Translator

Saturday, August 27, 2011

status terkini

Mat si lovebird - bertenggek di ampaian baju.
alhamdulillah, semenjak insiden kemalangan dengan kipas aritu, si Mat ni dah semakin pulih. semakin aktif dan semakin ceria. agaknya kepak die dah tak sakit lagi. kalau tak time mula-mula kena aritu monyok je.. sian.

satu lagi,  aku jangkakan yang si Mat dah tak berkeupaayan untuk terbang dah. yelah, kepaknye dah longlai waktu mula-mula lepas kena kipas aritu. tapi rupanya jangkaan aku salah. arini si Mat ni buat satu penerbangan jarak dekat waktu aku tengah sidai baju. itu sesuatu yang di luar jangkaan. dan aku rasa, bila kepak die dah betul-betul sembuh nanti, die mampu untuk terbang macam biasa. cuma kurang mantap berbanding burung normal yang lain. takpela, janji dia masih boleh terbang. XD

pesanan penaja : 
"apabila anak handfeed anda dah boleh terbang, potong sikit kepak die, supaya die tak boleh terbang bebas. dan, kalau tak mahu potong, pastikan kawasan persekitaran selamat. contohnya, pastikan kipas dimatikan suisnya."
cara untuk potong kepak - wing clipping

versi pertama

 **untuk versi yang pertama ni, burung akan hilang terus keupayaan untuk terbang. ni sesuai dipraktikkan tuk menjinakkan parrot yang liar.



versi kedua



**versi kedua ni, burung masih mampu terbang. tapi, taklah seefisyen yang normal.

akhir kata, buat bacaan dulu. study elok-elok sebelum anda potong kepak burung. jangan tersalah potong suda. boleh luka -> jangkitan kuman -> kiok. kalau tak kena jangkitan kuman pon, bila da luka, sakit la burung tu kan?jadi, berhati-hati. nak selamat, bawak potong kat vet. =)

sekian. wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...