Translator

Saturday, August 27, 2011

patah tumbuh hilang berganti

yang patah dan hilang :

ayam mutiara a.k.a ayam api-api lavender aku kiok seekor pagi tadi. tibe-tibe je. pelik sungguh. semalam sume okeh. dan matinya ayam tu kat tangan adik aku. katanya, ayam tu duduk je, lemah semacam. bile dipegang, menggeletar ayam tu. terus kiok. takde rezki.. si lavender ni belom berwaris lagi ni, 4 ekor yang tinggal, mungkin jantan je.

inilah si dia :



yang tumbuh dan berganti :

sedang aku nak tanam ayam api-api lavender yang mati tu, tiba-tiba adik perempuan aku cakap arnab beranak. terus aku datang tengok. sah! betina putih ND mix aku beranak. tapi sekor je. aku pon betulkan kedudukan baby tu, si ibu makan uri die. tak lama lepas tu keluar lagi sekor. wah, 1st time tengok arnab beranak depan mata.. hehe.. selang tak lama lepas tu lagi sekor. jadi jumlah sume, 3 ekor.

si ibu - berehat selepas bersalin.

anak yang dilahirkan - 3 ekor semua
bagi kelahiran pertama, mix ND ni boleh tahan la. nak jugak die menyusukan baby die. tapi..nampak dua dari tiga anak ni agak pasif. bile time menyusu tu, diorang macam tak bersungguh menyusu. risau aku.. mintak-mintak okeh la.


dan oleh kerana kegembiraan aku. aku pon menghadiahkan sume arnab tu dengan napier segar. hehe





sekian. wassalam.

3 comments:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

wah tahniah....
dpt dah baby baru....

nk tanya ...napier tu bahasa biasa daun apa???
hehhe~~~
tq~~

Akmalhazwan said...

napier ni rumput yang bagi kat lembu ngan kambing biasanya. tp arnab n ayam layan gak..

lau x silap, rumput gajah. tp bukan rumput gajah biasa tumbuh kat tepi2 jalan/ sungai tu. ni napier india. so jadi la rumput gajah india kot.. hehe

Unknown said...

Napier aka Rumput Gajah aka Pennisetum purpureum .. ada banyak variety..salah satu yang akmal sebutkan tue.. nak btg besar daun byk,amik vareity taiwan, nak lawa n rare amik red napier.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...