Translator

Showing posts with label ayam bulu balik. Show all posts
Showing posts with label ayam bulu balik. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

apa yang tinggal

untuk pengetahuan sekalian, aku dah pun menjalankan aktiviti penghapusan etnik kat reban aku. dah lama jugak la sebenarnya cuma aku yang taknak update kat sini. sibuk la katakan. aku terasa sejak aku mula praktikal (oct 2011 - may 2012) aku dah tak berapa nak ada masa untuk ayam memandangkan jarang-jarang aku balik.  jadinya, depa pun agak kurang kasih dan sayang daripada aku. hehe.

sekarang yang ada cuma silkie (ayam selasih sutera) betina dua ekor, seekor pejantan bulu balik, dan berberapa ekor ayam kampung.

ayam selasih sutera + ayam bulu balik
tapi taklah bermakna aku dah pencen dalam bidang per-ayam-an ni. sekarang reban aku berada dalam fasa berehat. masa yang ada ni cadangannya nak baiki mana yang rosak dan sedia untuk kemasukan baru. nanti dah graduasi (insyaAllah jan 2013) kita bergasak balik ye. hahaha

sekian. wassalam.

Tuesday, March 27, 2012

ayam bulu balik kacuk ayam selasih sutera

haaa... alang-alang da update, terasa pulak syok. haha.. meh aku tambah satu lagi entry.

ingat tak yang aku ada cuba wat projek untuk kacukkan ayam selasih sutera dengan ayam bulu balik. harapan di hati biar jadi ayam silkie bulu balik. tapi.. tak menjadi pulak. kena buat banyak-banyak generasi baru jadi kot. alkisah projek haritu : Projek XXX .

antara yang berhasil jadi. da besar da pun. =D

kacukan silkie dan bulu balik
amacam? ada baek? cun gak kan? hehehe.. yang sebelahnya tu betina bulu balik biasa.

sekian. wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

mencuba cara baru penjagaan anak ayam

ibu dan anak ayam

anak-anak ayam

ibu ayam bersama-sama anak-anaknya
**gambar-gambar diatas merujuk kepada no 2. sila rujuk di bawah.

sekarang aku tengah bereksperimen dengan cara baru memelihara ayam. bagi sesiapa yang merasakan ada kekurangan ataupun cadangan untuk menambahbaik cara yang aku praktikkan ini, sila lah kongsi. sharing is caring. =)

sekarang aku dah berhenti gunakan incubator dan lebih cenderung kepada pengeraman secara semulajadi. ini semua gara-gara kutipan telur yang kurang memberansangkan. macam tak berbaloi guna incubator untuk bilangan telur yang sedikit. jadi, sekarang, sistem yang aku buat adalah sistem lama, eraman menggunakan ibu. cuma, ubah sikit-sikit. kononnye nak sistematik lagi. hehe..

1) telur dari ibu ayam diambil dan diletakkan pada ayam yang tengah mengeram.
- yang aku buat, ayam-ayam yang diakui handal mengeram dibiarkan mengeram telur mereka. pada masa yang sama, telur dari induk yang lain diletakkan sekali. ibu tumpang la kiranya.
-kena pastikan tugas mengeram tidak dilakukan oleh satu ibu sepanjang masa. maksudnya, menetas satu batch, halau le ibu tu. kalau dibiarkan mengeram lama-lama, takut dia melidi, tak cukup makan dan kemudian mati. rugi tuuuu...
2) anak yang menetas, alih kepada ibu lain.
- mana-mana anak yang dah menetas, aku biarkan dalam dua hari sampai si anak ayam tu betul-betul cergas. kemudian aku alihkan kepada ibu yang lain. kiranya tutor diorang la. proses ni agak kritikal sebab pemilihan ibu tutor mestilah ibu yang baik. kalau tidak, mati la anak tu kena patuk. pada pandangan aku, ayam kapan/ ayam katik betina sangat sesuai menjadi ibu tutor. dia tak garang, dan boleh menerima anak ayam lain.
- tujuan fasa ini adalah untuk mengelakkan kebergantungan kepada brooder. jadi, jimat tenaga elektrik, dan anak ayam lebih segar. =)
- ibu dan anak-anak ayam diletakkan dalam sangkar untuk mengurangkan risiko pemangsa.

3) waktu berpisah.
- bagi anak-anak yang dah kuat, pada sekitar umur sebulan dan ke atas, bolehlah diasingkan dari ibu tutor. kena la bagi peluang ibu tutor untuk berehat dan bersosial. hehe..
 -anak dikurung sampai penuh bulu dia. kurang-kurang pada usia dua bulan baru dilepas ke tanah. biar kuat sikit mengharung dunia luar.

p/s : setakat ini, kadar kematian anak ayam sangatlah kurang. batch yang terbaru, untuk 22 ekor anak ayam yang menetas, mati dua ekor. itupun sekor tersangkut pada jaring sangkar.

peringatan : saya budak baru belajar. apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yang saya lalui. kalau salah tolong tunjukkan. =)

sekian. wassalam.

Friday, August 26, 2011

testing-testing

4 ekor silkie putih aku rupenya betina. patut la selama ni bertelur, tapi takdak benih. aku dok ingat yang sekor ni jantan, sebab rupa die hensem sikit. malangnya jangkaan aku salah.

silkie putih - ingat jantan, rupenya betina

sekarang, ni projek baru aku. memandangkan aku ada sekor silkie kelabu dan seekor ayam bulu balik matang yang single, aku satukan diorang dalam satu reban. baru masuk, dah kena sotai dah budak-budak betina tu.. hehe..

ini silkie kelabu tu :

silkie kelabu

ini ayam bulu balik :

ayam bulu balik

4 ekor silkie putih :

4 ekor silkie putih betina

dan ini lah gambar depa bila dah disatukan :

silkie X silkie & ayam bulu balik

silkie X silkie & ayam bulu balik

sekarang, nak tunggu masa je bertelur. dan aku harap ada lah cross antara bulu balik dan silkie menjadi silkie bulu balik. hehe.. tunggu dan lihat~ =)

sekian. wassalam.

Saturday, August 6, 2011

mengintai dari tirai kamar..

tajuk entry cilok tajuk lagu exist.. hehe..

saje je mengintai dari pintu masuk reban.


dari sini boleh nampak :
  • ayam bulu balik
  • ayam mutiara biasa
  • ayam mutiara lavender
  • ayam selasih
  • ayam belanda
  • ayam kampung
yang lain-lain, macam ayam hutan dan ayam selasih sutera (silkie) ada dalam reban.

sekian, wassalam.

Wednesday, May 11, 2011

ayam bermacam ayam - katik, selasih, bulu balik

ayam kapan / katik : jantan

ayam kapan / katik : betina

sepasang ayam katik / ayam kapan remaja. umur dah lebih kurang 4 bulan. lau ada sapa-sapa minat leh la roger. =)

tutup cite ayam katik, nak cite sal silkie aku. setelah sekian lama meragui jantina die, akhirnya sudah terbukti yang antara 4 ekor silkie yang aku amek kat chemor dulu (rujuk SINI), ada sekor jantan. satu kelegaan di situ. kalo tak, menggagau la nak cari jantan.

inilah ayam selasih sutera jantan yang dimaksudkan
cara aku confirmkan camne? aku try masukkan jantan laen dalam sangkar die, terus ditibai eh dek ayam ni. hoho.. nampak sangat jantan laen takleh kaco betina die.

pastu takde keje, saje nak suh diorang posing amek gambar. hehe.. tapi amek dua ekor je. tak reti nak duk diam.
silkie jantan
silkie betina
sekarang dok kalut nak cari ayam bulu balik betina. dah dua-dua ekor jantan, memang takdak waris pasni. kalo kacuk ngan ayam kampung, die payah nak jadi. nak kena cari jenis yang sama gak. baru mantop~! sapa-sapa yang rase nak tukar ayam bulu balik jantan ni dengan yang betina, roger ea. paling elok tukar yang sebaya la. yang aku punya ni da umur 3bulan la lebih kurang. tapi kalo ade yang nak tukar ngan induk betina, layan je..hehe.. gambar ;

ayam bulu balik : jantan

ayam bulu balik : jantan
 sekian. wassalam.

Sunday, May 8, 2011

jantan ke betina ayam bulu balik ni?

aku saje suh adik aku amek gambar ayam bulu balik yang aku beli aritu... mule-mule memang nampak macam betina.. tapi bile aku tengok gambar ni..sekarang da semakin meragukan. jantankah die? tuk perbandingan, ni gambar ayam bulu balik jantan aku :

ayam bulu balik jantan : hensem kan jantan nih?hehe..

ayam bulu balik : jantan ke betina?

ayam bulu balik : pandangan depan
bulu die buruk. ngah proses salin bulu kot.. kalo betul la jantan, nak kena cari betina.. huuu.. satu hal tu. bukan senang nak jumpe orang jual bulu balik nih.

ape-ape pon, stok anak ayam api-api masih ada. siapa yang berminat leh la sms 013 222 0218. tuk lebih lanjut, tekan SINI.

p/s : masih berbaki 1 paper. selasa ni.. bila da tinggal paper last, mula la jadi malas.. patutnye kat library sekarang nih.. ish3

sekian. wassalam.

Sunday, April 10, 2011

frizzle chicken - ayam bulu balik

haa.. setelah sekian lame jantan bulu balik aku keseorangan, dapat gak aku carikan pasangan die.. beli dari sorang makcik ni, die jugak yang jual bulu balik jantan tu kat aku. sekarang si jantan tu dah dalam 6 bulan. tapi betina ni baru dalam dua bulan umur die. bile aku masukkan dalam reban tadi, terus nak ditenggek dek si jantan tu.. pergh.. haha.. lek lu beb, die ni bawah umur lagi. tunggu la lame sikit baru boleh.. yang bagusnye, diorang ni serasi la nampak. takde nak gaduh ke ape. usha gambar :




baru masukkan, dah serasi.
sekian. wassalam.

Saturday, April 9, 2011

ayam bulu balik

ini la sekor ayam bulu balik yang aku ada. bukan ayam bulu balik biasa, tapi ayam arab bulu balik..hehe.. dah remaja da die ni, da stat miang dah. aku dok pening mane nak cari betina tuk die ni.. aku ingat nak kacuk dulu dengan silkie. ne tau leh dapat silkie bulu balik.. layan kot.. hehe
jalak lenteng

p/s ; sape-sape nak offer aku betina bulu balik, sila-sila lah roger.. paling bez kalo nak bagi free. memang aku suka..hehe

sekian. wassalam.

Wednesday, January 12, 2011

latest member : ayam sutera a.k.a silkie dan ayam bulu balik

wahhhh...minggu ni asek tambah koleksi je.hehe..aritu ayam hutan, pastu ayam api-api, la ni silkie ngan bulu balik plak.silkie ngan bulu balik ni dapat dari seorang akak ni di kuala pilah.harga?amat berpatutan..hehe..tapi aku kurang bernasib baek sebab silkie die telah diborong oleh orang laen.huhu..dapat la sekor je.jadi la..bulu balik pon sekor gak.dua-dua betina.(lau aku tak silap la..hehe) ni gambar diorang :

ayam bulu balik - cantik kan bulu die?

silkie @ ayam sutera - warna kelabu,kat kepak ade coklat2 sket.


tengahari tadi pegi dapatkan benih pokok malberi (mulberry) dan napier dari kak linda.tak tau la napier taiwan ke, india ke..aku layan je.hehe..kasi rendam dulu,bia tak kering.besok baru tanam.

napier dan mulberry

p/s: punya la sebok pegi tengok ayam,aku lupe yang mak aku suh beli ayam tok masak.keh3

sekian.wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...