Translator

Tuesday, June 28, 2011

4 sudah

4 ekor telah selamat menetas. sayang seribu kali sayang ada seekor yang cacat. pada pemerhatian aku, tak hidup lama yang seekor ni. yang cacat ni adalah anak yang pertama sekali menetas untuk pusingan kedua ayam belanda aku bertelur.





tengok pun nampak macam tak boleh survive. kurus je dia banding dengan yang lain walaupun dia yang sulung. untuk pengetahuan, yang cacat ni dah berusia 4 hari.

tahap kematangan induk memang mempengaruhi tahap kesuburan telur yang dihasilkan. untuk pusingan kedua ni, saiz telur lebih besar berbanding pusingan pertama.

p/s : kadar penetasan untuk telur ayam belanda pusingan kali ini lebih mantap. alhamdulillah. =)

sekian. wassalam.

lovies

nampaknya aku belum pernah bercerita tentang sepasang lovebird yang aku beli dah lebih kurang sebulan ni. gambar ni fresh lagi. segar dari ladang.. hehe. dah kena wing clip da.




beli daripada kenalan di facebook. sebenarnya mencari baby lovebird untuk di hand feed. tapi, puas bertanya, semua tak ada stock. oleh kerana hati dah tak sabar nak mengisi sangkar kosong. angkat je la yang da besar.

harga boleh tahan, seller kata dah matang. tapi belom pernah bertelur lagi. tapi, dari apa yang aku perhatikan, saiznya lagi kecil dari lovebird yang dijual kat petshop, dan warnanya masih pudar. satu ciri lovebird yang matang, warna bulu pelepah dia pekat. dekat sebulan dalam jagaan aku, aku perasan yang warna dia semakin pekat. menguatkan lagi sangkaan aku yang lovebird ni masih belum matang. leh refer warna die waktu mula dapat dulu. SINI

cara seller ni respon pon tak berkenan ngan hati aku. aku post kat wall die bile aku da fed up msg aku tak dilayan. cube tengok ni :

saja je nak censoredkan.. hehe


menggelabah je cara kau jawab. aku tak cakap kau menipu, tapi harapnya kau jujurlah. =)

sekian. wassalam.

Monday, June 27, 2011

anak piatu

inilah dua ekor anak arnab yang selamat. daripada lima ekor, tiga ekor jalan. sekali dengan emak dia sekali. jadilah depa berdua ni anak piatu. nak dekat sebulan setengah dah. ada sapa mau? hehe..

makin gemuk sudah

alamak, ada jari interframe

ambil gambar dari luar sangkar

kecomelan.
saat kelahiran dia. boleh rujuk SINI

saat kematian adik beradik dan emak dia. boleh rujuk SINI

sekian. wassalam.

as promised

this is one of the poults  that already hatced. look carefully at the bottom left and you can see, there's another one which is about to hatch. trying to pip its way out. insyaAllah, there will be more coming. =)

a bit messy in the incubator.

p/s : i'm away from home, and only my standard 5 brother to be relied upon, it's hard to predict how much will hatch because he doesn't know how to candle a fertile egg. the only way is by removing any overdue eggs. so far, the fertility rate is something not to be proud of. =(

thats all. wassalam.

Sunday, June 26, 2011

arnab

kematian induk arnab kampung betina tempoh hari menyebabkan aktiviti pembiakkan arnab aku tergendala. sekarang aku masih mencari induk arnab kampung ataupun baka pedaging yang berpatutan harganya. masih mencari. arnab sepupu kepada abang ayob (SINI) adalah calon dalam pertimbangan aku.

sekarang, tinggal 9 ekor arnab kat rumah aku. seekor induk kampung jantan. 3 ekor mix netherland dwarf 2 ekor anak batch pertama dulu dan seekor jantan baka mix pedaging yang dibeli dari usop arby (SINI).dan tidak dilupa 2 ekor anak dari batch ketiga.

gambar mereka :

jantan mix nd

dari kiri : mix pedaging, betina, jantan bulu kembang, induk jantan (coklat putih)

betina mix nd

mix nd
selain dari induk jantan tu, arnab yang lain masih dalam lingkungan umur remaja. masing-masing mencecah 4 bulan manakala bagi anak batch ketiga, sebulan setengah.

sekarang cuma tunggu anak remaja jadi matang je la. insyaAllah, ada 3 ekor betina dan 3 ekor jantan yang akan matang dalam 1-2 bulan lagi. sambil mencari-cari induk arnab betina yang murah-murah. =)

sekian. wassalam.

Saturday, June 25, 2011

this is madness

tengok dalam kotak merah
kegilaan terhadap ayam selasih makin meningkat, harga seekor pon dah dekat sama dengan myvi s.e. sempena entry ni, di sini aku nak buat pengumuman, siapa-siapa yang berhajat hendakkan ayam ni, beli la kat aku. aku bagi diskaun 50% dari harga yang mamat kat dalam gambar tu bagi. berminat? contact aku.. hehe..

p/s : kalau seekor harga macam ni, memang kaya da aku. takyah penat-penat belajar engineering.

sekian. wassalam.

poults are here

as scheduled, turkey poults start pipped out from their eggs this morning. expecting more to hatch in this week. maybe some silkies too. can wait!! =)

** the picture will be uploaded later. no one available to snap pictures of them, my family is in cherating right now, my mom's school family day. as usual, the lucky one will be left behind. =(

thats all. wassalam.

entry bosan

aku terperangkap kat utp nih. nak balik, tapi lagi dua minggu da cuti midsem. kalo balik, macam membazir la pulak kejap-kejap balik. lagipon jpa yang "baik hati" belom masukkan elaun sem ni. gua dah kering der~ jadi kena teliti sikit berbelanja. haih.. (tak elok mengeluh)

rutin pagi ni :
  1. bangun awal
  2. tak boleh tido balik lepas subuh
  3. bersihkan sangkar lovebird
  4. sapu-sapu sikit bilik
  5. siap-siap, terus pegi jogging.
  6. balik, sejukkan badan, mandi siap sume
  7. sarapan sambil layan house.. hehe
nasi goreng telur mata + sambal
tibe-tibe gak pagi tadi terasa nak minum nescafe. beli la se(botol?) nescafe classic. btw, bagi aku nak buat air nescafe yang tersedap anda memerlukan susu tepung. kalo pakai creamer tak terasa lemaknya. cuba la buat sekali. masyuk wa cakap lu..

nescafe classic
 sebelum nak koyak aluminium foil die, snap dulu skali, cam lawa plak. hehe..

nescafe classic
p/s : rajin aku jogging pagi-pagi nih. dari court futsal terus sampai simpang ke plant dan patah balik. ikut belakang. takde orang pon. sekali-sekali je ada kete, lori dan moto lalu. patutnya aku pegi jog dekat tasik. weekend camni mesti ramai prospek-prospek isteri yang mementingkan kesihatannya tengah jog jugak.. ne tau dapat sangkut sorang dua. hihi

sekian. wassalam.

Friday, June 24, 2011

professional communication skills

subjek yang aku amek sem ni. takde quiz, test dan final. ciri-ciri yang sangat perfect bagi aku yang rajin ni.. sebagai ganti, ada 4 jenis presentation yang perlu dibuat. jadi, markah semua bergantung dari 4 benda ni la. iaitu :
  1.  poster presentation
  2. technical presentation
  3. persuasive presentation
  4. mock meeting
minggu lepas aku dah setelkan pasal poster presentation aku. tajuk yang aku bawak sangat menarik. lovebird. hehe. semua nak buat last minit. presentation pukul 4 petang, pas zohor baru nak siapkan poster.. ni la hasilnya :


budak-budak + lecturer agak terkejut dengan tajuk yang kitorang bawak. almaklum, semua budak engineering. budak-budak lain present pasal benda yang agak saintifik, tapi group aku present benda yang santai je. hehe.. tapi mengujakan. sebab benda ni baru bagi diorang, dan bonus, aku bawak sepasang lovebird tuk diorang usha.. mintak-mintak le dapat bonus marks.. hehe. aku bawak diorang dalam sangkar baek punya :

sangkar terjun. buat dari kotak kertas A4.
sepanjang presentation kitorang, ada berberapa benda yang kurang tepat. tapi lenjan je sebab orang yang dengar pon tak tau ape.. hehe

p/s : untuk technical presentation, aku cadang nak cite pasal incubator. layan~

sekian. wassalam.

Wednesday, June 22, 2011

A friend in need is a friend indeed

this is a copy paste article, you can find the link to original source at the end of this entry. thanks. =)

------------------------------------------------------------------------------

APA PERASAAN ANDA KALAU ANAK SENDIRI JADI MACAM NI......

Assalamualaikum........

Hampir seminggu lebih tak menjenguk blog atau FB. Nak buat bisnesspun hati tak keruan dan berdebar selalu. Malam dan siang bagi den sepanjang seminggu lebih ni, sama sahaja. Nak lelap mata tak daya, nak makan minum rasa tak lalu sangat.

Anak!!! Ya, anak!!! Tiada tara nilainya nak banding nikmat lain di dunia ini melainkan nyawa anak. Bercucuran airmata seluas lautan sekalipun, tiada tara tandingnya untuk menangisi jika ianya sakit dan derita.

Tak dapat rasanya nak diceritakan di sini betapa siksanya dia menanggung sakit, cukuplah sekadar gambar ini mengambarkannya.



SEWAKTU SIHATNYA

HARI PERTAMA DI HOSPITAL

HARI KE TIGA DI HOSPITAL
HARI-HARI BERIKUTNYA

Di sini, den ingin merakamkan jutaan terima kasih buat beberapa orang rakan yang sudi menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi mengurangkan sedikit tanggunggan bil hospital yang dah mencecah RM 2, 529 semalam. Rakan yang dimaksudkan :

Cik Amy dari Hulu Langat dan rakan-rakan pejabatnya,

Encik Afideen dari Shah Alam

En. Hamid dari Segamat

Begitu juga jutaan terima kasih bagi yang mendoakan Muhamad Halim Yusoff bin Mohd Hisham agar segera sembuh. Terima kasih semuanya........

Jika ada yang sudi menghulurkan sedikit bantuan hatta walau 10 sen sekalipun, bolehlah bank in kan ke Akaun Cimb saya, Mohd Hisham bin Mohamad Yusoff, 12180092679528. Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada tuan-tuan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

** copy and paste sahaja dari blog asal Mohd Hisham Mohamad Yusof a.k.a SHAMZA. rujuk SINI
** bagi sesiapa yang mempunyai rezeki lebih, boleh la dikongsi dengan Encik Hisham, moga perkongsian dapat meringankan beban beliau.


Sekian. Wassalam.

Sunday, June 19, 2011

bomba dan kucing

kucing masuk bilik, budak-budak halau. tapi kucing sepatutnya meluru ke luar pintu, melompat pulak ikut tingkap. terperangkap la dia kat dinding luar bilik.

kucing ada kat anak panah tu



pendekkan cerita, dengan pak guard dan mak guard yang kecoh, serta budak-budak ni tak reti nak selamatkan kucing tu, diorang panggil bomba datang.

satu kete bomba datang, macam nak padam kebakaran

walaupun nampak veteran, gagah lagi pakcik ni

pak guard kat belakang tu da pancit da
aku tak tengok kesudahan dia macam mana, leka melayan house m.d. hehe.. tapi menurut housemate aku, uncle bomba tu cuma guna tali, cerut pada perut kucing, dan angkat dia masuk bilik. mudah sungguh. sian pepakcik bomba tu datang buat benda yang orang kat sini pon boleh buat.


apa pun, terima kasih kepada bomba dan penyelamat malaysia kerana telah menyelamatkan seekor kucing. =)

sekian. wassalam

Saturday, June 18, 2011

sudah sebulan

anak arnab
ingat tak aku cerita pasal arnab yang mati secara berjemaah hari tu? cuba rujuk SINI. sekarang yang tinggal sudah pun berumur sebulan empat hari. gambar kat atas ini adalah salah sekor yang masih tinggal. ada lagi seekor tapi gambarnya tak diambil. aku pesan kat adik aku suh ambil gambar dua-dua. dia memang ambil dua gambar, tapi dua gambar arnab yang sama. layan je la.. hehe..

p/s : aku masih lagi mencari calon ibu arnab. sesiapa yang berhajat hendak melepaskan ibu arnabnya, roger lah aku. =)

sekian. wassalam.

anak ayam mutiara untuk dijual

anak ayam mutiara

anak ayam mutiara
ada stok anak ayam mutiara untuk dilepaskan.
kuantiti  :   ada dalam 17 ekor. tinggal 5 ekor sahaja
usia       :   dekat 4 minggu (lebih kurang sebulan)
harga     :   rm 17 seekor. ambil banyak boleh nego
lokasi    :   batu kikir, negeri sembilan

tiada penghantaran disediakan. untuk pertanyaan atau pembelian boleh hubungi 013 222 0218 (akmal). mesej je. fon speaker rosak..=)

sekian. wassalam.

Friday, June 17, 2011

berjalan di Ipoh

al kisahnya aku tolong kawan ambil dia punya laptop dekat ipoh. alang-alang otw balik lalu hospital, aku singgah la dekat satu petshop ni. hup fatt kalau tak silap namanya. sengaja menyinggah, mana tahu ada barang baik.. hehe..

jadi, disini aku kongsikan sedikit sebanyak gambar yang aku tangkap di kedai dia ni. banyak gak haiwan yang dia jual. tapi kedai dia lagi penuh dengan barang-barang kegunaan peliharaan. yang menariknya, kedai dia ada banyak koleksi kuang. mana yang aku dapat tangkap gambar, ada la.

hampir kesemuanya aku tak tahu nama. jadi siapa-siapa yang arif, leh la kongsi ilmu =) :

congo african grey
congo african grey
reeve's pheasant
reeve's pheasant

hartlaub's turaco
 



golden pheasant kalau tak silap


golden pheasant

golden pheasant

sekian. wassalam.

hatched

anak ayam kampung
we have four chicks hatched this week and if everything goes well, there will be turkey poults hatching in this two coming weeks.

i'm not sure how many eggs have been set in the incubator, but i'm hoping there will at least 10 poults hatched. this will be the third batch for my turkey hens so the expectation for their eggs to be more fertile than the batch before. and i pray to god my incubator worked efficiently. well... so far 4 chicks hatched. that should be the sign it worked. =) 

p/s : guys, i still have guinea fowl keets ( anak ayam api-api ) available. they are three weeks old now. text me for inquiry. =)  (013 222 0218)

that's all. wassalam.

Saturday, June 11, 2011

posisi lain

ingat tak entry sal ayam belanda jantan mengeram tu? rujuk SINI . ni aku kongsikan posisi laen die. sesaje je. sebab ade yang me'request'. hehe..



macam-macam perangai. =)

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...