Translator

Sunday, May 29, 2011

serindit oh serindit

hari ahad, tak dak buat ape. daripada aku memerap dalam bilik, aku merajinkan diri pergi usha petshop berdekatan. hasilnya?

burung serindit / blue crowned hanging parrot
Bayan Serindit atau nama omputehnya Blue-crowned Hanging Parrot. spesis yang diperlindungi. termasuk dibawah akta 76/72.

burung serindit / blue crowned hanging parrot
kalo da namenye spesis yang diperlindungi, maknanya nak bela burung ni kena pakai lesen la. bile aku dok tanya kat tokey petshop tu tadi, kate die "kalo bela sikit tak payah pakai lesen. yang pakai lesen tu kalau bela banyak." aku pon terkedu gak..hoho.. mungkin die betul, aku tak tau. memang bukan bidang aku burung kena ada lesen ke tak.

burung serindit / blue crowned hanging parrot

agak "tempted" gak la nak beli. mengenangkan kesayuan hati (CLICK SINI). hehe.. dah la harga yang ditawarkan agak menggoda. rm15 tuk anak muda.

burung serindit / blue crowned hanging parrot

papepun, takleh wat keputusan meluru. kena balik, research apa yang patut. istikharah ke. kalo memang jodoh, aku angkat.. haha..

ade sedikit tambahan, ni info yang aku copy and paste dari blog sahabat tentang serindit ni. boleh refer lebih lanjut (CLICK SINI)

Sebenarnya Serindit ni antara species nuri yang boleh didapati di negara kita seperti Bayan dan Tanau/Puling.. Serindit ni walaupun dikenali sebagai hanging parrots (kerana tabiatnya yang gemar tidur tergantung ke bawah) tetapi ianya tergolong dalam keluarga Loridae.. Loridae adalah keluarga nuri yang 80% dari dietnya memakan buah2an, nektar dan 20% bijirin dan biji2an..Sama species dengan Rainbow Lorikeet, Chattering Lory, Dusky Lory dan lain2..

Jagaannya pula sangat mudah.. Saya meletakkan Serindit saya dalam sangkar burung empat segi berukuran 1.5ft X 1 ft.. Saya memuatkan lebih kurang 5 ekor Serindit dalam setiap sangkar dan saya penuhi sangkar tersebut dengan bilah2 anggar.. Kerana Serindit seperti juga nuri yang lain gemar memanjat dan bergerak dari satu anggar ke anggar yang lain..

Dalam koleksi saya, menu makanan saya berikan seperti yang biasa diberi seperti buah2an yang berair, sambau/kambu/sekoi dan juga diet nasi.. Diet nasi ni mudah sahaja dan ada dua cara kita boleh sediakan kepada mereka;

1. Nasi yang digaul dengan gula dan air
2. Nasi yang dikisar sekali dengan  air, gula, buah2an seperti epal dan sedikit nestum
Nasi, Pisang, Epal, Gula dan sedikit Nestum

Sesudah dikisar.. Kalau pekat sangat boleh campur dengan air sikit..

Menu seperti ini saya sediakan dalam seminggu sekali dan bertindak sebagai suplement@makanan tambahan kepada mereka.. Sebenarnya saya mendapat menu ini dari Taman Burung Pulau Pinang dan juga dari Taman Burung Kuala Lumpur.. Saya melihat penyediaan menu ini kepada semua jenis Lory mereka.. Jadi sayapun terus bertanyala bahan2 yang digunakan.. Ilmu ni..
Makan time...!
Dari segi harga, ianya terlalu subjektif.. Serindit muda boleh kita dapati serendah RM8 sehingga RM25 seekor mengikut tempat.. Manakala yang matang boleh mencecah dari RM35 hingga RM100+.. Kalau burung yang bertindak sebagai pemikat pula bergantung antara pembeli dan penjual.. Selalunya melebihi RM150 ke atas.. Kalau pikat tu rajin, banyak membunuh dan rupa pulak lawa.. Lagila tinggi..

Bagi rakan2 yang ingin memelihara Serindit, perlu diingatkan disini yang Serindit termasuk dalam kategori BURUNG2 LIAR YANG DIPERLINDUNGI dan memerlukan lesen untuk menangkap dan memeliharanya.. Lesen memelihara termasuk dalam kategori lesen KPM24A, fee bayarannya sebanyak RM10 setahun.. Pemeliharaan Serindit tanpa lesen memelihara yang sah adalah salah di sisi undang2 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/76..

p/s : niat di hati nak cari zebra finch sebenarnya.

sekian, wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...