Translator

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

converse kuantan

ini sepatutnya entry waktu aku praktikal dulu. haha. lama sungguh jadi draft. alkisahnya meneman kawan berjalan ke East Coast Mall, ECM. waktu ni, tengah station kat kemaman. dah kuantan antara tempat yang terdekat dan menarik, pergi berjalan sini la gamaknya.

kawan nak pergi butik converse, nak beli kasut katanya. last-last apa pun tak beli. aku bab-bab camni memang fail sikit. tapi, bila sampai kat butik tu, cam menarik la pulak. sebab kasut-kasut warna warni ni semacam menarik perhatian. setakat suka je la. tak sampai tahap beli. lagipun ni bukan gaya aku. aku tahap safety boot je la. hahaha. oh btw, gambar kat bawah ni kasut perempuan.

                                                                             deretan kasut di butik converse

kuantan tempat yang menarik. tak sangka pulak kuantan ni besar. lama sungguh dah tak sampai sini. dan sempat la jumpa ex DQ time berjalan sini. kebetulan pulak diorang ada berdekatan.

*rindu pulak nak praktikal balik. haha.

sekian. wassalam.

Saturday, September 29, 2012

tarik nafassssss

uiyo, lama sungguh tak menjengah ke sini. sejak dua menjak masuk ke era tahun akhir, masa tu rasa tak cukup je. walaupun selalunya duduk melepet atas katil. hahaha. 

banyak sangat nak kemaskini. sungguh banyak. gamaknya satu entry baru setiap hari sampai tahun depan pun tak pasti habis apa yang ada dalam kepala ni. hehe. cerita-cerita waktu praktikal dulu (Oktober 11 - May 12) tak masuk lagi. semua da bertimbun-timbun. lama-lama jadi malas. oh tidak.

update mudah kali ni. hanya perlu rujuk kepada gambar di bawah : 
Coogee Beach

Sydney Opera House
disebabkan muka ini tidak fotogenik apatah lagi fotogedik, aku mewakilkan kasutku yang hensem untuk bergambar.. hahaha.

cerita panjang nanti ye. :D

*semester terakhir, sungguhku tak sabar-sabar nak habiskan, pastu kahwin. hahaha

sekian. wassalam.

Friday, April 20, 2012

makan lagi~

semalam layan western food, harini layan makanan tradisi pulak. destinasi harini adalah restoran rebung, milik chef ismail & sheikh muszaphar. sebabkan orang yang belanja, barulah aku sampai ke sini. harga makanan yang boleh laa.. agak berpatutan, tapi disebabkan status "trainee", aku consider tempat ni tempat yang mewah. haha.

gambar ada, tapi tak menggambarkan sangat suasana restoran tu. aku amek bahagian tepi je. masa makan tak dan nak snap sebab.. yelahh.. ngah makan kan. =P

maafkan hamba, kamera cap ayam je yang ada. gambar :

bahagian utama dia di sebelah kiri lagi

kawasan makan utama die belakang pokok-pokok buluh tu

gambar super jelas. keh3
sepatutnya aku amek gambar pintu masuk utama. barulah nampak cam restoran. hihi..

makanan yang ada dah okay dah, cukup lah rasa. cume, bagi aku, kalau ada lagi banyak jenis lauk pauk baru lah mantap. bagi sesapa yang pernah layan restoran nelayan kat seremban, mungkin terasa restoran rebung ni kureng sket. cuma, suasana sekitar dia yang menarik. suka hati aku komen macam-macam. haha.

sekian. wassalam.

Friday, June 17, 2011

berjalan di Ipoh

al kisahnya aku tolong kawan ambil dia punya laptop dekat ipoh. alang-alang otw balik lalu hospital, aku singgah la dekat satu petshop ni. hup fatt kalau tak silap namanya. sengaja menyinggah, mana tahu ada barang baik.. hehe..

jadi, disini aku kongsikan sedikit sebanyak gambar yang aku tangkap di kedai dia ni. banyak gak haiwan yang dia jual. tapi kedai dia lagi penuh dengan barang-barang kegunaan peliharaan. yang menariknya, kedai dia ada banyak koleksi kuang. mana yang aku dapat tangkap gambar, ada la.

hampir kesemuanya aku tak tahu nama. jadi siapa-siapa yang arif, leh la kongsi ilmu =) :

congo african grey
congo african grey
reeve's pheasant
reeve's pheasant

hartlaub's turaco
 



golden pheasant kalau tak silap


golden pheasant

golden pheasant

sekian. wassalam.

Sunday, April 10, 2011

jabatan perkhidmatan veterinar ipoh

jumaat lepas aku pegi JPV Ipoh, angkat aku nye silkie coklat (usha : silkie lagi..hehe) dari Rusydi (owner blog RaRe aVeS) yang kebetulan ade meeting kat sini. sesampainye aku kat JPV ni, agak teruja gak r sebab ade burung unta ngan rusa. hehe.. bukan selalu dapat tengok depa ni. so aku pon meng-gayat-kan diri sesorang pegi tepi pagar depa, snap sekeping dua gambar.. hehe..



















menarik an? btw, kat sini pon ade klinik veterinar. dan kalo nak dibandingkan, klinik veterinar kerajaan ni caj nye lebih murah. cume dari segi efficiency service je la tak tau.. kan sektor perkhidmatan badan kerajaan ni biasanya slow sket.. hehe.. tapi tak tau le, belom cuba, takleh wat andaian macam-macam.

okeh, sapa-sapa yang berhajat nak pergi klinik vet kat sini, aku attachkan peta die. ni pon aku tibai dari website JPV Perak.. hehe.. usha : (klik tuk besarkan ye)

dan ini pulak aku copy waktu operasi dan khidmat yang ditawarkan :
 Monday - Thursday   8.00 a.m - 1.00 p.m 
 2.00 p.m - 4.30 p.m
 Friday 8.00 a.m - 12.15 p.m 
 2.45 p.m - 4.30 p.m
IPOH VETERINARY CLINIC
Ipoh Veterinary clinic is a full-service facility, offering veterinary medical and grooming services.
 OUR SERVICES :
  • All breed dog and cat grooming
  • Blood testing services
  • Consultation and diagnostic examinations
  • Dental cleaning
  • Diagnosis and treatment for a wide range of conditions
  • Ear check & cleaning
  • Emergency services
  • Flea and tick control
  • Hair between pads trimmed
  • Hair cut
  • Major and minor surgery
  • Microchip services
  • Nipah Virus testing
  • Nail trim
  • Orthopedic surgery
  • Pets care supplies (Premium dog and cat foods)
  • Small animal veterinary care : dogs, cats, rabbits, and exotics animals
  • Routine exams and vaccination
  • Ultrasound scanning


apa-apa pun, tuk keterangan lanjut, leh la usha website JPV sendiri (JPV Perak). atau contact je depa. contact number sume ada dalam website tu.

sekian. wassalam.

Friday, November 5, 2010

deepavali petshop dan ayam.

alkisah pagi tadi nak cari basuh enjin, sebab ada minyak itam. anta kat workshop, diorang mintak basuh dulu. senang nak trace kat mane punca die. melilau aku cari carwash arini..sume tutup.last2 aku pon pegi r dua petshop yang ade kat bahau nih.keh3..



cerita petshop deepavali :



petshop A : ade la aku tertarik ngan anak ayam belanda ni, ade warna itam ngan warna kuning. dalam ati pon da berkira2 nak beli, tanye2, sepasang die nak cas rm86.. perghhh..ingat sekor dalam rm20 ke..boleh la consider lagi.xpe la camtu, tengok2 je pon cukup..hehe..



ayam belanda atau ayam piru kat kedai A

sepasang ni die nak tolak rm86..huuu

anak ayam api-api @ ayam mutiara @ guinea fowl's keets

ayam mutiara @ api-api guinea fowl sepasang


 petshop B : haaa..yang ni banyak variety ade. banyak pilihan. sayangnye kedai ni macam tak jaga sangat haiwan2 yang ade kat petshop die tu. anak2 ayam belanda abes sakit mate, bekas air ngan bekas makanan ade, tapi air n makanan x de. ade satu yang x boleh blah, dalam cage arnab, ade bangkai arnab. terbiar je. banyak haiwan2 kat situ yang macam sakit..sian betul..nak berniaga berniaga la elok2.produk kena berkualiti.aku x lame kat sini, malas da nak tengok. aku pegi petshop bukan nak tengok haiwan sakit.


 petshop C : kat sini aku jumpe anak ayam belanda @ ayam piru yang same cam aku jumpe kat petshop A tadi. saje usha harga. rm 28 sekor. lau sepasang baru rm 56. nampak sangat petshop A tadi tarik harga gile2..cume yang kurang nye petshop C ni,die x banyak variety haiwan. sebab die lagi fokus jual makanan ternakan.


anak ayam belanda @ ayam piru kat kedai C


cerita ayam deepavali :

ini generasi kedua ayam datang tanpa izin..da jadi ayam aku kot..hehe..sume jantan,5 ekor. gambar :-

jantan-jantan yang lepas bebas


ni plak anak ayam yang ade kat dalam umah.ni la yang diselamatkan dari mulut kucing dulu.. gambar :-

posing jangan x posing!

gayat di rumah baru

yang itam tu pemalu.. XP


ni serama yang mengeram kat rak kasut aritu..asal nye, anak ayam tu ade 5 ekor. tup2 tinggal 4 je..ni mesti kucing nye keje..ish3.. gambar :-

ibu dan anak2 ayam serama





last but not least..meh layan gambar ayam yang ade kat umah ni.hehe..api-api dah maken besar da. ayam belanda pon same. ayam belanda yang jantan da stat berjalan sambil kembang ekor,walau pon bulu die x cantik lagi.hehe..gambar2 ayam2 dalam reban. gambar :-

muafakat membawa berkat





setinggan serama







dah kot..
sekarang ngah tunggu cuti sem nanti, aku nak fokus tuk menambah ahli2 qaryah reban nih.nak guna sepenuhnye incubator yang aku buat tuh. rugi r da buat tapi x berapa pakai sangat.bukan ape, aku x de kat umah, payah nak pantau.so wat mase ni,urusan eraman, mainly secara semulajadi. XD

till next time.
salam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...