Translator

Sunday, June 26, 2011

arnab

kematian induk arnab kampung betina tempoh hari menyebabkan aktiviti pembiakkan arnab aku tergendala. sekarang aku masih mencari induk arnab kampung ataupun baka pedaging yang berpatutan harganya. masih mencari. arnab sepupu kepada abang ayob (SINI) adalah calon dalam pertimbangan aku.

sekarang, tinggal 9 ekor arnab kat rumah aku. seekor induk kampung jantan. 3 ekor mix netherland dwarf 2 ekor anak batch pertama dulu dan seekor jantan baka mix pedaging yang dibeli dari usop arby (SINI).dan tidak dilupa 2 ekor anak dari batch ketiga.

gambar mereka :

jantan mix nd

dari kiri : mix pedaging, betina, jantan bulu kembang, induk jantan (coklat putih)

betina mix nd

mix nd
selain dari induk jantan tu, arnab yang lain masih dalam lingkungan umur remaja. masing-masing mencecah 4 bulan manakala bagi anak batch ketiga, sebulan setengah.

sekarang cuma tunggu anak remaja jadi matang je la. insyaAllah, ada 3 ekor betina dan 3 ekor jantan yang akan matang dalam 1-2 bulan lagi. sambil mencari-cari induk arnab betina yang murah-murah. =)

sekian. wassalam.

3 comments:

Miss Guinea said...

Teringin nak bela arnab, tapi tak mampu lagi sekarang..huhu.

Akmalhazwan said...

jual la gp tu, beli arnab.. hehe

Miss Guinea said...

aaaa..mana boleh! syg woo..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...