Translator

Tuesday, September 20, 2011

mencuba cara baru penjagaan anak ayam

ibu dan anak ayam

anak-anak ayam

ibu ayam bersama-sama anak-anaknya
**gambar-gambar diatas merujuk kepada no 2. sila rujuk di bawah.

sekarang aku tengah bereksperimen dengan cara baru memelihara ayam. bagi sesiapa yang merasakan ada kekurangan ataupun cadangan untuk menambahbaik cara yang aku praktikkan ini, sila lah kongsi. sharing is caring. =)

sekarang aku dah berhenti gunakan incubator dan lebih cenderung kepada pengeraman secara semulajadi. ini semua gara-gara kutipan telur yang kurang memberansangkan. macam tak berbaloi guna incubator untuk bilangan telur yang sedikit. jadi, sekarang, sistem yang aku buat adalah sistem lama, eraman menggunakan ibu. cuma, ubah sikit-sikit. kononnye nak sistematik lagi. hehe..

1) telur dari ibu ayam diambil dan diletakkan pada ayam yang tengah mengeram.
- yang aku buat, ayam-ayam yang diakui handal mengeram dibiarkan mengeram telur mereka. pada masa yang sama, telur dari induk yang lain diletakkan sekali. ibu tumpang la kiranya.
-kena pastikan tugas mengeram tidak dilakukan oleh satu ibu sepanjang masa. maksudnya, menetas satu batch, halau le ibu tu. kalau dibiarkan mengeram lama-lama, takut dia melidi, tak cukup makan dan kemudian mati. rugi tuuuu...
2) anak yang menetas, alih kepada ibu lain.
- mana-mana anak yang dah menetas, aku biarkan dalam dua hari sampai si anak ayam tu betul-betul cergas. kemudian aku alihkan kepada ibu yang lain. kiranya tutor diorang la. proses ni agak kritikal sebab pemilihan ibu tutor mestilah ibu yang baik. kalau tidak, mati la anak tu kena patuk. pada pandangan aku, ayam kapan/ ayam katik betina sangat sesuai menjadi ibu tutor. dia tak garang, dan boleh menerima anak ayam lain.
- tujuan fasa ini adalah untuk mengelakkan kebergantungan kepada brooder. jadi, jimat tenaga elektrik, dan anak ayam lebih segar. =)
- ibu dan anak-anak ayam diletakkan dalam sangkar untuk mengurangkan risiko pemangsa.

3) waktu berpisah.
- bagi anak-anak yang dah kuat, pada sekitar umur sebulan dan ke atas, bolehlah diasingkan dari ibu tutor. kena la bagi peluang ibu tutor untuk berehat dan bersosial. hehe..
 -anak dikurung sampai penuh bulu dia. kurang-kurang pada usia dua bulan baru dilepas ke tanah. biar kuat sikit mengharung dunia luar.

p/s : setakat ini, kadar kematian anak ayam sangatlah kurang. batch yang terbaru, untuk 22 ekor anak ayam yang menetas, mati dua ekor. itupun sekor tersangkut pada jaring sangkar.

peringatan : saya budak baru belajar. apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yang saya lalui. kalau salah tolong tunjukkan. =)

sekian. wassalam.

4 comments:

aneez abdul ghaffar said...

petani modernnn.....wahahahhaa

Akmalhazwan said...

jeles lettew.. haha

Kautsar said...

bagus tu....klu boleh letak je bbyk anak ayam kat sekor ibu tu....boleh ayam betina lain kahwin...ehehhehe

dullkatana11 said...

admin...sye nk tanye skit..sye ade bela ayam serama,x tahu jenis ape.dier bertelur n anak ayam dah menetas..lepas 2 hari,ibu ayam patuk anak ayam sampaai berdarah sayap...normal ke?x logik kalau normal.sye bela biase2 aje,bukan ternak.ibu ayama ader sekor je.x leh nak suruh yg lain jage :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...