Translator

Showing posts with label pokok-pokok. Show all posts
Showing posts with label pokok-pokok. Show all posts

Friday, October 12, 2012

pisang!

benefits of banana


antara manfaat dan khasiat pisang. ataupun orang kampung aku panggil banana. ha, apa lagi? mari makan pisang kawan-kawan! jangan dok makan jajan ataupun makanan segera.

teringat waktu aktif silat olahraga dulu, pisang dan air mineral adalah solusi termudah bila timbang tak cukup berat. makan pisang banyak-banyak sampai berat naik. hahaha.. aku pun pelik, tapi coach suruh makan. aku ikutkan jelah.

*sebenarnya tak pernah ambil kisah sangat fasal khasiat makanan. asalkan sedap, telan je. syukur lah aku memang tak berapa suka jajan-jajan ni.

sekian. wassalam.

Monday, June 25, 2012

bunga cengkih

ada kat umah pokok cengkih nan sebatang. walaupun sebatang, tapi hasil dia boleh tahan. kiranya memang sampai sekarang tak pernah lagi pergi kedai mencari bunga cengkih. bahkan ada gak lebihan, biasanya saudara mara yang datang dapat la sikit. pancit gak la aku duk memanjat kutip bunga cengkih nih. nak kena pakai tangga bagai. sebabnya bunga cengkih ni ada kat hujung-hujung dahan. kat belah pucuk-pucuk atas. pffttt.

jadi, langkah-langkah nak memproses bunga cengkih :

1) bunga cengkih yang dah dipetik diratakan atas talam / loyang / dulang untuk dijemur.
2) satu peringatan, proses menjemur bunga cengkih mesti dilakukan sampai bunga cengkih tu betul-betul kering. barulah sesuai untuk disimpan.
3) kalau tak cukup kering, sila jemur semula. potensi bunga cengkih tu nak rosak / berkulat / busuk adalah tinggi. =)

Bunga dan buah cengkih yang baru dipetik

jemur bunga cengkih. yang dah kering dan yang baru

sedikit informasi dari pak wiki :

Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

semoga bermanfaat. =D

p/s : ade jugak pokok kulit kayu manis. nanti aku share pasal eh.

sekian. wassalam.

Sunday, April 10, 2011

dragon fruit - pitaya - buah naga

bunga pitaya
kepada sesape yang tak tahu, ni la bunga buah pitaya, atau ade orang panggil buah naga atau dalam bahasa ibundaku, dragon fruit. hehe.. saje je snap pagi tadi. nampak cam cun plak. kat tepi umah ni ade la tanam pokok die. subur tu tak sangat la, tapi dapat merasa la jugak buah die. siap kera-kera pon dapat. kalo da merah kat pokok tu, lambat amek, memang hilang r.

yang ni pulak buah muda die. tak lame lagi masak la tu.

kat atas pon ade bunga lagi satu.
pokok ni xde daun. kalo tengok, cam kaktus pon ade. agaknye memang suku sakat kaktus kot..

sekian, wassalam.

Wednesday, January 12, 2011

latest member : ayam sutera a.k.a silkie dan ayam bulu balik

wahhhh...minggu ni asek tambah koleksi je.hehe..aritu ayam hutan, pastu ayam api-api, la ni silkie ngan bulu balik plak.silkie ngan bulu balik ni dapat dari seorang akak ni di kuala pilah.harga?amat berpatutan..hehe..tapi aku kurang bernasib baek sebab silkie die telah diborong oleh orang laen.huhu..dapat la sekor je.jadi la..bulu balik pon sekor gak.dua-dua betina.(lau aku tak silap la..hehe) ni gambar diorang :

ayam bulu balik - cantik kan bulu die?

silkie @ ayam sutera - warna kelabu,kat kepak ade coklat2 sket.


tengahari tadi pegi dapatkan benih pokok malberi (mulberry) dan napier dari kak linda.tak tau la napier taiwan ke, india ke..aku layan je.hehe..kasi rendam dulu,bia tak kering.besok baru tanam.

napier dan mulberry

p/s: punya la sebok pegi tengok ayam,aku lupe yang mak aku suh beli ayam tok masak.keh3

sekian.wassalam.

Wednesday, January 5, 2011

nak bertani la pulak..

cuti tinggal dua minggu je lagi.23haribulan nanti da kena balik da..huhu..kejap je cuti.haih~...(tak elok mengeluh,ni saje je nak bagi dramatik sket..hehe)
petang tadi aku stat melambuk tanah kat sebelah reban ayam tu.tibe-tibe terasa nak bercucuk tanam la plak.keh3..plan dalam pale ingat nak tanam kacang botol, kacang bendi dan jagung.tiga baris batas cukup la.tanam sikit2 je.better than nothing an..hehe

batasku yang sekangkang kera

haaa..walaupon dalam gambar ni kawasan yang dilambuk tu nampak kecik je..tapi..hangpa try la buat..mencieh-cieh poluh dibuek eh..pancit woo..bese pegang pen ngan kalkulator je..hehe.petang tadi just lambuk dan gemburkan tanah je dulu.pagi sok baru nak buang sume akar2 lalang tu.bentukkan barisan batas.then boleh tanam.oh yeah~ XP

fuh~ setelah penat bekerja..air kelapa muda memang minuman yang terbaekkkkk.

kelapa matag - airnye manis!


mama kate,asal buat keje sket,minum air kelapa...hehe..lek la ma,banyak lagi kelapa atas tu.ni baru sepokok,pokok laen ade lagi..hehe..

kelapa matag - tunggu mase je aku nak abeskan.hehe


btw,kelapa yang aku amek ni adelah dari jenis kelapa matag.ni ade sikit info : (credit to brader shawn http://shawnagrofarm.wordpress.com/ )


MATAG adalah singkatan nama Kelapa Hibrid baru iaitu Kelapa Hibrid di antara Kelapa asal Malaysia dengan Kelapa asal Filipina (Tagnanan). Kelapa Malaysia (Malaysian Yellow Dwarf -MYD atau Malaysian Red Dwarf – MRD) merupakan kelapa rendah (Sumber Bunga Betina) di kacukan dengan debunga jantan Kelapa Tinggi Tagnanan (Berasal dari Filipina dan ditanam di Malaysia) . Proses pengeluaran benih Kelapa MATAG adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Untuk mengeluarkan sebiji benih kelapa MATAG perlukan kos, kesabaran, ilmu teknikal, sumber tulin debunga, sumber tulin induk MYD/MRD yang matang serta kepakaran pekerja pendebunga. Debunga jantan perlu di sembur setiap hari kepada mayang betina yang terbuka (Bunga betina terbuka berperingkat2) dari satu mayang dan kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya. Kalau tak berjaya boleh di bubuh debunga lagi berulangkali.
Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid. Pembajaan pokok perlu di buat mengikut jadual standard untuk mempastikan benih kelapa MATAG dapat dihasilkan dengan baik. Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.. Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian. Kelapa yang rosak, deform dan tak elok tidak diambil sebagai sumber benih. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar dan kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau Jadi MRD/MYD atau macam Tagnanan. Kajian di Muar mendapati purata untuk jadi benih MATAG F1 tulin 100% lingkungan 40 – 45 % sahaja.
Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg Gulang2 Batu Pahat yang di tanam pada tahun 2001 mendapati hasil setangkai sehingga 15 biji. Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG oleh Jabatan Pertanian.
Kelebihan kelapa matag:
  • berbuah lebat (15 biji setandan)
  • mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun.
  • mula berbuah dengan cepat seawal 3 tahun
  • isi tebal
  • sesuai untuk minuman dan dibuat santan

isinye tebal dan mantoppp
p/s : semangat melambuk tanah sebab badan da naek.cara nak men-tough-kan badan dengan bertani la konon..hehe

sekian.wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...