Translator

Showing posts with label arnab. Show all posts
Showing posts with label arnab. Show all posts

Thursday, June 4, 2015

Hahaha

Sedar tak sedar, bertahun jugak blog ni terabai. Sangat terkesan bila mula-mula latihan industri (internship) dulu. Bila dah kerja sepenuh masa. Terus leburrr.

Nak kena bertapak semula. Dah masuk 2tahun bekerja, masih tak stabil lagi. Hidup nomad. Pindah sana sini. Masa bekerja dan masa untuk diri sendiri sangat tak seimbang. Bayangkan dalam dua tahun ni, 4 kali tukar kerja. Haha. Kerja pertama, sebulan setengah. Kerja kedua, tiga bulan. Kerja ketiga lama sikit, setahun tujuh bulan dan yang terbaru, bakal mulakan kerja keempat minggu depan.

InsyaAllah semakin menuju kehidupan yang lebih stabil. Perancangan hidup dah disusun. Kalau takde aral melintang, akan duduk rumah sendiri dalam hujung tahun ni. Dah ada rumah, takkan nak duduk sorang kan? Kena la ada teman. Haha.

Nak mula balik. Nak silver sebright. Dapat trio cantik sangat dah. Bela je satu ni sampai melimpah ruah jatuh ke ladang gandum. Hehe.

Sangat banyak nak buat. Geram je tengok orang lain menjadi jadi ternakan dia. Ikutkan hati, nak tukar je profession jadi penternak. Hahaha. Kan banyak skim bantuan petani, skim latihan penternak dari kerajaan. Cuma hati tak cukup kering nak memperjudikan nasib bila bertukar bidang. Kerja je la lagi makan gaji.

Ilmu ayam ada sikit, ilmu arnab ada sikit, ilmu burung ada sikit. Bila pandang balik ke masa dulu, tak sangka jugak banyak selok belok peliharaan ni yang tak tahu lagi. Cerita bab ayam misalnya, dari tak pernah bela ayam, sampai ke menjual ayam. Sama jugak arnab. Banyak cuba jaya.

Ada untung, ada rugi. Tapi hati puas.

Takpelah. Tunggu je la nanti.

Wassalam.

Sunday, July 6, 2014

Kenduri Arnab!

(Haaa, kira bayar hutang la satu post yang sangat lama menjadi draft. Hihi. Draft ni bulan Disember tahun 2012 kot. Hahaha.)

Sebagai budak semester akhir, kadang-kadang benda yang nak buat tu terasa gila, tapi dilayankan jugak sebab.. kalau tak buat, bila lagi nak buat kan? Jadi, persetujuan telah dicapai, kesepakatan semua housemate untuk kenduri arnab. Kehkehkeh. Ini rare.

So kami pun beli la tiga ekor arnab, sedang-sedang elok untuk sembelih. Berbekalkan muka kacak dan ayat manis, jatuhlah seekor arnab hidup ni dengan harga RM18. Okay la kot. Eksaited punya pasal, layan je la harga tu. Haha.
Waktu beli arnab
Aku la yang tukang sembelihnya. Selamat tiga ekor arnab disembelih. Sembelih kat longkang tepi padang bola V5 tu. Kawasan longkang tu lereng ke bawah, jadi takde la menarik perhatian.
Selamat sudahhh
Asalnya nak buat BBQ. Tapi mengenangkan semua macam sibuk nak study, jadi Kedai Nasi Banyak (ini nama gelaran kitorang bagi) kat Medan Selera Sri Iskandar tu menjadi pilihan. Mintak pakcik tu tolong masakkan.
arnab masak padprik
Selain dari dua jenis masakan arnab, arnab masak padprik dan arnab masak merah, kami order jugak nasi goreng biasa dan air bermacam jenis.
arnab masak merah
Macam yang dah diberitahu, disebabkan muka yang kacak dan ayat yang power, total cas yang kami kena untuk semua makan minum tu hanyalah RM12. Hahaha. Sangat ragu-ragu time nak bayar tu. Tapi layankan jugak. Rezekii..

Moga bersemangat nak menulis.

Sekian. Wassalam.

Monday, November 21, 2011

berpindah sudah ke tempat baru

si kacukan ND aku dah berpindah sabtu lepas. sekarang depa dijaga oleh pak long aku. maknanya, la ni dah takde dah arnab kat rumah aku.. sedih..

alkisah diorang ni berpindah kerana kat rumah aku takde yang boleh menjaga bila arnab ni beranak. tuk pengetahuan, arnab betina ni dah tiga kali beranak. total anak dah 15 ekor. 15 ekor tu brader.. banyak tu.

masalah dia, arnab ni tak mau menyusukan anak. waktu aku ada kat rumah, memang boleh aku pegang mak die, tapi bile aku balik umah sewa, aku terpaksa bertaruh yang si arnab ni akan menyusukan anak dia. oleh kerana dah 3 generasi yang gagal. terpaksa lah mereka berpindah ke orang yang ada kelapangan untuk menjaga.

usha gambar :


si betina : aku suspect die ni bunting seminggu.

si jantan yang macho.

untuk proses permindahan, aku gunakan kotak je. masuk sekali dua ekor dalam kotak.


kotak yang digunakan sebagai medium pengangkutan diorang.
sangat-sangat-sangat berharap mereka dapat membiak dengan baik dan melahirkan anak-anak yang comel dan sihat. =)

#dah buat perjanjian dengan pak long, anak dia nanti bahagi dua.. hehe..

sekian. wassalam.

Saturday, October 8, 2011

selamat lah sudah~

dinasihatkan agar anda tidak scroll ke bawah jika anda seorang yang lemah semangat.. keh3..


model bersama kulit arnab

alkisah terjadi pada hari sabtu, 8 oktober 2011. dengan cuaca yang cerah, angin sepoi-sepoi bahasa, aku melangkah ke reban arnab membawa sebilah pisau sembelih..


lalu terjadilah..

dua ekor yang pertama sembelih
 
kepala dah buang, tinggal nak lapah kulit

3 (helai??) kulit arnab
 okeh, ni gambar angker sket.. sila scroll ke bawah ea..























































kepala die buang je..

p/s : sudah pun direndang oleh mama ku yang tersayang..

sekian. wassalam.

update

wah.. lama gak rasanya tak update.. meh aku bagi sekepuk :
 
arnab

dua ekor arnab betina aku beranak lagi. yang induk local lahirkan dua ekor, yang netherland dwarf mix lahirkan 5 ekor.. sepatutnya aku gembira lah kan? gembira tu memang gembira tapi tak lama. sebab semua anak-anak arnab ni mati dah pon. mak depa tak nak bagi susu.

kelahiran lama rujuk SINI , SINI dan SINI

yang kelahiran pertama haritu pon same gak.. tensen aku. jumlah anak yang dah terkorban setakat ni :
  • local : 6 + 2 = 8 ekor
  • netherland dwarf mix : 3 + 4 + 5 = 12 ekor
gambar sikit, yang gambar anak-anak tu semua da tiada.. huhu :
arnab

anak arnab

anak arnab

arnab betina

anak arnab


ayam selasih sutera / silkie / ayam kapas

anak selasih sutera dah menetas. yang mula-mula menetas adalah silkie warna hitam. dijangkakan ramai yang menyusul lepas ni.. hehe.. nampaknya cara kurungan haritu (rujuk SINI ) menjadi sangat..

ayam selasih sutera, ayam bulu balik

ayam selasih sutera, ayam bulu balik


pengeluaran telur silkie tak konsisten.. dalam "control group" aku ada betina 4 ekor, target setiap hari sekurang-kurangnya ada sebiji telur. tapi selang sehari ada la sebiji.. kadang-kadang dua tiga hari. takut yang diorang ni makan je telur tu. tak sempat nak ambil.


lovebird

lovebirds

lovebirds

lovebirds

okeh, diorang ni aku nampak dah panjat-panjat dah hari tu (rujuk SINI). tapi dah masuk dua minggu takde ape-ape hasil pon.. takpe-takpe.. sabar..

sekian. wassalam.

Friday, September 2, 2011

lagi-lagi baby baru

alhamdulillah~ rezeki murah syawal ni. sempena raya kedua, arnab lagi sekor melahirkan anak. kali ni baka local. tuk pengetahuan, dia ni adalah batch pertama anak arnab dulu. rujuk SINI .dah jadi mak da die sekarang.

jadi, layan gambar~!

si ibu

anak-anaknye - 6 ekor.
ni baby pertama bagi ibu yang ni.. harapnya, mereka membesar dengan sihat dan cergas. =)

sekian.wassalam.

Monday, August 29, 2011

baby baru lagi XD

semalam aku tengok betina sekor ni dah duk mengumpul napier. aku jangka die nak beranak, jadi aku letak la siap-siap bakul kat dalam sangkar die. pagi ni, usha punya usha, tengok dah ada 5 ekor baby kat dalam sangkar die.. hehe.. alhamdulillah. rezki raye. =)

tapi, ada sekor da mati. aku suspect kena pijak ngan mak die ni. takde rezki la sekor tu. takpe-takpe, kite layan gambar dulu :

si ibu - mix netherland dwarf

anak-anak die - 4 ekor sume
p/s : sedang menunggu seekor lagi betina untuk beranak. =)

sekian, wassalam.

Saturday, August 27, 2011

patah tumbuh hilang berganti

yang patah dan hilang :

ayam mutiara a.k.a ayam api-api lavender aku kiok seekor pagi tadi. tibe-tibe je. pelik sungguh. semalam sume okeh. dan matinya ayam tu kat tangan adik aku. katanya, ayam tu duduk je, lemah semacam. bile dipegang, menggeletar ayam tu. terus kiok. takde rezki.. si lavender ni belom berwaris lagi ni, 4 ekor yang tinggal, mungkin jantan je.

inilah si dia :



yang tumbuh dan berganti :

sedang aku nak tanam ayam api-api lavender yang mati tu, tiba-tiba adik perempuan aku cakap arnab beranak. terus aku datang tengok. sah! betina putih ND mix aku beranak. tapi sekor je. aku pon betulkan kedudukan baby tu, si ibu makan uri die. tak lama lepas tu keluar lagi sekor. wah, 1st time tengok arnab beranak depan mata.. hehe.. selang tak lama lepas tu lagi sekor. jadi jumlah sume, 3 ekor.

si ibu - berehat selepas bersalin.

anak yang dilahirkan - 3 ekor semua
bagi kelahiran pertama, mix ND ni boleh tahan la. nak jugak die menyusukan baby die. tapi..nampak dua dari tiga anak ni agak pasif. bile time menyusu tu, diorang macam tak bersungguh menyusu. risau aku.. mintak-mintak okeh la.


dan oleh kerana kegembiraan aku. aku pon menghadiahkan sume arnab tu dengan napier segar. hehe





sekian. wassalam.

Thursday, August 25, 2011

arnab~!

lama aku tak update sal diorang ni.. hehe.. almaklumlah, aku sibuk. =P

jadi sekarang cuma tinggal 7 ekor je arnab aku. menunggu si betina-betina cukup matang dan mereproduksi kasi banyak. kalau ikutkan umur, betina-betina ni dah mencecah 6 bulan. (lahir 19 & 21 feb).

jadi.. inilah arnab aku. layan gambar~!!

netherland dwarf mix :

betina

jantan

betina
** diorang ni asalnya duduk bersama, tapi disebabkan betina coklat tu mengganas, mencederakan betina putih, jadi aku asingkan. arnab betina sangat menjaga kawasan. hangpa jangan dok pi campuq depa sama. ""owh man, my lousy north dialect..haha""

local mix :

pair baru ni
** yang sepasang ni baru je di-pair-kan.. tunggu masa nak bunting je betina ni. stakat ni, belom ada tanda-tanda lagi. rasanya, umur 6 bulan pon belum cukup matang lagi. yang betina ni tak cukup bersedia lagi. tapi takpe, aku ku tunggu buntingmu~! =)

gay mix :

gay couple
**depa ni sepasang.. tapi dua-dua ni jantan.. hehe.. terlintas sebenarnya nak merendang diorang ni. tapi bapak aku cam suka plak kat diorang ni. jadinya, kasi simpan dulu.. kurang-kurang aku ada pelapis jantan. 
p/s : hangpa suma doa-doalah depa ni cepat beranak ea. tak sabar aku nak dapat anak arnab baru. dah lama da tak dapat baby. sejak kematian induk betina aku dulu. =( kalau sesapa nak tolak induk betina, roger la aku ea. harga kengkawan eh. hehe..

sekian. wassalam.

Saturday, August 6, 2011

bakal berpindah




insyaAllah besok, pair ini akan bertukar tuan kepada seorang sahabat lama (schoolmate SBPIJ). dengan pemergian depa berdua, tinggal la tujuh ekor arnab aku.

masih tak berjumpa pengganti induk betina yang mati haritu. tapi aku da stat kahwinkan betina anak first batch dulu dengan induk jantan ni. anak ni da masuk 6 bulan. rasanya da boleh da kot.. papepun. kite tunggu dan lihat~ =)

sekian. wassalam.

Sunday, July 10, 2011

ahad!

netherland dwarf mix - betina
comel tak saya???!! hehe..

bulan ni masuk 5 bulan. cenonet je die. perbezaan ketara antara kacukan ND ni, selain dari saiznya yang kecil, matanya bulat, besar.

yang depa ni pon nak masuk 5 bulan da :

local mix, pedaging mix

p/s : masih tak ku jumpa pengganti ibu arnab. mungkin pas aku abes exam baru ada.

sekian. wassalam.

Friday, July 1, 2011

riwayat hidup seekor arnab

baru lahir

seminggu

dua minggu

sebulan

dua bulan


tiga bulan

innalillah

kulit dan kepala

isi perut

carcass

siap dikunyitkan

goreng~!

makan dengan nasi goreng
 sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...