Translator

Showing posts with label reban. Show all posts
Showing posts with label reban. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

apa yang tinggal

untuk pengetahuan sekalian, aku dah pun menjalankan aktiviti penghapusan etnik kat reban aku. dah lama jugak la sebenarnya cuma aku yang taknak update kat sini. sibuk la katakan. aku terasa sejak aku mula praktikal (oct 2011 - may 2012) aku dah tak berapa nak ada masa untuk ayam memandangkan jarang-jarang aku balik.  jadinya, depa pun agak kurang kasih dan sayang daripada aku. hehe.

sekarang yang ada cuma silkie (ayam selasih sutera) betina dua ekor, seekor pejantan bulu balik, dan berberapa ekor ayam kampung.

ayam selasih sutera + ayam bulu balik
tapi taklah bermakna aku dah pencen dalam bidang per-ayam-an ni. sekarang reban aku berada dalam fasa berehat. masa yang ada ni cadangannya nak baiki mana yang rosak dan sedia untuk kemasukan baru. nanti dah graduasi (insyaAllah jan 2013) kita bergasak balik ye. hahaha

sekian. wassalam.

Tuesday, March 27, 2012

lanscaping coop's area

fuhhh fuhh fuhhhhh!!!

puas da meniup habuk-habuk kat blog ni.. haha..

ok, sekarang nak cerita sikit-sikit je. banyak da berlaku sepanjang aku praktikal ni, tapi tak terasa nak menulis lagi. tunggu lah habis lawatan kedua dari pensyarah UTP dulu. baru tenang hatiku nak update. =D

merujuk kepada tajuk entry ni, satu kerja-kerja penaiktarafan lanskap reban telah dijalankan. alkisah sebenarnye rumah aku buat pengubahsuaian. makanya, tempat letak kereta pon dah beralih ke tempat lain. kebetulan jalan nak masuk ke tempat letak kereta ni dihalang dek pokok-pokok bunga. jadi.. reban la jadi mangsa.

layan gambar :

Bunga Siantan

Bunga Puding

Ayam mutiara melantak daun bunga siantan

Bersepah-sepah je tanam. hehe.
anyway, 27 mac baru nak update tuk bulan ni. =D

sekian. wassalam.

Monday, November 21, 2011

usha reban



ni permandangan biasa. siapa-siapa yang bela ayam, memang inilah rutin die. tabur je jagung, berpusu-pusu la depa datang mai. hehe.. saje-saje nak share gambar. =)

sekian. wassalam.

Thursday, September 15, 2011

projek pemuliharaan dan pemeliharaan

wah.. bulan ni kurang update blog. bukan dah malas, tapi sebenarnya aku baru habis final. lepas ni pon mungkin akan kurang update gak sebab aku dah mula latihan industri (internship). jadi, update ape yang ada dulu ea.

sangkar lama, dah berkarat. dalam proses mengecat semula.

sangkar - boleh nampak beza bahagian bercat dan tidak

yang siap di cat - lantai dan tutup atas
cat semula dengan warna putih menggunakan berus. kalau guna spray, dua tiga botol tak tentu siap. sebabnya sangkar ni banyak ruang antara dawai-dawai die. kalau guna berus, boleh sapu secara terus ke setiap dawai secara individual.

nak cat semula tak susah mana pon, cuma yang lecehnya bila nak bersihkan sangkar ni sebelum kerja-kerja mengecat dilakukan. nak kena basuh, kikis karat-karat yang ada, bahagian yang bengkok nak kena luruskan balik dan sebagainya. tapi kalau dah siap, puas hati! hehe =)

p/s : nanti dah siap aku update! =D

sekian. wassalam.

Sunday, April 17, 2011

reban baru depa

haa... setelah proses pembersihan dan pemindahan selesai.. silkie putih aku letakkan kat sangkar besaiz 4"x3" dan yang hitam aku letak kat sebelah die, bersaiz 3"x3". ni pandangan depan reban tu :


total ade tiga bahagian. 10" panjang, 3" lebar. si silkie tu dok kat sangkar yang kiri dan tengah.

ayam selasih sutera putih :

white silkie

selasih sutera putih

pakat tunjuk belakang





ayam selasih sutera hitam : 

black silkies

ayam selasih sutera hitam







antara dua sangkar ni, dinding die dah berlubang sebenarnya.. angkara arnab dulu. jadi diorang ni bebas la nak jalan ke sangkar sebelah. tapi aku rase yang hitam je boleh wat camtu sebab lubang tu takde la besar mane.. ade 4 ekor lagi anak silkie dalam rumah. rasenye tak perlu letak kat reban sebab sejuk. tunggu depa besar sikit. =)

sekian. wassalam

Sunday, April 10, 2011

kais pagi, makan pagi

tajuk entry yang dah tak relevan lagi sekarang nih. mane taknye, pagi-pagi dok bagi makan.. ni la suasana pagi-pagi. kat reban ni yang bising ayam api-api je. ntah ape benda terjerit-jerit "kekk keeekkk eekk".. ntah la, aku pon tak reti eja bunyi die camne..hehe..




gambar ni amek dari pintu reban pagi tadi.. saje maleh nak masuk. hehe..


sekian. wassalam.

Monday, March 28, 2011

mari buat sangkar express~!

al-kerana kesiankan silkie-silkie ku dok seminggu dalam kotak maggi, hari ni aku upgrade umah diorang... haa.. pakai wire mesh.alaa... jaring dawai tu. wat ala kadar jek. ala kadar pon, amek dua jam gak la nak siap. hehe.. ni spesifikasi sangkar ni :

- ukuran : 1.5" x 1.5" x 1.5".
- cantum guna 'cable tie'.

kos tuk sangkar yang simple nih :

- wire mesh (jaring dawai) : 2meter x rm5.50 = rm11.00
- cable tie : 1bungkus x rm2.00 = rm2.00
- jumlah : rm13.00

bahan laen seperti gunting atau playar tuk potong jaring dawai dah sedia ada. kalo anda takde, sile la beli.pinjam jiran pon bollleehh.. hehe..

cara wat sangkar ni leh diapply penggunaan die untuk macam-macam, nak guna bela burung ke, ayam ke, arnab pon boleh. cuma nak kena guna jaring dawai yang betul la. maksud yang betul tu, ketebalan jaring dawai yang digunapakai. takkan nak guna tuk arnab, pakai jaring dawai yang halus kan? meh usha proses pembuatan sangkar nih :

dipotong dan dibentuk

menggunakan gunting besi

buang lebihan-lebihan yang tajam

sambung dengan 'cable tie'

bahagian lantai ditinggikan - supaya ade ruang najis jatuh

jarak ikat dengan 'cable tie' bia sepadan  - biar kuat

silkie - ayam selasih sutera - kat sangkar baru

melawat kawasan

ada tingkat dua tu.. jangan maen2.

makan je keja hangpa.

dalam kotak merah - kunci buatan sendiri

dok makan saja~

guna plastik beras sebagai alas - mudah dicuci,boleh guna semula

'cable tie' sebagai 'hinge' untuk pintu

sukanya depa duk dalam umah baru

mentol masih diletak, in case diorang sejuk - almaklum,bulu tak penuh lagi


leh la kalau nak tambah ranting-ranting tempat bertenggek pon okeh.style sket~hehe.. jadi, senang kan? hehe.. leh la wat jadi sangkar express. nak wat jadi sangkar permanent terus pon boleh. ikut la selera dan citarasa masing-masing. =)

sekian. wassalam.

Sunday, February 20, 2011

reban buluh

ni die gambar reban buluh.tapi taklah sepenuhnya buluh.rangka guna kayu second.cuma dinding2 semua gunakan buluh..aritu belom siap lagi.la ni da sudah da.dah berisi da pon.hehe..from my humble point of view..leh tahan gak rupe die..keh3.ukuran keseluruhan ialah 10"x3"x3"..dibahagikan kepada tiga ruang,satu 4"x3" dan yang lagi dua 3"x3".

reban buluh

p/s : ade plan nak tambah reban lagi.sebab kayu banyak extra lagi.mungkin nak wat satu lagi yang macam ni.sesaje ready tuk akan datang. =)

sekian.wassalam.

Saturday, February 5, 2011

reban lagi!

asal cuti je wat reban.asal wat reban je cuti..hehe..arini stat wat satu lagi reban.panjang 10kaki dan lebar 3 kaki.wat 3 bahagian,satu 4 kaki lebar dan dua 3 kaki lebar.yang speselnye,dinding kali ni gunakan buluh.wat kelainan sikit,asek pakai wire mesh je.

tapi pakai buluh ni,penat sikit la.paling mencabar nak tebang buluh.bile da tebang,cabang die sangkut ngan buluh-buluh laen.nak tarik die kua tu,fuuhhh..bukan senang.seb baek buat bertiga.lepas la nak tarik.bile da tebang,kena la potong ikut ukuran yang dikehendaki.

buluh yang dipotong - 5kaki setiap satu

 pastu belah buluh,dapatkan kepingan-kepingan.wat cam papan la lebih kurang.

sebatang buluh leh belah 6,8 ikut saiz r

kepingan-kepingan tadi,paku je kat frame reban yang da dibuat.ikut la,lau nak wat dinding,paku kat dinding die.lau nak wat lantai,paku kat lantai.

pakukan kepingan buluh jadi dinding.cun kan?hehe

sebagai reinforcement,paku lagi sekeping buluh atas buluh-buluh yang dah dipaku sebelumnya.tambah je lagi paku biar tegap.tengok gambar,klik untuk besarkan.

ni belah kiri

yang ni kat sebelah kanan

setakat petang tadi,dinding belakang setel.reban aku tak siap lagi..sok maybe sambung wat.tapi aku tak join la sebab nak gerak balik pagi sok.selamat la sape2 yang bertuah..hehe.

p/s : mari vaksin ayam besok pagi.pas subuh mai r datang tolong.=)

sekian.wassalam.

Friday, January 21, 2011

siap lagi satu reban

alhamdulillah..petang tadi siap pon reban asuhan.wat sorang-sorang je.pembantu tak bertauliah tido plak.ish2..

reban ni simple design die.design caca marba je.ketuk-ketuk asal siap suda..hehe...lau tengok gambar kat bawah,takde atap kan?ni sebab reban ni diletak bawah garaj kereta je.so da save bajet tuk letak bumbung.lagipon,kebanyakan bahan yang diguna adalah kayu2 yang lame.asal boleh pakai,jalan..tuk anak ayam je pon.

secara general,ade tiga partition.setiap satu bahagian berukuran 2x2x2(kaki).kecik?xdela..boleh tahan gak lapang.aku rase,setakat 30 ekor anak ayam kampung yang umur sebulan boleh je muat.

material kebanyakan diambil dari almari lame.ceraikan satu-satu.then guna tuk jadi dinding dan sebagainya.leh usha gambar :
dinding panjang yang warna putih tu pintu almari..hehe

kat belakang tu gambar 'kuda' aku..hehe
alamak..lupe plak nak snap gambar yang da siap..nanti la upload.

so sekarang ade 3 petak kosong..aku da plan nak letak puyuh satu petak.takyah banyak..dalam 10 ke 15 ekor.saje-saje wat maen..then satu petak lagi letak arnab sepasang..hehe..another partition will be filled by my chickies.mesti meriah.ye la,macam macam ada~ hehe..

okeh..lau takde halangan dari mem besar,maybe esok aku akan usha benih puyuh kat petshop. =)

sekian.adios~
wassalam.

Saturday, January 15, 2011

pasir pasiaq

lately tiap tiap hari hujan.kat kawasan reban tu kejap2 air bertakung.owh..tak boleh tahan.da tambah satu kerja nak basuh lumpur2 kat selipar plak.so,sebagai penyelesaian,harini bersama-sama adik aku pegi amek pasir kat tepi sungai kampung aku.selain dari menutup kawasan yang lecah,boleh gak ayam wat kais2.

jadi,berbekalkan dua buah penyodok,ni la hasilnye.. :-

aktiviti mencuri pasir..hehe
nampak cam sikit kan?tapi banyak gak la dapat.aku keluarkan seat belakang.seat tengah aku lipat.pastu aku bentangkan kanvas khemah bapak aku..bijak2..hehe.so,berbekalkan pasir ni,dapat la cover bahagian2 yang berlekuk.harapnye pasni takde la lecah sangat. =)

sekian.wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...