Translator

Tuesday, May 31, 2011

serindit oh serindit

saje nak kongsi. aku ada buat pertanyaan kat PERHILITAN tentang burung serindit. semalam tanya, arini dah jawab da. cam cepat gak la respon die. ni jawapan die :

Tuan,
Terima kasih atas pertanyaan tuan. Untuk makluman tuan, berkenaan dengan burung serindit, ia terletak didalam Jadual Pertama Akta 716, Hidupan Liar diperlindungi. Oleh yang demikian, pemilikan spesies ini memerlukan lesen. Namun begitu, lesen untuk memelihara, menangkap mahupun menjual lesen burung  telah dibekukan sejak tahun 2004. Untuk itu, Jabatan PERHILITAN tidak mengeluarkan lesen burung bagi permohonan baru buat masa ini. Untuk makluman tuan juga, lesen memelihara burung tidak boleh dipindah milik kepada sesiapa pun.

Sekian, terima kasih.




nak bela, senyap-senyap suda.. hehe

sekian. wassalam.

Sunday, May 29, 2011

burung apakah ini?


burung apa ni ea? ade orang kata british jay.. kalo british jay camni :

british jay




sama tapi tak serupa. kepala die laen. mungkin ni malaysian jay kot.. hehe..


tadi kat petshop, aku tanya tokey tu, die pon tak tau. yang die tau, " sekor rm400 ni dik." bela sekor cam tak berbaloi.. paling kurang sepasang. baru seronok tengok depa berkembang biak.

saje nak tau. =)

sekian. wassalam

serindit oh serindit

hari ahad, tak dak buat ape. daripada aku memerap dalam bilik, aku merajinkan diri pergi usha petshop berdekatan. hasilnya?

burung serindit / blue crowned hanging parrot
Bayan Serindit atau nama omputehnya Blue-crowned Hanging Parrot. spesis yang diperlindungi. termasuk dibawah akta 76/72.

burung serindit / blue crowned hanging parrot
kalo da namenye spesis yang diperlindungi, maknanya nak bela burung ni kena pakai lesen la. bile aku dok tanya kat tokey petshop tu tadi, kate die "kalo bela sikit tak payah pakai lesen. yang pakai lesen tu kalau bela banyak." aku pon terkedu gak..hoho.. mungkin die betul, aku tak tau. memang bukan bidang aku burung kena ada lesen ke tak.

burung serindit / blue crowned hanging parrot

agak "tempted" gak la nak beli. mengenangkan kesayuan hati (CLICK SINI). hehe.. dah la harga yang ditawarkan agak menggoda. rm15 tuk anak muda.

burung serindit / blue crowned hanging parrot

papepun, takleh wat keputusan meluru. kena balik, research apa yang patut. istikharah ke. kalo memang jodoh, aku angkat.. haha..

ade sedikit tambahan, ni info yang aku copy and paste dari blog sahabat tentang serindit ni. boleh refer lebih lanjut (CLICK SINI)

Sebenarnya Serindit ni antara species nuri yang boleh didapati di negara kita seperti Bayan dan Tanau/Puling.. Serindit ni walaupun dikenali sebagai hanging parrots (kerana tabiatnya yang gemar tidur tergantung ke bawah) tetapi ianya tergolong dalam keluarga Loridae.. Loridae adalah keluarga nuri yang 80% dari dietnya memakan buah2an, nektar dan 20% bijirin dan biji2an..Sama species dengan Rainbow Lorikeet, Chattering Lory, Dusky Lory dan lain2..

Jagaannya pula sangat mudah.. Saya meletakkan Serindit saya dalam sangkar burung empat segi berukuran 1.5ft X 1 ft.. Saya memuatkan lebih kurang 5 ekor Serindit dalam setiap sangkar dan saya penuhi sangkar tersebut dengan bilah2 anggar.. Kerana Serindit seperti juga nuri yang lain gemar memanjat dan bergerak dari satu anggar ke anggar yang lain..

Dalam koleksi saya, menu makanan saya berikan seperti yang biasa diberi seperti buah2an yang berair, sambau/kambu/sekoi dan juga diet nasi.. Diet nasi ni mudah sahaja dan ada dua cara kita boleh sediakan kepada mereka;

1. Nasi yang digaul dengan gula dan air
2. Nasi yang dikisar sekali dengan  air, gula, buah2an seperti epal dan sedikit nestum
Nasi, Pisang, Epal, Gula dan sedikit Nestum

Sesudah dikisar.. Kalau pekat sangat boleh campur dengan air sikit..

Menu seperti ini saya sediakan dalam seminggu sekali dan bertindak sebagai suplement@makanan tambahan kepada mereka.. Sebenarnya saya mendapat menu ini dari Taman Burung Pulau Pinang dan juga dari Taman Burung Kuala Lumpur.. Saya melihat penyediaan menu ini kepada semua jenis Lory mereka.. Jadi sayapun terus bertanyala bahan2 yang digunakan.. Ilmu ni..
Makan time...!
Dari segi harga, ianya terlalu subjektif.. Serindit muda boleh kita dapati serendah RM8 sehingga RM25 seekor mengikut tempat.. Manakala yang matang boleh mencecah dari RM35 hingga RM100+.. Kalau burung yang bertindak sebagai pemikat pula bergantung antara pembeli dan penjual.. Selalunya melebihi RM150 ke atas.. Kalau pikat tu rajin, banyak membunuh dan rupa pulak lawa.. Lagila tinggi..

Bagi rakan2 yang ingin memelihara Serindit, perlu diingatkan disini yang Serindit termasuk dalam kategori BURUNG2 LIAR YANG DIPERLINDUNGI dan memerlukan lesen untuk menangkap dan memeliharanya.. Lesen memelihara termasuk dalam kategori lesen KPM24A, fee bayarannya sebanyak RM10 setahun.. Pemeliharaan Serindit tanpa lesen memelihara yang sah adalah salah di sisi undang2 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/76..

p/s : niat di hati nak cari zebra finch sebenarnya.

sekian, wassalam.

tadaa~

lots of love
two weeks have passed and all five of them have gotten even cuter! aren't they? love them though the paper turned brownish with you know what.. hehe.. no worries, i'll have my brother to replace it. =)

fluffy adorable cute shy webbit!
p/s : i try to mate their momma n poppa this pass three days. lets see if we're lucky enough 30 days from now~ =)

thats all. wassalam

Saturday, May 28, 2011

Halal tak?


KFC halal tak? Kenny Rogers? Manhattan Fish Market? Orang kate Ribena ada alkolhol? Starbucks tak halal?
 
Info-info berkenaan makanan halal yang mendapat persijilan JAKIM dan segala persoalan-persoalan dari pengguna. Banyak, ada beratus aduan.
Boleh klik website ini.
 
SINI

semoga bermanfaat.

sekian. wassalam.

Friday, May 27, 2011

sayu mengenangkan...

sangkar kosong
sayu daku mengenangkan sangkar yang kosong ni.. hehe.. dalam kepale ligat dok pikir ape nak letak. calon-calon dah banyak da.. tunggu dan lihat je la.. hehe..

sekian. wassalam.

Tuesday, May 24, 2011

jom buat air soya!

saje nak share cara buat air soya. ni cara yang aku buat le, kalo orang laen, rasenye tak banyak beza.

bahan-bahan :
  • kacang soya. beli je kat kedai runcit. kat sini rm3 sekilo.
  • erm.. barang-barang laen cam periuk, blender, penapis, sudip dll. apa-apa yang dirasa perlu.
nak buat air soya sangat mudah cara nak buat :

-  mule-mule, soya tu mesti direndam. rendam sampai kembang. kalo rajin, buang la lapisan kulit luar die.tujuan rendam sampai kembang, biar die lembut, jadi senang nak kisar. kiranya, bile kisar tu, jus die keluar dengan optimum la.( teori aku je..hehe)

-  bile da kembang, masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai hancur. jangan masukkan sekali banyak-banyak, masuk la agak-agak 1/5 dari kapasiti mesin pengisar tu, kemudian masukkan air sampai 3/5 kapasiti mesin pengisar. agak-agak je. yang penting air lagi banyak dari kacang soya.

kacang soya dalam mesin pengisar

-  siap dikisar, tuangkan hasil tu dalam periuk. jangan lupe tapis. kalo tak tapis, alamat minum sekali la dengan serdak kacang soya. kalo suke takpe la. aku guna kain tuk tapis. sebab kalo guna penapis yang plastik tu, abuk die masih boleh lepas.
proses menapis air soya

-  habis tapis, hampas die boleh la diberi kepada ayam. arnab pon boleh.
hampas kacang soya


- owh ye, kalo aku, hampas die ni aku kisar sekali lagi. kasi betul-betul keluar jus die tu. pastu tapis cam biasa.

- air soya yang da dikumpul tadi, kena masak dulu. tak boleh minum terus. mentah lagi. jadi, jerang je air soya tu sampai menggelegak. bile da menggelegak, tutup api, tunggu die sejuk.


- da sejuk, campur gula secukup rasa. leh tambah ais kalo nak sedap. tambah cincau pon bes gak... da siap~! =)

sambil buat air soya, rebus jagung sekali.. leh makan n minum sambil layan movie.. hehe...
jagung rebus
cara nak buat jagung rebus?
- kupas kulit luar, biar die togel kuning.
- masuk dalam periuk.
- tambah air, tambah garam secukupnya.
- rebus.. siap la~! =)

sekian. wassalam.

nafsu

gambar ni nampak cam semangkuk maggi biasa.. tapi kalo diperhatikan ratio saiz sudu ngan mangkuk tu.. hoho..
maggi time~!
makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. tapi kalo da buat maggi dua bungkus makan sorang-sorang... tak dapek nak beghonti sebolun konyang.. hehe..


p/s : makan bia beragak-agak. sekarang ni banyak penyakit berpunca dari makanan. diabetes, darah tinggi dll.. peringatan tuk diri sendiri. =)

sekian. wassalam.

brooder inhabitants

penghuni brooder
ni la penghuni brooder wat masa ni. ada ayam kampung, ayam katik dan ayam belanda. harapnya mereka ni membesar dengan sihat dan cergas. cadangan nak simpan anak ayam belanda. tapi tengok la dulu. kalo tak jadi simpan aku tolak kat petshop je. =)

sekian. wassalam.

diari arnabku

hari ke - 8


hari ke - 9



dah mula bukak mata.
hari ke - 10


hari ke sepuluh. da nak penuh bakul tu dek diorang. kejap je besarnya.. refer waktu lahir dulu:



sekian. wassalam.

sosej gulung

sebenarnya aku tak tau ape name yang paling sesuai tuk makanan ni, tapi kalo tengok, confirm tau nye la ape benda nya ni.. hehe.. selain dari sosej, boleh gak diganti dengan sardin. ikut la selera nak makan yang mana.

yang dah siap digoreng dan sedia dimakan.
sebelum balik semalam, saje je la buat sosej gulung ni. best woo makan sambil cicah sos.

bahan-bahan yang diperlukkan :
  • sosej ( bantai la nak brand ape, pastikan yang halal )
  • roti 
  • telur
  • garam
cara nak buat sangatla simple.

1. rebus sosej. nak biar die masak. jangan terlalu lama, nanti sosej kembang dan pecah, tak cantik. siap rebus, toskan.

2. amek roti, gelek dengan penggelek, kasi nipis dan padat.


3. ni la hasilnya :


4. da penyet, amek sebatang sosej, gulungkan je dengan roti tu. nak pastikan die lekat, sapukan air kosong kat hujung roti tu. mesti melekat nye la.


5. ulang la perkara yang sama, sampai abes semua sosej digulung dengan roti.


6. pecahkan telur, buh garam sikit. ni akan dibuat "coating" tuk sosej gulung. lumurkan telur rata ke setiap sosej gulung, pastu goreng.


7. da goreng, ni la hasilnye. sama ngan gambar mula-mula tu.


8. nak sedap, aku nye taste la, sos yang aku guna adalah gabungan 3 benda. sos cili, mayonis dan sos lada hitam. sedap memang sedap. tak caya try le. hehe..

sekian. wassalam.

firing up the incubator~!

nampaknye dah confirm musim bertelur dah start balik. dalam masa 3 hari, dah 4 biji telur ayam belanda yang aku kutip dari dua ekor induk betina. kalo nak tumpang eram bawah ayam kampung memang tak lepas. sebab saiz telur ayam belanda boleh kata dua kali ganda lagi besar dari saiz telur ayam kampung.nak dibiar, sayang pulak. jadi, set up balik incubator~

satu lagi berita baek. silkie a.k.a ayam selasih sutera putih aku dah stat bertelur. stakat ni dah dua biji da.. hehe

ni sikit gambar incubator buatan aku.

incubator - pandangan penuh

mesin eram aku

my humble incubator

harap kadar penetasan tinggi


sedikit perubahan dibuat kali ni :
  1. mentol jenis "skru" dah tak digunakan lagi. diganti dengan jenis "pin". sebabnya jenis pin ni "more readily available" kat kedai-kedai hardware/elektrik tempat aku.
  2. lantai dasar yang ditinggikan dah guna rangka yang dilapis dengan jaring plastik. kalo sebelum ni aku guna papan lapis je. alasan tuk perubahan ni, lebih bersih. sisa tetasan akan jatuh terus ke dasar mesin eram.

biasa je pon, harapnya berfungsi dengan lebih efisyen. =)

p/s: ada kawan mintak tolong ajar buat incubator. bukan taknak tapi kalo nak ajar melalui email, sms atau call agak leceh. banyak benda boleh terlepas. tapi aku tolong gak sedaya termampu. kalo die bace ni, maaf la kalo ade yang kurang. =) nak mudah, bawak barang-barang, datang umah. kalo lengkap semua barang ada, kejap je siap.

p/s/s: aku prefer incubator yang badannya diperbuat dari plywood atau polistrin macam incubator 1st aku, refer SINI . alasan aku, diorang ni lagi bagus dalam memerangkap haba. kalo bukak buku, heat conduction dan heat diffusivity kayu/polistrin lagi rendah banding ngan plastik. lagi bagus sebagai penebat. jadinya, masa mentol menyala akan jadi kurang, haba tahan lagi lama sekaligus jimat elektrik. sapa sokong angkat tangan macam saya (tiru gaya usop wilcha..hehe). papepon, pandangan peribadi. bukan kate incubator plastik tak bagus ea.. aku pon pakai incubator plastik ni.. hehe

sekian. wassalam.

makan time!

ayam api-api - makan time.

guinea fowl

ayam api-api lavender
budak-budak mutiara ni kalo makan mesti berkumpulan. ayam laen memang takde can nak tumpang sekaki. berani la dekat, confirm kena kejar. hehe..

ayam mutiara makan - diusha oleh ayam kampung
cuba tengok ayam kampung jantan dalam gambar tu, bulu die dah makin panjang, berjurai. cantik pulak aku tengok.

sekian. wassalam.

Friday, May 20, 2011

memang berbeza

perbezaan saiz antara telur ayam belanda dan telur ayam mutiara. kalo tengok kat gambar leh nampak ketara ke tak perbezaan die.


p/s : aku rasa musim bertelur da stat balik. arini dapat dua biji telur ayam belanda. sebiji telur api-api.. kena bersihkan balik incubator la gamaknye.. =)

sekian. wassalam.

berapa nilai blog / website anda?

selingan di pagi jumaat. nak tau nilai website korang? kot-kot la Google nak beli ke, kite leh cek samada harga yang ditawarkan Google tu berpatutan ke tak.. hehe.. sekadar nak buang masa cek nilai blog.. =)


 rujuk link ni : BIZ Information
 ni pulak nilai blog aku.. hehe



p/s : ade sesapa nak beli? aku tolak murah la.. rm 3000 je da la.. rendah dari market price tu~ hehe

sekian. wassalam.

cara menyusukan anak arnab

untuk ibu arnab yang tak mau menyusukan anak die menjadi satu masalah tuk tuan arnab tu.. lagi-lagi kepada orang yang baru pertama kali dapat anak arnab. sini aku kongsikan berberapa cara yang boleh digunapakai tuk mengatasi masalah sedemikian. semua maklumat ni dicopy-paste tanpa diubah. tuk maklumat lanjut, klik je link blog tuan empunya asal info. =)
  1. guna kotak menyusu (diambil dari Arnab Riverstone SINI )





    Kadangkala terdapat induk arnab yang dipelihara oleh kita tidak menyusu anaknya seperti yang diharapkan. Semua penternak arnab akan mengalami situasi sebegini dan perbagai alternatif dibuat untuk mengatasi masalah. Kami di arnab riverstone telah mencuba kaedah kotak susuan ini dan terdapat sedikit kemajuan dalam cara menyelesaikan masalah perangai pelik arnab ini.
  2. pegang ibu arnab ( diambil dari Cempaka Biru Rabbitary SINI )

    Dalam post kali ni nak share cerita tentang cara penyusuan baby yang baru lahir cara CBR jika mak dia kadang-kadang beri susu, kadang-kadang tak sempat menyusu mak arnab dah lompat keluar dari bakul. Kadang-kadang anak ramai , ada yang dapat menyusu ada yang tak dapat. Kesian juga...

    Dalam kes kali ini , ice blended melahirkan 6 anak 10hb Mei 2011 dan selang  sehari herlequin lahirkan 4 anak. Syukur alhamdulillah...gembira rasanya. Tapi yang tak gembiranya, anak ice blended mati seekor kena pijak agaknya atau kesejukan sebab rex tak banyak bulu untuk dicabut. Kalau ada pun tak cukup untuk panaskan baby-baby dia.

    Untuk langkah2 pencegahan & menyelamat, saya telah meletakkan kesemua anak ice blended(rex) bawah jagaan herlequin(teddy bear) sebab ice blended besar dan berat, kuku rex ni faham-faham lah macam "freddy kruger" dalam cerita Nightmare at the elm street tu. Walau pun dah potong tetap keras mencucuk badan baby nya.
    Gambar ni lah gambar ke sembilan anak arnab yg dicampur itu di bawah jagaan herlequin sebab herlequin nampak gentle dan cabut bulunya dengan banyak cukup untuk pemanasan. Tapi masalahnya herlequin kecil saja badannya dan nak menyusu sampai 9 ekor tu nampak macam tak cukup susu. So apa yang CBR buat adalah pagi-pagi susukan anak-anak pada ice blended spt macam gambar bawah ini.

    Caranya adalah terbalik kan ice blended , gently kepit dia macam dodoi anak dan letakkan anak-anak arnab ni atas perut dia untuk dia menyusu. Anak-anak yang kehausan ini akan break dance atas perut, terliuk- lentuk, sgt gelojoh tapi tak kisahlah sebab dah kejadiannya begitu. Asalkan yang penting mereka kenyang.

     Perut baby sebelum menyusu
    Perut baby selepas menyusu..buncit kan!!
    Yang ni dah terlebih susu, terlambat stop kan!!
    Bahaya dah terik sangat perutnya!!

    Lihat gambar perut arnab yang dah penuh susu tu.  Dah kenyang terus tak gerak , tidur. Walau pun kitaorang tak letak baby pada ice blended tapi sebab pagi-pagi anak dia disusukan dengan cara ini, badannya terus mengeluarkan susu.

    Cuma perlu diingat, anak arnab jika  terlebih minum susu pun boleh mati so jaga-jaga ketika menyusu dengan cara begini sebab di kala susu ibu banyak , anak arnab akan minum banyak sebab tak de competition dengan anak2 yg lain seperti penyusuan natural yang mana anak-anak compete utk berebut puting ibu dalam masa yang sangat singkat sebelum ibu melompat keluar. Jadi masing-masing dapat sikit je susu. Jika menyusu cara bagini, menjadi tugas kita perhatikan dan agak-agak dah cukup, tarik anak tu stopkan dia dari terus menyusu. Kalau tidak perut baby dah penuh sangat, tak nafas dan mati.

    Perkara kedua, jangan letak lebih dari 2 anak atas perut pada satu-satu masa sebab kalau ibunya meronta bangun , kita boleh jaga & selamatkan anak-anak yg sedang menyusu ini.

    Lagi satu nak beritahu, jika ibu tiada susu atau sedikit susu, biarkan aje anaknya menyusu ikut masa  kerana ini akan meransang badan ibu untuk menghasilkan susu.

  3. guna susu gantian ( diambil dari My Cute Bunnies SINI  )

    Susu gantian arnab atau di dalam bahasa Inggerisnya, Kitten Milk Replacer (KMR) adalah susu yang dirumus khas untuk anak arnab dan kucing yang mengalami kematian ibu.
              Susu ini juga boleh dibuat sendiri berdasarkan bahan-bahan seperti berikut :-
              3 oz condensed milk
              3 oz water
              4 oz plain yogurt (not low-fat)
              3 large or 4 small egg yolks (no whites)
              atau,
              1/4 of a banana
              1/8 cup regular rabbit food pellets
              1/4 cup unflavored Pedialyte
              1/8 cup canned pumpkin
  •  Selain daripada itu, anda boleh memberi susu kambing kepada anak arnab.
  • Alternatif lain pula ialah ‘ibu angkat’. Letak anak arnab bersama-sama anak arnab yang lain untuk menyusu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : sharing is caring. harap tuan empunya info asal tak kesah.. hehe..

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...