Translator

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Serval Kitten For Sale

Ni aku nak promosi satu benda lagi. Oleh kerana menarik sangat, aku takleh tahan tuk kongsi kat sini. hehe..

anak kucing serval , harga rm35000. yes. 35K. murah kan? ini gambar induknye. kucing ini berasal dari benua africa,  import dari luar, macam harimau bintang :


Adult Serval Cat

quoted from Pasar Burung Malaysia LINK :

Yang Berminat dengan Baby Serval Cat..umur 4 week..Harga RM35,000 + Lesen + Penghantaran....Skrg Baby masih menyusu 5 kali sehari....berminat boleh Call or PM...0195445135
serval kitten

So macam mana? ada minat? kalau jadi beli penghantaran percuma. lesen pon ada. tinggal bayar je. masyaAllah, cantik memang cantik. tapiii, harganya leh angkat ER-6 sebijik. siapa yang berminat leh la contact no yang tertera di atas. rasanya orang terlebih kaya, ataupun zoo je yang akan beli ni. aku? hihi.. tak dapek jep.

sekian. wassalam.

Tuesday, January 10, 2012

meh belajar dari kucing

meh layan ape kucing tu nak nasihat. hehe..
sumber : jangan klik, nanti ketagih.


Wednesday, September 28, 2011

kitten for adoption

kat umah ni ada anak kucing yang baru kematian mak die. punca kematian ibu kucing ni tak diketahui, tau-tau da nampak terbaring, dihurung semut kat belakang pokok serai. padahal semalam elok je time bagi makan.

kucing ni sebenarnya kucing datang, tak tahu asal mane, mungkin orang buang dan die melepak dan sempat beranak kat umah aku. ade anak die dua ekor dan masih menyusu. bagi makanan kucing pon die takmau makan. jadi menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk meng-adopt anak kucing ni bolehlah roger ea. seeloknya segera.

ni gambar sikit :


sekian. wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

si kucing marble

saje nak kongsi gambar kucing marble aku.. hehe.. marble la sangat. mak dia warna hitam tompok oren, bapak dia warna oren. tiba-tiba dia keluar camni. haha.. layan je la. cun jugak. tapi kucing ni kurus sikit..





kalau la kucing ni ada stripe yang lagi jelas macam "marble bengal" atau pun "american shorthair".. fuh.. mesti cun melecun. untuk perbandingan :

marble bengal : (dari Roman Bengals)

marble bengal

american shorthair :  (dari Simply Cat Breeds )

american shorthair

subhanAllah~ cantik kan?? =D

sekian. wassalam.

Wednesday, August 3, 2011

pulang ke kampung halaman

aku sampai rumah pukul 4 lebih tadi. bertolak lebih kurang pukul 11pagi. boleh tahan lama gak aku drive. kalau bawak Enzo mungkin masa tu dapat dikurangkan setengah.. keh3..

antara benda pertama yang aku usha adalah anak kucing aku. si seekor yang stripe pelik dari yang lain. aku ingat da cergas dah, rupenye masih belom keluar dari tayar tu. sekadar meninjau keluar sikit je. umur dia dah dekat sebulan rasanya. gambar :

anak kucen

kemas-kemas sikit, pastu kasi si Mat makan. tapi gambar ni dah lepas sejam lebih pastu kot :

Mat si lovebird

petang tadi aku usha reban arnab gak. oleh kerana "guli-guli asli" depa da banyak. terpaksa la aku kaut, longgokkan kat belakang. dekat ngan rumpun napier, senang nak baja. aku dok perhati dua ekor jantan remaja yang ada. umur dalam 6-7 bulan. macam masyuk kalau direndangkan.. hehe.. tengok lah besok.

p/s : aku ada 11 ekor ayam mutiara dewasa(warna biasa). umur atas 8 bulan ke 1 tahun. dah bertelur, dah jual pon anak-anak die. ingat nak letgo semua. nak tinggalkan yang lavender sahaja. kalau ada yang berminat, roger 013-222 0218. tak rushing pon. pas raya pon boleh. tapi kalo nak cepat, sebelum sabtu ni, sebab ahad nak balik perak.=)

sekian. wassalam.

Monday, July 11, 2011

kucing baru

mak kucing aku beranak suda.. aku tak perasan pulak bile tapi rasa dah dekat seminggu la.. beranak dalam tayar lama. banyak-banyak tempat, situ dipilihnya..

camera henpon..

dalam 4 ekor ni, ada seekor yang menarik perhatian aku. corak dia lain sikit. cam marble sikit.



pelik corak yang seekor ni. tak ikut mak, tak ikut bapak. anak sapa tah.. hehe..

sekian. wassalam.

Sunday, June 19, 2011

bomba dan kucing

kucing masuk bilik, budak-budak halau. tapi kucing sepatutnya meluru ke luar pintu, melompat pulak ikut tingkap. terperangkap la dia kat dinding luar bilik.

kucing ada kat anak panah tu



pendekkan cerita, dengan pak guard dan mak guard yang kecoh, serta budak-budak ni tak reti nak selamatkan kucing tu, diorang panggil bomba datang.

satu kete bomba datang, macam nak padam kebakaran

walaupun nampak veteran, gagah lagi pakcik ni

pak guard kat belakang tu da pancit da
aku tak tengok kesudahan dia macam mana, leka melayan house m.d. hehe.. tapi menurut housemate aku, uncle bomba tu cuma guna tali, cerut pada perut kucing, dan angkat dia masuk bilik. mudah sungguh. sian pepakcik bomba tu datang buat benda yang orang kat sini pon boleh buat.


apa pun, terima kasih kepada bomba dan penyelamat malaysia kerana telah menyelamatkan seekor kucing. =)

sekian. wassalam

Friday, October 22, 2010

sekitar reban, ayam dan kucing..

post yang ni saje je nak kongsi camne rupenye kawasan penternakan ayam aku ni..hehe..

ayam-ayam ni semua dilepas bebas dalam satu kawasan yang berpagar.kalo perasan,material yang digunakan sebagai pagarnye adalah jaring hitam orkid.biase orang buat atap umah orkid,ak bantai pi wat pagar kawasan reban ayam..hehe..jangan x tau,jaring kukuh buatannye.tahan lame la.yang aku pakai ni,75% telus cahaya.tu yang die tulis r.aku layan je.hehe.

setelah dikire tadi,jumlah ayam yang ade dalam kawasan reban ni adalah 31 ekor.terdiri daripada ayam kampung,ayam kampung kacuk, ayam siam, ayam api-api a.k.a ayam mutiara, ayam belanda, ayam serama dan juge silkie kacuk ngan ayam kampung.
ni pecahan die:
  • ayam kampung = 6 ekor
  • ayam siam = 1 ekor
  • ayam belanda = 4 ekor
  • ayam api-api (mutiara) = 6 ekor
  • ayam silkie kacuk kampung = 5 ekor
  • ayam kampung kacuk = 2 ekor
  • ayam serama = 7 ekor
x banyak pon..dapat plak kawasan reban ni besar..lagi la nampak sikit.aku memang bercadang nak menambah koleksi. insyaAllah, jikalau poket membenarkan, nak tambah ayam belanda ngan ayam api-api a.k.a ayam mutiara.sebab ayam2 ni x ramai yang bela.so, cam best la lau kite ade sesuatu yang berbeza..hehe..

dan..ayam yang ade kat umah ni bukan hanye yang ade kat dalam kawasan reban ni je,kat luar reban pon ade..ayam serama ngan ayam siam jiran.serama ade la dalam 10 ekor kot..ak pon x sure..dan ayam siam jiran ni..da beranak pinak kat umah ak ni.mule2 yang datang betina.betelur,jadi 3 ekor.pastu die betlur lagi,jadi lagi 2 ekor.so da 6 ekor la diorang ni.cam da jadi ayam aku plak..bile ayah aku tanya kat orang kampung,x de plak yang ngaku sape nye ayam..bia je la.asal x kaco aku suda.hehe..


bakar daun2 kering




















aku pon x paham nape kayu+ranting ni dilonggok kat sini..















tibe2 ade plak gambar kucing kat sini..hehe..ini la antara kucing yang ada kat umah aku..ntah mane tah datang.branak pinak da diorg ni.so,total kucing yang ade, 7 ekor.adik2 aku suke maen ngan kucing ni..lau sebut je 'meoww',bedesup diorang datang.aku pon cam suke gak maen kucing ni, cumenye x bekenan ngan ibu kucing ni.die bukan asal dari umah ni, so die cam liar sket. penah die nak makan anak ayam aku, seb bek ayah sempat ketuk kucing tu, selamat sekor.





sekian saje tuk kali ni..hehe..
till next time~
salam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...