Translator

Showing posts with label selingan. Show all posts
Showing posts with label selingan. Show all posts

Thursday, June 4, 2015

Hahaha

Sedar tak sedar, bertahun jugak blog ni terabai. Sangat terkesan bila mula-mula latihan industri (internship) dulu. Bila dah kerja sepenuh masa. Terus leburrr.

Nak kena bertapak semula. Dah masuk 2tahun bekerja, masih tak stabil lagi. Hidup nomad. Pindah sana sini. Masa bekerja dan masa untuk diri sendiri sangat tak seimbang. Bayangkan dalam dua tahun ni, 4 kali tukar kerja. Haha. Kerja pertama, sebulan setengah. Kerja kedua, tiga bulan. Kerja ketiga lama sikit, setahun tujuh bulan dan yang terbaru, bakal mulakan kerja keempat minggu depan.

InsyaAllah semakin menuju kehidupan yang lebih stabil. Perancangan hidup dah disusun. Kalau takde aral melintang, akan duduk rumah sendiri dalam hujung tahun ni. Dah ada rumah, takkan nak duduk sorang kan? Kena la ada teman. Haha.

Nak mula balik. Nak silver sebright. Dapat trio cantik sangat dah. Bela je satu ni sampai melimpah ruah jatuh ke ladang gandum. Hehe.

Sangat banyak nak buat. Geram je tengok orang lain menjadi jadi ternakan dia. Ikutkan hati, nak tukar je profession jadi penternak. Hahaha. Kan banyak skim bantuan petani, skim latihan penternak dari kerajaan. Cuma hati tak cukup kering nak memperjudikan nasib bila bertukar bidang. Kerja je la lagi makan gaji.

Ilmu ayam ada sikit, ilmu arnab ada sikit, ilmu burung ada sikit. Bila pandang balik ke masa dulu, tak sangka jugak banyak selok belok peliharaan ni yang tak tahu lagi. Cerita bab ayam misalnya, dari tak pernah bela ayam, sampai ke menjual ayam. Sama jugak arnab. Banyak cuba jaya.

Ada untung, ada rugi. Tapi hati puas.

Takpelah. Tunggu je la nanti.

Wassalam.

Tuesday, November 20, 2012

converse kuantan

ini sepatutnya entry waktu aku praktikal dulu. haha. lama sungguh jadi draft. alkisahnya meneman kawan berjalan ke East Coast Mall, ECM. waktu ni, tengah station kat kemaman. dah kuantan antara tempat yang terdekat dan menarik, pergi berjalan sini la gamaknya.

kawan nak pergi butik converse, nak beli kasut katanya. last-last apa pun tak beli. aku bab-bab camni memang fail sikit. tapi, bila sampai kat butik tu, cam menarik la pulak. sebab kasut-kasut warna warni ni semacam menarik perhatian. setakat suka je la. tak sampai tahap beli. lagipun ni bukan gaya aku. aku tahap safety boot je la. hahaha. oh btw, gambar kat bawah ni kasut perempuan.

                                                                             deretan kasut di butik converse

kuantan tempat yang menarik. tak sangka pulak kuantan ni besar. lama sungguh dah tak sampai sini. dan sempat la jumpa ex DQ time berjalan sini. kebetulan pulak diorang ada berdekatan.

*rindu pulak nak praktikal balik. haha.

sekian. wassalam.

Sunday, November 4, 2012

bekalan sokongan

dutch lady low fat high calcium milk / susu rendah lemak kalsium tinggi dutch lady
ahad yang bosan. kerja banyak pun, terasa macam takde kerja. pergi tesco, pusing-pusing secukup rasa, akhirnya beli 5 kotak susu. kadang-kadang rasa pelik dengan selera diri sendiri. yang pasti, paling awal lagi 3 minggu baru beli susu lain.

* garu-garu kepala tengok susu banyak-banyak ni. hahaha.

sekian. wassalam.

Sunday, October 28, 2012

nak lawan congkak? silap orang lah beb..

hahahahaha.. aku kalau teringat balik pasal main congkak ni, memang terasa nak gelak je. terbayang muka adik-adik aku 'struggle' nak menang ngan abang diorang. ah, memang takkan la. sebab abang ada 'magic hand'. hahaha.

ni gambar kat bawah, baru dua round, dah habis rumah terbakar. tinggal satu je.
congkak - permainan tradisional

boleh tahan kejam aku nih. tapi, kalau main betul-betul jujur, entah boleh menang ke entah tak. hehe..

sekian. wassalam.

Sunday, October 14, 2012

Update : Homestay Di Bandar Indera Mahkota 8

ingat tak dulu aku ada tolong promosikan homestay kawan? rujuk SINI. kali ni nak tolong promosi sekali lagi. hehe.. promosi free je. ;-D

ada berberapa penambahbaikkan yang telah dibuat oleh tuan rumah, iaitu;

1) bilik yang dahulunya ada dua katil single telah diganti dengan satu katil bersaiz "ratu". kehkeh 
2) bilik yang dahulunya ada satu katil single telah ditambah satu lagi katil single. 
3) ada satu katil single extra yang disimpan dibawah tangga.

dan satu lagi.. kawasan Indera Mahkota tu, satu Mackers (kat Sydney aritu, orang sana panggil McDonalds sebagai Mackers) telah dibuka. jadinya, terasa nak makan McDonalds? kena sewalah homestay ini.. hahaha.

disertakan dibawah adalah peta dimana terletaknya Bandar Indera Mahkota 8.
Lokasi Bandar Indera Mahkota 8, Kuantan Pahang.
aku dah sampai dah kat homestay ni. besar, luas dan selesa. caj sewa sehari yang dikenakan pun aku rasa boleh tahan murah. tapi kalau pandai pancing ayat, bertambah-tambah murah la jadinya. hehehe.

singgah di Kuantan tapi takda tempat nak tinggal? silalah roger tuan rumah :




sekian. wassalam.

Wednesday, October 3, 2012

damai yang ku cari

penatnya buat programming. rasanya macam aku sorang je budak engineering yang jadikan programming sebagai projek tahun akhir. lone ranger beb. haha..

mak pesan, kalau lama-lama tatap komputer tu, alih la pandangan tu tengok dedaun hijau. rehat sebentar. kot lama-lama sakit mata tu nanti. jadi, aku dengan bijaknya (kihkihkih) menukarkan background wallpaper aku kepada gambar dedaun. asal ada hijau tu layan la kan? :-P



*semoga wallpaper baru menambahkan semangat nak buat projek!
sekian. wassalam.

Friday, September 7, 2012

Promosi Puyuh

da lama tak post benda kat sini. abang final year ni sibuk sikit. haha. baiklah, merujuk kepada tajuk entry ni, aku sengaja nak tolong promosikan produk puyuh seorang sahabat ni, seorang pengusaha ternakan puyuh bumiputera.

Khairul Azwan Bin Abdul Razak.
No Tel : 013 - 6037 650
FB : Khairul Azwan Abdul Razak
Blog : AZWAN AGRO ENTERPRISE

beliau mengusahakan ternakan puyuh dalam kapasiti yang besar, makanya bekalan daging puyuh, anak puyuh atau telur puyuh sentiasa ada sedia untuk jualan. bukan setakat itu, jikalau sesiapa ingin mendapatkan baja najis puyuh pun bolehlah menghubungi beliau. di atas aku da sertakan link untuk facebook dan juga blog beliau. untuk maklumat lanjut, sila la rujuk di sana. :)

ini aku copy post terbaru dari blog beliau :

Salam mesra buat semua....buat masa ini kapasiti pengeluaran telur puyuh di reban saya telah meningkat hingga kira2 1400 biji sehari...jadi kepada sesiapa yg berminat utk menggunakan telur puyuh samada kegunaan sendiri mahupun berniaga, anda adalah amat dialu2kan...untuk mereka yg membeli secara borong, harga menarik menanti anda.

terima kasih.

suka suki je aku promot brader ni. dari takde post ape-ape, baik aku tolong promosi. mudah-mudahan murah rezeki die.

* kot-kot brader Azwan bace post ni, harapnya tak kisah lah ye aku share butiran die ni. promosi percuma ni bang, keh keh keh.

sekian. wassalam.

Saturday, August 11, 2012

Salam Ramadhan

hehe.. lambat sangat ke nak ngucap salam ramadhan ni? asalkan masih belum berlalu bulan mulia ni, boleh je kannn..

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
( Al-Baqarah : 183 )

ramadhan yang paling sibuk dalam sejarah hidup. harapnya boleh beraya dengan tenang.

sekian, wassalam.

Monday, August 6, 2012

PENGUMUMAN: Penarikan Balik Larangan Sementara Menangkap Burung-Burung Liar

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia ingin memaklumkan bahawa YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju agar Jabatan menarik balik larangan sementara menangkap burung-burung liar yang dikuatkuasakan sejak 18 Februari 2004 berkuatkuasa serta merta. Perintah ini dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan perintah.

Lesen-lesen yang terlibat adalah seperti berikut:
a. KPM 17A – Lesen burung buruan
b. KPM 18A- Lesen burung liar lain yang diperlindungi
c. KPM 22A- Lesen tangkap Murai Batu dan Mata Putih
d. KPM 24A- Lesen Untuk Menempatkan atau Mengurung Binatang-binatang Yang Diperlindungi atau Burung-burung liar Yang Diperlindungi

Orang awam yang berminat untuk memohon lesen di atas bolehlah menghubungi pejabat PERHILITAN yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Sekian. Wassalam.

Thursday, August 2, 2012

Smile


rajin-rajin la senyum. senyum bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.

Tuesday, June 19, 2012

sekali sekala beringat

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.



Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.




Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa..



Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.



Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.



Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.



Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula..



Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.



Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.



Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di
sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.



ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.



Wasalam



'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)


'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

Sunday, April 15, 2012

Pengorbanan Seorang Ibu

Assalamualaikum,

Saya ada terbaca kisah ini di salah satu blog sahabat saya. Mengalir air mata saya. Saya rasa ia satu perkongsian yang amat baik oleh Pn Jamilah yang melalui pengalaman terindah dalam hidup beliau.

Kepada kita yang masih punyai Ibu bapa juga kita sebagai ibu bapa kepada anak2 kita..berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa kita sebagai suruhan Nabi SAW dan Nas Al Quran ;

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-Ankabut:8)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, baginda bersabda: Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah tergantung pada kemurkaan kedua ibubapa (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

KISAHNYA BERMULA DI SINI

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang?“ Mak jawab:“InsyaAllah, abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. “Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.” Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!“ Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita. Lakukan yang terbaik.

1) Balaslah segala jasa kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, doakan kepada mereka setiap kali selepas solat. Minta diampunkan segala dosa mereka.

2) Jagalah anak anak kita sebaiknya. Lakukan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

*kisah ini disalin dari blog seorang sahabat Maria Firdaus . moga menjadi bacaan bermanfaat. =D


sekian, wassalam.

Tuesday, March 27, 2012

Homestay di Indera Mahkota 8

nak singgah kuantan, tapi takde tempat nak bermalam? info lanjut tekan : SINI

Lokasi
No 2, Lorong IM8/40, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.

Kemudahan
-3 bilik tidur
-3 bilik air
-2 pendingin hawa
-dapur dan kelengkapan lain
-parking lot (2 buah kereta)

Tarikan
-5 minit ke pusat bandar
-20 minit ke Teluk Cempedak
-2 minit ke UIA Kuantan
-5 minit ke Kolej Shahputra
-15 minit ke Tanjung Lumpur
-40 minit ke Cherating
-45 minit ke Bukit Gambang Resort City
-45 minit ke UMP


 
Double-storey house


Inside View


RUANG TAMU

DAPUR

TANGGA

2ND FLOOR LIVING HALL

MASTER BEDROOM
BATHROOM WITH WATER HEATER
BEDROOM WITH 1 SINGLE BED
BEDROOM WITH 2 SINGLE BED
PARKING LOTS

Untuk sebarang pertanyaan/tempahan, sila hubungi nombor yang disertakan di bawah ini..
Terima kasih :);)


tolong promote untuk kawan je. hehe.


Sekian, wassalam.

Thursday, February 23, 2012

hari ini.. semalam.. esok..

apa kabar semua? harap-harapnya sihat sentiasa. kalau demam ke, batuk ke, selsema ke, makan la ubat. makan buah-buahan, sayur ape yang patut. nikmat badan sihat tu besar, sapa-sapa yang sihat tu, bersyukur la ye. =D wah, cukuplah kata-kata pembuka yang poyo.. hehe..

sibuk bebeno bile praktikal ni. takde masa da nak update kat sini. tapi tak bermakna cHikeNisme ini ku lupakan. ^^

sekarang aku masih kat perantauan, di labuan. harini dah hari ke 39 di sini. mungkin dalam minggu ni atau minggu depan akan kembali ke semenanjung. tapi, kalau balik pon, bukannya terus dapat berehat. mungkin akan stay kat HQ dalam seminggu dua sebelum ke kemaman. hoho.. seronok je dengar, travel sana sini. tapi.. penat woo. travel tuk kerja ngan travel leisure2 laen maamat.

jauh perjalanan, luas pandangan. sebenarnya banyak benda yang nak dikongsikan ni. tapi, relax-relax dulu la ea. nanti bila ada masa, aku update sampai muak. hahaha..

biar pun takde kat rumah, dalam kepala dah ada dua tiga perancangan. ada yang da mula berjalan, ada yang akan dilaksana bila sampai semenanjung nanti. antaranya :
  1. sembelih ayam-ayam yang ada. nak kurangkan bilangan ayam yang ada. banyak-banyak pon serabut gak ek?hehe.. rancangannye nak merasa ayam belanda. =D insyaAllah, kalau takda aral, mungking dalam belas-belas ekor gak yang akan disembelih. wat kenduri terusss~

  2. jemput Mat punye makwe. hehe.. penat da mencari pasangan tuk si Mat ni. akhirnya jumpe gak. gambar satu je, nanti-nanti lah update.
    bakal bini si Mat
  3. renovate reban ayam. haa.. yang ni penting. ayam-ayam mutiara aku da stat berlegar-legar satu rumah. silkie-silkie pon dah besar semua. nak bagi ruang lebih sikit bia diorang selesa nak hidup, membiak semua. =D
 p/s : ramai geng-geng yang berblog pasal ternakan dah semakin senyap.. semua sibuk ea?

sekian. wassalam.

Friday, January 6, 2012

Minat sepaktakraw?

Entry ini dipetik dari Sepaktakraw

            MAS Sepaktakraw Club akan menganjurkan Klinik & Bengkel Sepaktakraw bertarikh 14 Januari 2012 pada 8.30 pagi dan bertempat di Kompleks Sukan MAS Subang.

            Antara pemain yang hadir adalah Fadhlanshah & Futra Ghani. Amir Abu Bakar (Jurulatih Malaysia) juga akan hadir bagi memeriahkan program ini.

            Aktiviti yang bakal diadakan pada bengkel tersebut adalah seperti Teknik dan skil Sepaktakraw, Demo Gelanggang, Perlawanan Persahabatan bersama bekas pemain Malaysia, Pertandingan “Baikkk Derr!!” dan banyak lagi.

            Bagi yang berminat boleh menghubungi Ameng – 0192294683, Taro – 0136847818, Fadly – 0192467708 & Aniz – 0192216282. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10 seorang. Semua yang berminat dijemput hadir.

Info Program

ItemKeterangan
Nama ProgramKlinik & Bengkel Sepaktakraw – Anjuran Kelab Sepaktakraw MAS
Tarikh Program14 Januari 2012 pada 8.30 pagi
Lokasi ProgramKompleks Sukan MAS Subang
Yuran PenyertaanRM 10
Maklumat LanjutFacebook MAS Sepaktakraw CLUB

Tuesday, December 20, 2011

i miss you

tajuk yang takde kena mengena.. hehe.. wahhhhhhhh, lamenye tak update blog nih. aku di perantauan sekarang. arini (20/12/11) genap tiga minggu aku kat negeri orang. tak pasti berapa lama lagi duduk sini. tapi aku balik nanti, aku update lah. banyak gak benda nak cerita. =D

sekian. wassalam.

Monday, October 24, 2011

=D


owh yeahhhhhhhhhhhhh~!

blog aku dah sihat semula..hehe..
nanti-nanti update, sekarang ni busy sikit.

sekian. wassalam.

Friday, September 9, 2011

Animals rescued from Johor Zoo

JOHOR BARU: Officers from the Wildlife and National Parks Department (Perhilitan) have rescued five animals from the Johor Zoo, said to have been kept in deplorable and unsuitable conditions.Those seized included a tiger named Jeli, which was sent there after it killed a rubber tapper in Kelantan several years ago, the chain-smoking orang utan Shirley and baby elephant Paloh that had reportedly been chained. Also taken away were another orang utan and elephant calf.


The animals were given to the zoo several years ago by the department under a special permit from the Natural Resources and Environment Ministry. Perhilitan deputy director-general Dr Zaaba Zainol Abidin said the operation, which involved 15 workers, was approved by the ministry.

“The zoo has failed to follow the standard regulations and requirements set by the department to provide better and proper living conditions for the animals,” Dr Zaaba said here yesterday. He said Jeli would be moved to the Tiger Valley in the Klau Forest Reserve in Temerloh and the elephant calves to the National Elephant Conservation Centre in Kuala Gandah, both in Pahang, for a retraining programme.

“The tiger had to be taken away because it had even killed its female companion, which was brought to the zoo for breeding purposes,” he added. Shirley and the other orang utan would be returned to their natural habitat at the Matang wildlife centre in Sarawak, added Dr Zaaba, urging the zoo to upgrade its facilities. Visitors expressed shock as the animals were seized from the zoo, which had remained open during the operation.Mohd Fadil Hamzah, 28, who was there with his girlfriend, said he could see the animals being taken away from where they stood near the chimpanzee enclosure. The zoo’s officer-in-charge, Shubanah Yusof, said it would remain open despite “losing” the animals.

The zoo, one of the oldest in the country, was opened in 1928.

**taken from : HERE

thats all. wassalam.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya~!

aku tak pandai edit, tak pandai hias2. so jangan gelak..=)
 (⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ selamat hari raya aidil fitri ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

sekian. wassalam.

Sunday, August 21, 2011

senarai haiwan lindungan

senarai haiwan lindungan ( yang memerlukan permit dan lesen untuk dipelihara ) boleh didapati dengan memuat turun dari SINI.

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...