| anak muda cobalt masked lovebird |
Translator
Showing posts with label lovebird. Show all posts
Showing posts with label lovebird. Show all posts
Wednesday, November 14, 2012
Tuesday, October 9, 2012
good news
sebenarnya dekat rumah dah takde lovebird da. untuk sebab-sebab tertentu, semua dah tolak kat orang lain termasuklah si Mat dan Leya. walaupun diorang semua dah ada kat tangan orang lain, tapi aku update la ngan cerita diorang.
alhamdulillah si Mat dan Leya da mula bertelur balik kat rumah owner baru. syukur jugak si janda cream aku tu pun dah bertelur dengan lelaki baru, orang terengganu. kalau difikirkan, lama jugak dia ni menjanda. dekat setengah tahun jugak. hehe. ni gambar depa :
tak bermakna bila aku jual diorang ni maksudnya aku dah malas nak bela burung. semangat masih ada. tapi komitmen kurang. insyaAllah lepas graduasi nanti aku mula balik. :D
sekian. wassalam.
alhamdulillah si Mat dan Leya da mula bertelur balik kat rumah owner baru. syukur jugak si janda cream aku tu pun dah bertelur dengan lelaki baru, orang terengganu. kalau difikirkan, lama jugak dia ni menjanda. dekat setengah tahun jugak. hehe. ni gambar depa :
![]() |
| si janda bersama suami baru |
![]() |
| Mat n Leya kat tempat baru |
sekian. wassalam.
Tuesday, April 24, 2012
fuh kiri, fuh kanan
Leya dah pun mula bertelur. diharapkan menjadi lah ye. kalau takde aral, ada rezeki, dalam tengah bulan depan menetas lah telur die ni.
dua tiga hari ni, Leya garang tak hengat. aku tambah makanan pon kena gigit. aku rasa Si Matt pon takut duk ngan Leya ni. nak keluar je keje eh. ni ada video si Matt, tak senang duduk langsung.
doakan ye, insyaAllah menetas. =D
sekian, wassalam.
![]() |
| satu biji baru. |
![]() |
| Leya yang sedang mengeram |
doakan ye, insyaAllah menetas. =D
sekian, wassalam.
Friday, April 13, 2012
bersosial bersama
kat rumah aku tu, ada ayam dan ada burung. tapi boleh dikatakan yang diorang ni tak pun bergaul antara satu sama lain.sebabnya sekor duduk kat reban dan lagi sekor duduk kat sangkar. ape jadi kalau kita perkenalkan dua spesis yang berbeza?
ni lah hasil eksperimen :
kesimpulannya, perkenalan yang singkat susah nak mengatup hubungan yang erat. rasanya, kalau depa dua ni dari kecik sesame, okeh je kot. kan?
sekian. wassalam.
ni lah hasil eksperimen :
1) letak Matt kat atas ayam ni. reaksi die bersahaja. macam takde pape. owh, untuk pengetahuan, ayam yang ni jinak.
![]() |
| Matt cuba bermesra |
![]() |
| jenjalan atas badan ayam ni |
2) bila da nampak ayam ni macam relax je, Matt pun dah selesa, saja nak try letak diorang kat bawah.
![]() |
| turunkan pelan-pelan |
3) jejak je kaki kat bawah, terus si ayam ni mencanak lari. haha.. selagi Matt ada situ, die taknak datang dekat.
![]() |
| cabuuutttt |
sekian. wassalam.
Wednesday, April 11, 2012
kilija.. oi.. kilija
berehat kejap..
tarik nafas sikit..
tarik nafas sikit..
minum nescafe ais..
cuti kan harini?mungkin harini korang sedang bersenang lenang kat rumah sempena cuti pertabalan YDP Agung kite yang terbaru. tapi aku kerja harini dan aku baru setelkan shackels untuk equipments yang akan keluar ke Indonesia 20hb ni. kalau bahasa negeri sembilan kata, 'mencieh-cieh poloh'.. haha.
jadi, dalam kesempatan rehat, update simple-simple;
untuk informasi korang, Matt telahpun menjumpai Leya, kekasih hatinya :
![]() |
| Matt & Leya : Happy Lovebirds |
dan oleh kerana itu, aku pon memodifikasi nestbox yang dulu diguna oleh pair lama. nestbox ni da rosak da dulu. habis atapnya dan dinding eh digigit dek LB. inilah hasilnya, asal boleh. hehe.. :
![]() |
| Nestbox baru modified. Guna kayu laci je. |
![]() |
| Pintu nestbox di atas |
dan ini plak gambar setinggan Matt dan Leya, yang ada nestbox tu le diorang nye cage.
![]() |
| Lovebird Sting Garden |
yang bahagian bawah tu adalah cage jandaku. haih, sian die sorang-sorang. =( insyaAllah akan diusahakan untuk carikan die teman. =D
![]() |
| Red Head Creamino. Maen taram je warnanya. hehe |
sekian. wassalam.
Saturday, January 28, 2012
Jalan-jalan bersama si Mat
aritu ada kesempatan balik hujung minggu, pergi la ke kampung mengutip buah-buah. bawak la si Mat ni sekali. banyak cerita pon tak guna, layan gambar je la ye. =D
***
wahhhhhhhhhhhh..
lame gile tak mengemas kini laman sesawang blogspot aku ni. hehe.. almaklumlah, sibuk memanjang. awal Dec lepas dihantar outstation ke kemaman, sebulan lebih kat sana, kena hantar plak ke Labuan. mungkin syok bunyinye sebab banyak travel tapiii, penat seyh badan.. haha.
sekian je lah ye, tak tau la bila dapat update lagi blog ni. hehe.
sekian. wassalam.
![]() |
| nak gerak pergi, duduk dalam kotak je. |
![]() |
| landing kat pokok rambutan |
![]() |
| panjat ranting plak |
![]() |
| lepak-lepak atas tunggul |
![]() |
| tinggi lagi panjat |
![]() |
| suka lettew dapat panjat2 |
![]() |
| ini buah manggis tuk sesapa yang x kenal. |
![]() |
| ini otw balik |
***
wahhhhhhhhhhhh..
lame gile tak mengemas kini laman sesawang blogspot aku ni. hehe.. almaklumlah, sibuk memanjang. awal Dec lepas dihantar outstation ke kemaman, sebulan lebih kat sana, kena hantar plak ke Labuan. mungkin syok bunyinye sebab banyak travel tapiii, penat seyh badan.. haha.
sekian je lah ye, tak tau la bila dapat update lagi blog ni. hehe.
sekian. wassalam.
Wednesday, November 23, 2011
penuh pengharapan
![]() |
| lovebird dalam nestbox |
kalau ikutkan, jumaat ni genaplah 3 minggu semenjak telur lovebird yang pertama keluar. sekarang dah ada 4 biji. menurut kata otai-otai, tempoh mengeram si lovebird ni adalah 21 hari.. harap-harapnya semua menetaslah.
sekian. wassalam.
Tuesday, November 8, 2011
scandal berhasil
dulu aku ade cite pasal hubungan sulit burung cinta (lovebird) aku (rujuk SINI).. aku jangka cepat lah dapat hasil die. lama da ku tunggu hasil affair diorang ni, tapi asyik kehampaan je. tapi kan.. kalau kan.. dah rezeki kan.. tak ke mana, balik-balik je dari kemaman sabtu lepas. saje je la intai dalam nestbox.. tup-tup, da ade sebijik.. hehe.. alhamdulillah.
sekarang dah ada dua biji. XD
dan ini pasangan die. bingo / bongo. mane satu aku pon tak tahu.
semoga bertambah lagi telur die ni, dan menetas semuanya. =D
p/s : ade berita sedih sebenarnya.. bingo / bongo mati.. punca kematian tak diketahui. aku dapat berita ni pun masa aku ada kat kemaman.. sedih.
sekian. wassalam.
sekarang dah ada dua biji. XD
![]() |
| alhamdulillah.. hasil bersekedudukan yang halal.. =P |
dan ini pasangan die. bingo / bongo. mane satu aku pon tak tahu.
![]() |
| skandal hot |
semoga bertambah lagi telur die ni, dan menetas semuanya. =D
p/s : ade berita sedih sebenarnya.. bingo / bongo mati.. punca kematian tak diketahui. aku dapat berita ni pun masa aku ada kat kemaman.. sedih.
sekian. wassalam.
Saturday, October 8, 2011
update
wah.. lama gak rasanya tak update.. meh aku bagi sekepuk :
arnab
dua ekor arnab betina aku beranak lagi. yang induk local lahirkan dua ekor, yang netherland dwarf mix lahirkan 5 ekor.. sepatutnya aku gembira lah kan? gembira tu memang gembira tapi tak lama. sebab semua anak-anak arnab ni mati dah pon. mak depa tak nak bagi susu.
kelahiran lama rujuk SINI , SINI dan SINI
yang kelahiran pertama haritu pon same gak.. tensen aku. jumlah anak yang dah terkorban setakat ni :
ayam selasih sutera / silkie / ayam kapas
anak selasih sutera dah menetas. yang mula-mula menetas adalah silkie warna hitam. dijangkakan ramai yang menyusul lepas ni.. hehe.. nampaknya cara kurungan haritu (rujuk SINI ) menjadi sangat..
pengeluaran telur silkie tak konsisten.. dalam "control group" aku ada betina 4 ekor, target setiap hari sekurang-kurangnya ada sebiji telur. tapi selang sehari ada la sebiji.. kadang-kadang dua tiga hari. takut yang diorang ni makan je telur tu. tak sempat nak ambil.
lovebird
okeh, diorang ni aku nampak dah panjat-panjat dah hari tu (rujuk SINI). tapi dah masuk dua minggu takde ape-ape hasil pon.. takpe-takpe.. sabar..

- local : 6 + 2 = 8 ekor
- netherland dwarf mix : 3 + 4 + 5 = 12 ekor
![]() |
| arnab |
![]() |
| anak arnab |
![]() |
| anak arnab |
![]() |
| arnab betina |
![]() |
| anak arnab |
ayam selasih sutera / silkie / ayam kapas
anak selasih sutera dah menetas. yang mula-mula menetas adalah silkie warna hitam. dijangkakan ramai yang menyusul lepas ni.. hehe.. nampaknya cara kurungan haritu (rujuk SINI ) menjadi sangat..
![]() |
| ayam selasih sutera, ayam bulu balik |
![]() |
| ayam selasih sutera, ayam bulu balik |
pengeluaran telur silkie tak konsisten.. dalam "control group" aku ada betina 4 ekor, target setiap hari sekurang-kurangnya ada sebiji telur. tapi selang sehari ada la sebiji.. kadang-kadang dua tiga hari. takut yang diorang ni makan je telur tu. tak sempat nak ambil.
lovebird
![]() |
| lovebirds |
![]() |
| lovebirds |
![]() |
| lovebirds |
okeh, diorang ni aku nampak dah panjat-panjat dah hari tu (rujuk SINI). tapi dah masuk dua minggu takde ape-ape hasil pon.. takpe-takpe.. sabar..
sekian. wassalam.
Friday, September 30, 2011
nama saya Mat
assalamualaikum dan selamat sejahtera.
saya nak memperkenalkan diri saya. nama saya Mat.
saya nak bercerita kepada anda semua. saya mempunyai hobi.
hobi saya menggigit apa saje yang boleh digigit.
buku ke..
cello tape ke..
itulah sedikit pengenalan dari saya.
salam perkenalan dari saya, Mat! =D
sekian wassalam.
saya nak memperkenalkan diri saya. nama saya Mat.
| sayalah Mat |
| sila dengar cerita saya.. =P |
buku ke..
| saya sedang menggigit buku |
cello tape ke..
| gigit sampai tanggal |
| semua faham kan? ada soalan? |
salam perkenalan dari saya, Mat! =D
sekian wassalam.
Monday, September 19, 2011
hikhikhik
masyaAllah, pagi-pagi dah nampak benda tak elok.. hehe..
pasangan ini baru sahaja melakukan "sesuatu". si pakwe (masked hijau) didapati memanjat si makwe (whitefaced kuning) dan mereka melakukannya tanpa rasa silu dan segan.. harapnya cepat-cepat la bertelur ea. =D
alkisah aku mencampurkan dua pair dalam satu cage. sebelum ni ada pair kuning je (insyaAllah confirm jantan betina). sepanjang membela depa dua ni, tak pernah pulak nampaknya depa panjat memanjat. bila da masuk pair masked (tak tahu jantan betina, tapi da nampak sekor dari diorang memanjat, so confirm la sekor jantan) ni baru la nampak aktiviti yang ditunggu-tunggu.. hehe.. kalau nak ikutkan, si masked ni muda lagi. baru nak masuk 6 bulan.
ape-ape pun, aku menunggu dengan tekun dan sabar. hehe..
sekian. wassalam.
![]() |
| pasangan yang ditangkap khalwat |

Wednesday, August 31, 2011
Saturday, August 27, 2011
status terkini
![]() |
| Mat si lovebird - bertenggek di ampaian baju. |
satu lagi, aku jangkakan yang si Mat dah tak berkeupaayan untuk terbang dah. yelah, kepaknye dah longlai waktu mula-mula lepas kena kipas aritu. tapi rupanya jangkaan aku salah. arini si Mat ni buat satu penerbangan jarak dekat waktu aku tengah sidai baju. itu sesuatu yang di luar jangkaan. dan aku rasa, bila kepak die dah betul-betul sembuh nanti, die mampu untuk terbang macam biasa. cuma kurang mantap berbanding burung normal yang lain. takpela, janji dia masih boleh terbang. XD
pesanan penaja :
"apabila anak handfeed anda dah boleh terbang, potong sikit kepak die, supaya die tak boleh terbang bebas. dan, kalau tak mahu potong, pastikan kawasan persekitaran selamat. contohnya, pastikan kipas dimatikan suisnya."
cara untuk potong kepak - wing clipping
![]() |
| versi pertama |
**untuk versi yang pertama ni, burung akan hilang terus keupayaan untuk terbang. ni sesuai dipraktikkan tuk menjinakkan parrot yang liar.
![]() |
| versi kedua |
**versi kedua ni, burung masih mampu terbang. tapi, taklah seefisyen yang normal.
akhir kata, buat bacaan dulu. study elok-elok sebelum anda potong kepak burung. jangan tersalah potong suda. boleh luka -> jangkitan kuman -> kiok. kalau tak kena jangkitan kuman pon, bila da luka, sakit la burung tu kan?jadi, berhati-hati. nak selamat, bawak potong kat vet. =)
sekian. wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)