Translator

Showing posts with label ayam belanda / piru / turkey. Show all posts
Showing posts with label ayam belanda / piru / turkey. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

owh sayang..

telur ayam belanda + ayam kampung + ayam api-api
gambar ni adalah gambar telur-telur yang dikutip dalam seminggu lepas. apa yang tinggal la.. banyak dah wat telur dadar.. hehe..

satu perkara yang biasa akan terjadi apabila musim hujan ialah telur-telur habis basah dek air hujan. aku pelik gak, apsal la ayam api-api ngan ayam belanda aku mula bertelur time hujan ni. pilih la time kering sket. =P

ape-ape pun, perkara yang terjadi kena lah terima dengan redha.. =)

btw, sebut pasal redha. teringat post sorang kawan ni kat fesbuk kot.. kalau tak silap. katanya (lebih kurang), apabila kita menerima sesuatu kejadian itu dengan ikhlas, baru dipanggil redha. kalau kita terima, tapi tak ikhlas, dengan terpaksa dan sebagainya. itu dipanggil pasrah.

jadi.. bila berdepan dengan musibah, kita hendaklah redha. bukan dengan kepasrahan. kena ikhlas, bukan terpaksa. baru hati jadi lagi tenang. =)

* melencong sikit dari cerita telur ayam. heheh..

sekian. wassalam.

Monday, November 21, 2011

usha reban



ni permandangan biasa. siapa-siapa yang bela ayam, memang inilah rutin die. tabur je jagung, berpusu-pusu la depa datang mai. hehe.. saje-saje nak share gambar. =)

sekian. wassalam.

Tuesday, November 8, 2011

jenis-jenis telur

telur ayam belanda, ayam api-api / mutiara dan ayam kampung

sekarang musim hujan. jadi kutipan telur hanya dapat dibuat telur dadar je. kadang - kadang je dapat kutip untuk eramkan. sayang sungguh..

kalau tengok gambar kat atas ni, ade 3 jenis telur. telur ayam belanda, telur ayam mutiara dan telur ayam kampung. pembahagian die seperti berikut :
  • atas sekali - telur ayam belanda.
  • bawah kanan - telur ayam kampung.
  • bawah kiri - telur ayam mutiara / api-api.
saje-saje nak kongsi. pasni kalau pergi kedai, tengok je da tau nak bezakan mana telur ayam belanda, mutiara ataupun ayam kampung. =D

sekian. wassalam.

Thursday, September 29, 2011

ayam belanda

saje nak berkongsi gambar ayam belanda yang terbaru. ayam belanda ni kalo orang utara panggil ayam piru. kalau bahasa negeri sembilan, orang panggil turkey.. hehe..

ayam belanda + ayam api-api

ayam belanda dara

ayam belanda dara

pejantan ayam belanda

kat reban tu ada seekor pejantan, dua ekor induk betina dan dua ekor dara dalam 3 bulan lebih umur die. dah berjual da ayam belanda kat umah ni, tapi dalam kuantiti sikit-sikit je la. mana yang lebih, rasa-rasa macam payah nak bela, tolak je kat petshop. =)

sekian. wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

mencuba cara baru penjagaan anak ayam

ibu dan anak ayam

anak-anak ayam

ibu ayam bersama-sama anak-anaknya
**gambar-gambar diatas merujuk kepada no 2. sila rujuk di bawah.

sekarang aku tengah bereksperimen dengan cara baru memelihara ayam. bagi sesiapa yang merasakan ada kekurangan ataupun cadangan untuk menambahbaik cara yang aku praktikkan ini, sila lah kongsi. sharing is caring. =)

sekarang aku dah berhenti gunakan incubator dan lebih cenderung kepada pengeraman secara semulajadi. ini semua gara-gara kutipan telur yang kurang memberansangkan. macam tak berbaloi guna incubator untuk bilangan telur yang sedikit. jadi, sekarang, sistem yang aku buat adalah sistem lama, eraman menggunakan ibu. cuma, ubah sikit-sikit. kononnye nak sistematik lagi. hehe..

1) telur dari ibu ayam diambil dan diletakkan pada ayam yang tengah mengeram.
- yang aku buat, ayam-ayam yang diakui handal mengeram dibiarkan mengeram telur mereka. pada masa yang sama, telur dari induk yang lain diletakkan sekali. ibu tumpang la kiranya.
-kena pastikan tugas mengeram tidak dilakukan oleh satu ibu sepanjang masa. maksudnya, menetas satu batch, halau le ibu tu. kalau dibiarkan mengeram lama-lama, takut dia melidi, tak cukup makan dan kemudian mati. rugi tuuuu...
2) anak yang menetas, alih kepada ibu lain.
- mana-mana anak yang dah menetas, aku biarkan dalam dua hari sampai si anak ayam tu betul-betul cergas. kemudian aku alihkan kepada ibu yang lain. kiranya tutor diorang la. proses ni agak kritikal sebab pemilihan ibu tutor mestilah ibu yang baik. kalau tidak, mati la anak tu kena patuk. pada pandangan aku, ayam kapan/ ayam katik betina sangat sesuai menjadi ibu tutor. dia tak garang, dan boleh menerima anak ayam lain.
- tujuan fasa ini adalah untuk mengelakkan kebergantungan kepada brooder. jadi, jimat tenaga elektrik, dan anak ayam lebih segar. =)
- ibu dan anak-anak ayam diletakkan dalam sangkar untuk mengurangkan risiko pemangsa.

3) waktu berpisah.
- bagi anak-anak yang dah kuat, pada sekitar umur sebulan dan ke atas, bolehlah diasingkan dari ibu tutor. kena la bagi peluang ibu tutor untuk berehat dan bersosial. hehe..
 -anak dikurung sampai penuh bulu dia. kurang-kurang pada usia dua bulan baru dilepas ke tanah. biar kuat sikit mengharung dunia luar.

p/s : setakat ini, kadar kematian anak ayam sangatlah kurang. batch yang terbaru, untuk 22 ekor anak ayam yang menetas, mati dua ekor. itupun sekor tersangkut pada jaring sangkar.

peringatan : saya budak baru belajar. apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yang saya lalui. kalau salah tolong tunjukkan. =)

sekian. wassalam.

Thursday, August 25, 2011

budak-budak reban

lama tak update ayam-ayaman aku.. hehe..

budak-budak mutiara ngan belanda kat reban. kecoh kat kawasan reban ni sebab depa la. tah pebenda la dok berbunyi je..depa ni da berehat lama da dari bertelur. bila tah nak stat balik. cuma kadang-kadang jumpa gak sebijik dua.

pearl guinea fowl

lavender guinea fowl


bapak ayam belanda

beratur tu..

ayam selasih nak interframe jugak

minum time~!
sekian. wassalam.

Saturday, August 6, 2011

mengintai dari tirai kamar..

tajuk entry cilok tajuk lagu exist.. hehe..

saje je mengintai dari pintu masuk reban.


dari sini boleh nampak :
  • ayam bulu balik
  • ayam mutiara biasa
  • ayam mutiara lavender
  • ayam selasih
  • ayam belanda
  • ayam kampung
yang lain-lain, macam ayam hutan dan ayam selasih sutera (silkie) ada dalam reban.

sekian, wassalam.

Saturday, July 30, 2011

Taman Rekreasi Gunung Lang

harini tanpa dirancang pergi berjalan-jalan ke Gunung Lang, atas sikit dari bandar Ipoh, Perak. menarik gak la tempat ni. lebih sesuai sebagai tempat berjalan-jalan dari rekreasi. tambah menarik sebab ada berberapa jenis haiwan kat sini. satu lagi, kalo nak akses kepada taman die, kena naik bot. tapi kena bayar la tiket rm 3. ok la kot? malas tulis banyak, layan gambar~



Papan tanda masuk

air terjun buatan

tuntung

ayam api-api (semua jantan)

ayam belanda

sesi memberi makan


rusa

burung unta

ikan-ikan ( keli, tilapia, patin, lampan )
sekian. wassalam.

Tuesday, June 28, 2011

4 sudah

4 ekor telah selamat menetas. sayang seribu kali sayang ada seekor yang cacat. pada pemerhatian aku, tak hidup lama yang seekor ni. yang cacat ni adalah anak yang pertama sekali menetas untuk pusingan kedua ayam belanda aku bertelur.





tengok pun nampak macam tak boleh survive. kurus je dia banding dengan yang lain walaupun dia yang sulung. untuk pengetahuan, yang cacat ni dah berusia 4 hari.

tahap kematangan induk memang mempengaruhi tahap kesuburan telur yang dihasilkan. untuk pusingan kedua ni, saiz telur lebih besar berbanding pusingan pertama.

p/s : kadar penetasan untuk telur ayam belanda pusingan kali ini lebih mantap. alhamdulillah. =)

sekian. wassalam.

Monday, June 27, 2011

as promised

this is one of the poults  that already hatced. look carefully at the bottom left and you can see, there's another one which is about to hatch. trying to pip its way out. insyaAllah, there will be more coming. =)

a bit messy in the incubator.

p/s : i'm away from home, and only my standard 5 brother to be relied upon, it's hard to predict how much will hatch because he doesn't know how to candle a fertile egg. the only way is by removing any overdue eggs. so far, the fertility rate is something not to be proud of. =(

thats all. wassalam.

Saturday, June 25, 2011

poults are here

as scheduled, turkey poults start pipped out from their eggs this morning. expecting more to hatch in this week. maybe some silkies too. can wait!! =)

** the picture will be uploaded later. no one available to snap pictures of them, my family is in cherating right now, my mom's school family day. as usual, the lucky one will be left behind. =(

thats all. wassalam.

Saturday, June 11, 2011

posisi lain

ingat tak entry sal ayam belanda jantan mengeram tu? rujuk SINI . ni aku kongsikan posisi laen die. sesaje je. sebab ade yang me'request'. hehe..



macam-macam perangai. =)

sekian. wassalam.

Friday, June 3, 2011

apsal kau yang mengeram?





ni pejantan belanda aku.. aku rase die da jadi mak nyah la.. die pulak yang mengeram. yang betina relax je. haih ayam.. macam-macam..

sekian. wassalam.

Tuesday, May 24, 2011

brooder inhabitants

penghuni brooder
ni la penghuni brooder wat masa ni. ada ayam kampung, ayam katik dan ayam belanda. harapnya mereka ni membesar dengan sihat dan cergas. cadangan nak simpan anak ayam belanda. tapi tengok la dulu. kalo tak jadi simpan aku tolak kat petshop je. =)

sekian. wassalam.

Friday, May 20, 2011

memang berbeza

perbezaan saiz antara telur ayam belanda dan telur ayam mutiara. kalo tengok kat gambar leh nampak ketara ke tak perbezaan die.


p/s : aku rasa musim bertelur da stat balik. arini dapat dua biji telur ayam belanda. sebiji telur api-api.. kena bersihkan balik incubator la gamaknye.. =)

sekian. wassalam.

Saturday, April 9, 2011

ayam belanda pulak / turkey / piru

cerita pasal ayam belanda la pulak.. hehe.. aku ade induk jantan sekor, dan tiga betina. super rajin bertelur. tapi telur kurang yang berbenih. mungkin sebab induk muda. sekarang diorang da kurang bertelur dah. dari mula aritu, sampai sekarang agak-agak ade la dalam 50 biji yang dapat dari tiga ekor betina. banyak gak la. tapi yang menjadi nye kurang. terbaru ade dua ekor je menetas.. umur tak sampai pon seminggu lagi.
si jantan

 yang ni gambar anak terbaru :

takpela, belom rezeki lagi nak dapat anak banyak2. tunggu batch kedua diorang nih. insyaAllah yang jantan tu da semakin power.hehe..

sekian. wassalam.

Wednesday, April 6, 2011

ibu tumpang

berberapa minggu lepas aku ada tumpangkan dalam 4 biji telur ayam belanda kat seekor ibu ayam kampung yang mengeram kat tepi pintu dapur umah. saje-saje lagipon incubator dah penuh. hasil kesungguhan ayam tu mengeram :
seekor da menetas.. yang lain insyaAllah menetas gak. mungkin lambat sehari dua. sebab tak letak serentak.


sekian. wassalam.

Monday, March 28, 2011

ayam belanda

sesaje nak update sal ayam belanda kat umah.
 
si jantan dan betina

ayam belanda mengeram
ni die ngan ayam api-api nye keje.orang bagi tempat mengeram,nak atas tanah jugak.cube perhati,yang kecik sikit tu telur ayam api-api.

telur ayam belanda + telur ayam mutiara
sekian. wassalam.

Wednesday, March 9, 2011

telur ayam belanda

alhamdulillah..ayam belanda aku semakin galak bertelur.sekarang dalam proses memenuhkan incubator..walaupon tak banyak mane,tapi satu pencapaian peribadi bagi aku.bela dari anak tu.sekarang die da ade anak plak.hoho..leh usha gambar telur ayam belanda dalam incubator.incubator buruk aku.al-maklumlah,buat sendiri.buruk-buruk pon berjasa.hehe.

telur ayam belanda dalam incubator
dari batch yang menetas aritu,sekor je selamat.netas rabu,so sekarang da umur 6 hari,nak masuk seminggu.da stat nak tumbuh bulu kepak.nampak cergas join ngan anak-anak ayam kampung.kuat makan depa ni.kejap je abes makanan.usha gambar.maaf le gambar tak cantik mane,gune kamera henfon je =) :

anak ayam belanda - the one and only
join venture ngan anak ayam kampung
insyaAllah diorang ni bakal menjadi penyambung generasi dalam reban aku.hehe

sekian.wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...