanan banyak sangat.seboleh-bolehnya bia cukup-cukup je.lau tak,makanan yang lebih tu akan kembang dan mencemarkan air.lame-lame kiok ikan tu.walaupun ikan yang tahan lasak macam ikan puyu.(pengalaman sebenar.ikan puyu abes kiok sebab bagi makan lebih.konon-konon bia tahan lame.sudahnya,memang tahan lame sebab tak dimakan,ikan da mati,..T_T)



kesimpulannya,ape yang aku tulis ni basic je.nak buat ape pon,mentenen perlu.itu wajib.

sekian.wassalam.

Monday, February 14, 2011

maulidur rasulullah s.a.w

sempena hari kelahiran nabi kite,rasenye elok la kite banyakkan selawat kepada baginda.mudah-mudahan kita sume dapat syafaat dari baginda kat akhirat nanti..


mudah je selawat.kalo kite sibuk macam mane pon leh lafaz selawat gak.kalo sambil jalan , belajar, drive ke, kite leh humming lagu.ape salahnya sempena maulidur rasul ni kite ubah sikit.

nak tulis banyak-banyak tak reti..awak ni bukan ustaz..hehehe.. =)

sekian.wassalam.

Wednesday, February 9, 2011

pelan-pelan kayuh

minat pelihara haiwan?sebelum nak bela,cek dulu,sanggup tak bagi komitmen?jangan minat nak bela sebab ikut-ikutan.tengok orang bela arnab,kite pon beli la arnab.lepas dua hari dah boring.arnab terbiar,mati sudahnya.tengok plak orang bela sugar glider,kite pon heboh nak bela jugak.last-last sugar glider mati sebab da taknak menjaganya.tu contoh je..hehe..

fikir sebelum bertindak
sebenarnya apa yang perlu kite timbang tara sebelum kite memelihara seseekor haiwan tu?ramai antara kite yang cuba tuk memelihara haiwan tanpa persediaan yang rapi.kesannya?haiwan yang dibela tu terseksa,terbiar dan macam-macam la.cube kite tanya diri kite sendiri berberapa soalan sebelum nak bela haiwan nih.

>sah tak dari segi undang-undang?

-cek dulu..kalau nak bela sejenis haiwan tu,kena ade lesen ke tak.ataupon boleh ke haiwan tu dipelihara?contoh macam burung.ade burung boleh bela,tak payah pakai lesen.ade tu yang kena ade lesen kalo nak bela.ade tu yang tak boleh bela langsung sebab dikategori sebagai haiwan lindungan.papepon,cek dulu status haiwan tu. 

>ade tak kawasan nak pelihara binatang nih?
-ini penting sebab kalo nak beli kambing la katekan,rupenye tak boleh bela sebab kalo duk kondo tak boleh bela haiwan.contoh la..hehe.takpon sebab duduk asrama.mane boleh bela kat asrama kan..

pet Sugar Glider by SeeMidTN.com (aka Brent).
sugar glider

>dah study tentang haiwan yang nak dibela?boleh jaga,bagi komitmen?
-macam anak ayam,jangan ingat die kecik-kecik comel,dia akan stay comel camtu sampai besar.dia akan membesar.boleh tak jaga sampai die besar?kalo tak boleh,jangan ngengada nak bela.

>jangkahayat haiwan yang ingin dibela.
-pastikan anda boleh menyediakan penjagaan sepanjang hayat haiwan tu.name pon pet kan.kena la jaga sampai ke akhir hayat die.tak leh nak bela dua minggu pastu buang kat dalam tong sampah.kalo haiwan yang berumur panjang,macam burung kakatua.pastikan ade orang yang nak sambung bela.jual ke.yang penting die tak terbiar.

>ade tak klinik haiwan dekat-dekat?
-ni penting gak.kot-kot sakit ke.nak rujuk kat sape?doktor haiwan gak yang paling mudah.bawak je pegi klinik pastu bayar r..hehe..tapi bergantung gak.kalo haiwan yang anda nak bela tu terlalu eksotik,payah nak cari veterinar yang bole cater haiwan anda.contoh,bela penguin,silap haribulan,round satu mesia ni pon tak jumpe veterinar yang boleh rawat kalo die sakit.hehe


>cukup tak duit nak bagi makan dan ubatan haiwan ni?
-lagi eksotik haiwan yang dipelihara,biasanya lagi tinggi la belanja nya.so,pepandai la pilih bela yang termampu ea.


Muffled Compliments to the Chef by Furryscaly.
ade gak orang yang minat bela labah-labah


>boleh tak penuhi keperluan haiwan peliharaan anda?
-haiwan macam burung kakatua biasanya perlukan perhatian yang lebih.kena care lebih la.tak leh bia camtu je.bukan stakat tu,kawasan tinggal die kena perhatikan jugak.kalo pakai sangkar,tak boleh la sangkar yang kecik,kena la yang sepadan saiznya.kalo tak,tension la pet tu.


>kenapa nak bela sebenarnye?
-haa..ni penting nih.kena tengok alasan nak bela.kalo tak berpatutan,baek tak payah bela.antara contoh alasan yang munasabah :
     ~nak biakkan haiwan yang 'rare'.
     ~nak selamatkan haiwan yang terbiar.

alasan yang tak berapa patut :
      ~sebab cool,nak menunjuk(riak x elok).
      ~sebab saje nak ade sekor.


aku memang bersemangat bela ayam nih.aku mula-mula dulu start dengan 6 ekor anak ayam kampung kacuk(sume dah arwah da dalam kuali),sekarang da dekat 80 ekor ayam macam-macam jenis.satu perkara yang aku tak selesa ialah berjauhan dengan ternakan aku.terutama anak-anak ayam yang beumur bawah sebulan.yang mane diorang ni boleh dikategorikan sebagai "fragile" ataupun sensitif.bukannya aku tak caye orang-orang kat rumah untuk jaga,tapi itulah risiko yang terpaksa diambil sebab berbeza tuk orang yang mempunyai minat dan orang yang sekadar tolong-tolong gitu tuk jaga haiwan ni.

untuk seseorang yang mempunyai minat,biasanya die akan lebih perihatin tentang keadaan seseekor haiwan tu,dalam kes ni,anak ayam.contoh cam aku.pagi petang aku cek tengok keadaan ayam tu.ada sebarang perubahan ke,die macam sejuk ke,murung ke,selsema ke.dan untuk setiap perubahan tu,ada tindakan yang perlu diambil.katakan,ayam tu murung.mungkin sebab sejuk atau sakit.jadi,asingkan die kat tempat laen,buh bawah lampu dan bagi vitamin.dari masa ke semasa tengok-tengok keadaan anak ayam tu.insyaAllah dalam dua tiga jam dia akan segar balik.

kalau tuk orang yang sekadar tengok-tengok dan takde minat nak menjaga pulak,dia cume tunaikan kewajiban bagi makan,tengok air ade atau x.perasaan nak perhatikan keadaan anak ayam tu kurang.secara tak langsung sebarang perubahan yang berlaku takkan disedari.perlahan-perlahan sekor dua mati.mane yang kuat tu boleh la survive.kalo asal ade 10 ekor,yang hidup besarnya cume 7 atau 8 ekor.da rugi dua ekor.

soal rugi kite tolak belakang.cube pikiaq sat,matinya seekor haiwan bawah jagaan kite,kalo memang mati tua takpelah,memang dah ajal.tapi kalo matinya sekor haiwan tu atas sebab penjagaan tak betul,tak ke dah jatuh hukum menzalimi makhluk.lau camtu kira berdosa la kan?dok bersemangat nak bela tapi tak jaga elok2..cube elakkan.sebab tu lau nak memelihara haiwan ni,jangan dok sebab ikut-ikutan.orang bela,kite pon sama nak bela.tapi ilmu tak cukup,cara tak betul.kalo betul minat,belajar dulu A sampai Z.google mane yang patut.tipula terus nak master sume kan,tapi sekurang-kurangnya ade asas untuk mula memelihara haiwan nih.

saje je nak menaip sebenarnye..hehe..
sekian.wassalam.

Saturday, February 5, 2011

reban lagi!

asal cuti je wat reban.asal wat reban je cuti..hehe..arini stat wat satu lagi reban.panjang 10kaki dan lebar 3 kaki.wat 3 bahagian,satu 4 kaki lebar dan dua 3 kaki lebar.yang speselnye,dinding kali ni gunakan buluh.wat kelainan sikit,asek pakai wire mesh je.

tapi pakai buluh ni,penat sikit la.paling mencabar nak tebang buluh.bile da tebang,cabang die sangkut ngan buluh-buluh laen.nak tarik die kua tu,fuuhhh..bukan senang.seb baek buat bertiga.lepas la nak tarik.bile da tebang,kena la potong ikut ukuran yang dikehendaki.

buluh yang dipotong - 5kaki setiap satu

 pastu belah buluh,dapatkan kepingan-kepingan.wat cam papan la lebih kurang.

sebatang buluh leh belah 6,8 ikut saiz r

kepingan-kepingan tadi,paku je kat frame reban yang da dibuat.ikut la,lau nak wat dinding,paku kat dinding die.lau nak wat lantai,paku kat lantai.

pakukan kepingan buluh jadi dinding.cun kan?hehe

sebagai reinforcement,paku lagi sekeping buluh atas buluh-buluh yang dah dipaku sebelumnya.tambah je lagi paku biar tegap.tengok gambar,klik untuk besarkan.

ni belah kiri

yang ni kat sebelah kanan

setakat petang tadi,dinding belakang setel.reban aku tak siap lagi..sok maybe sambung wat.tapi aku tak join la sebab nak gerak balik pagi sok.selamat la sape2 yang bertuah..hehe.

p/s : mari vaksin ayam besok pagi.pas subuh mai r datang tolong.=)

sekian.wassalam.

Friday, February 4, 2011

yang mana satu,bourbon red atau jersey buff?

sejak aku obses dengan ayam-ayaman ni,banyak gak la benda baru yang aku belajar,dari sekecil-kecil benda sampai la sebesar-besarnye..hehe..cakap cam hebat sangat plak.point yang aku nak cakap,bertambah la sedikit sebanyak pengetahuan tentang benda yang simple-simple.yang utama,ilmu perlu terus dicari.takleh rase diri tu dah cukup ilmu dan cukup pandai.ape-ape pon,terima kasih la diucapkan kepada semua yang telah berkongsi ilmu secara langsung atau tidak.

merujuk kepada tajuk,bourbon red.nape la ayam belanda baka bourbon red mahal?adakah semata-mata kerana nilai estatik atau ade kelebihan baka bourbon red ini berbanding dengan baka-baka ayam belanda yang laen?

kalo ikut pembacaan aku dari website feathersite (ni link die : link) bourbon red ni merupakan satu baka yang terhasil melalui pembakaan pilihan (selective breeding) dari baka jersey buff untuk menghasilkan ayam belanda yang mempunyai warna yang lebih gelap.ini bermakna,bourbon red ni lebih cantik dari baka jersey buff yang jika dibandingkan dari segi warnanya, lebih pudar.

jadi,mahalnye bourbon red adalah kerana ke-"rare"-an dan kecantikkan warnanya.okeh,boleh la terima.macam ayam api-api jugak.ayam mutiara lavender lebih mahal dari ayam api-api biasa kerana dia lebih "rare" (tak ramai bela dan bilangan sedikit) dan lebih cantik.

meh kite tengok perbezaan antara dua baka ayam belanda nih :

kanan : ayam belanda baka red bourbon || kiri : ayam belanda baka jersey buff


persoalan die,adekah ayam belanda coklat yang anda beli itu baka bourbon red?atau sekadar baka jersey buff?kalo baka jersey buff,tak wajar la anda di caj dengan harga bourbon red.sebagai pengguna,periksa dulu sebelum beli.jangan men tibai je.hehe..

p/s : tengah bosan.so tulis je ape yang terlintas.hehe..

sekian.wassalam.

incubator semi automatik

gempak je tajuk entry ni..hehe..alkisah aku da buat tray tuk telur-telur dalam incubator.so,untuk menggolekkan telur,tak perlu lagi nak bukak tutup atas.cume perlu tarik tali yang ade di kiri dan kanan incubator tu.buat da cantik,testing pon menjadi.cume aku salah ukur sikit,tray telur tu jadi kecik.patutnye banyak lagi telur yang boleh muat.takpela,setakat ni pakai je dulu.telur ayam bukan banyak sangat pon.ikut ukuran tray sekarang,boleh muat lebih kurang 40 telur ayam kampung.nanti aku wat frame besar sikit.leh masuk banyak lagi.usha gambar :
sebelum test run

selepas yakin,barulah masukkan telur.
buat mase ni,ade 5 biji telur ayam belanda,lebihnya telur ayam kampung.
...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...   ...
petang tadi sepatutnya buat lagi satu reban,tapi sebab kayu yang diorder tak sampai-sampai,aku pon mengubah plan kepada memancing.tetiba muncul niat sebab nampak ramai orang memancing kat jambatan batu kikir tu.pelik..tak penah-penah orang nak mancing situ tibe-tibe ramai.bile pegi usha,rupenya kat hulu sungai ade kolam ikan sembilang melimpah sebab hujan tak berenti haritu.kat sungai tu nampak ikan sembilang menangkap-nangkap.sape-sape yang memancing tu kejap-kejap naek sekor..geram beb~

aku pon nak mancing gak.so gerak r ngan ayah+adik2 aku.pencapaian terbaik aku rase,47 ekor ikan dalam masa lebih kurang 2 jam.semua ikan sembilang kecuali sekor ikan tilan.usha gambar :
ini la rupe ikan tilan

dua tong cat beb~ banyak tuh.

haa..ni pakcik yang mancing sebelah aku yang punya.

tak ramai orang mula-mula.port tersorok.hehe..
p/s  ; esok nak vaksin ayam,sapa nak tolong mai la umah..hehe
sekian.wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...