Translator

Friday, February 4, 2011

yang mana satu,bourbon red atau jersey buff?

sejak aku obses dengan ayam-ayaman ni,banyak gak la benda baru yang aku belajar,dari sekecil-kecil benda sampai la sebesar-besarnye..hehe..cakap cam hebat sangat plak.point yang aku nak cakap,bertambah la sedikit sebanyak pengetahuan tentang benda yang simple-simple.yang utama,ilmu perlu terus dicari.takleh rase diri tu dah cukup ilmu dan cukup pandai.ape-ape pon,terima kasih la diucapkan kepada semua yang telah berkongsi ilmu secara langsung atau tidak.

merujuk kepada tajuk,bourbon red.nape la ayam belanda baka bourbon red mahal?adakah semata-mata kerana nilai estatik atau ade kelebihan baka bourbon red ini berbanding dengan baka-baka ayam belanda yang laen?

kalo ikut pembacaan aku dari website feathersite (ni link die : link) bourbon red ni merupakan satu baka yang terhasil melalui pembakaan pilihan (selective breeding) dari baka jersey buff untuk menghasilkan ayam belanda yang mempunyai warna yang lebih gelap.ini bermakna,bourbon red ni lebih cantik dari baka jersey buff yang jika dibandingkan dari segi warnanya, lebih pudar.

jadi,mahalnye bourbon red adalah kerana ke-"rare"-an dan kecantikkan warnanya.okeh,boleh la terima.macam ayam api-api jugak.ayam mutiara lavender lebih mahal dari ayam api-api biasa kerana dia lebih "rare" (tak ramai bela dan bilangan sedikit) dan lebih cantik.

meh kite tengok perbezaan antara dua baka ayam belanda nih :

kanan : ayam belanda baka red bourbon || kiri : ayam belanda baka jersey buff


persoalan die,adekah ayam belanda coklat yang anda beli itu baka bourbon red?atau sekadar baka jersey buff?kalo baka jersey buff,tak wajar la anda di caj dengan harga bourbon red.sebagai pengguna,periksa dulu sebelum beli.jangan men tibai je.hehe..

p/s : tengah bosan.so tulis je ape yang terlintas.hehe..

sekian.wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...