Translator

Showing posts with label ayam hutan. Show all posts
Showing posts with label ayam hutan. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

makan makan makan!

tabur hampas kelapa, ramai la yang datang makan-makan. =D

layan gambar je ea :
makang makang

makang makang

sekian, wassalam.

Friday, April 13, 2012

ayam-ayaman

nak kata popularnya ayam ni, sampai ada lagu khas untuk dia. hehe.. mungkin ada diantara korang yang pernah dengar lagu ayam, dinyanyikan oleh jalil hamid. liriknya seperti di bawah :

ayam bermacam ayam
ada ayam kampung ayam hutan ayam siam
ayam turki ayam belanda
macam-macam perihal ayam
hangat-hangat tahi ayam,
sabung ayam nasi ayam telor ayam


ayam hutan boleh terebang
ayam kampung dalamlah reban
ayam bandar di dalam pasar
kadang-kadang ada harga naik harga turun harga

korus:
ibu si ibu ayam
telor sebiji riuh sekampung
hooo...oh ibu ayam
telor dieram anak sereban
kata bidalan berkaki ayam
kalau makan ajak-ajak ayam
kalau nak tidur tidur-tidur ayam
kalau tak nampak itu rabun ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kaki ayam kais pagi makan malam
makan cakar ayam sakit gigi siang malam

(ulang korus)

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh jangan makan bulu ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh makan jangan makan tahi ayam
_______________________________________________________________________

oleh kerana adik aku bergiat dalam bidang fotografi ni, ada la aku mintak dia tuk ambilkan gambar ayam-ayam di reban. layannnn :

pejantan ayam katik

jaga reban, ayam api-api

pejantan ayam kapan

jaga reban melepak atas atap

induk ayam hutan (belakang) dan dara ayam kampung (depan)

cantik gambar ni kalau dibanding ngan gambar-gambar aku amek. hehe.. al maklum, fon 2mp je bro.

sekian. wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

mencuba cara baru penjagaan anak ayam

ibu dan anak ayam

anak-anak ayam

ibu ayam bersama-sama anak-anaknya
**gambar-gambar diatas merujuk kepada no 2. sila rujuk di bawah.

sekarang aku tengah bereksperimen dengan cara baru memelihara ayam. bagi sesiapa yang merasakan ada kekurangan ataupun cadangan untuk menambahbaik cara yang aku praktikkan ini, sila lah kongsi. sharing is caring. =)

sekarang aku dah berhenti gunakan incubator dan lebih cenderung kepada pengeraman secara semulajadi. ini semua gara-gara kutipan telur yang kurang memberansangkan. macam tak berbaloi guna incubator untuk bilangan telur yang sedikit. jadi, sekarang, sistem yang aku buat adalah sistem lama, eraman menggunakan ibu. cuma, ubah sikit-sikit. kononnye nak sistematik lagi. hehe..

1) telur dari ibu ayam diambil dan diletakkan pada ayam yang tengah mengeram.
- yang aku buat, ayam-ayam yang diakui handal mengeram dibiarkan mengeram telur mereka. pada masa yang sama, telur dari induk yang lain diletakkan sekali. ibu tumpang la kiranya.
-kena pastikan tugas mengeram tidak dilakukan oleh satu ibu sepanjang masa. maksudnya, menetas satu batch, halau le ibu tu. kalau dibiarkan mengeram lama-lama, takut dia melidi, tak cukup makan dan kemudian mati. rugi tuuuu...
2) anak yang menetas, alih kepada ibu lain.
- mana-mana anak yang dah menetas, aku biarkan dalam dua hari sampai si anak ayam tu betul-betul cergas. kemudian aku alihkan kepada ibu yang lain. kiranya tutor diorang la. proses ni agak kritikal sebab pemilihan ibu tutor mestilah ibu yang baik. kalau tidak, mati la anak tu kena patuk. pada pandangan aku, ayam kapan/ ayam katik betina sangat sesuai menjadi ibu tutor. dia tak garang, dan boleh menerima anak ayam lain.
- tujuan fasa ini adalah untuk mengelakkan kebergantungan kepada brooder. jadi, jimat tenaga elektrik, dan anak ayam lebih segar. =)
- ibu dan anak-anak ayam diletakkan dalam sangkar untuk mengurangkan risiko pemangsa.

3) waktu berpisah.
- bagi anak-anak yang dah kuat, pada sekitar umur sebulan dan ke atas, bolehlah diasingkan dari ibu tutor. kena la bagi peluang ibu tutor untuk berehat dan bersosial. hehe..
 -anak dikurung sampai penuh bulu dia. kurang-kurang pada usia dua bulan baru dilepas ke tanah. biar kuat sikit mengharung dunia luar.

p/s : setakat ini, kadar kematian anak ayam sangatlah kurang. batch yang terbaru, untuk 22 ekor anak ayam yang menetas, mati dua ekor. itupun sekor tersangkut pada jaring sangkar.

peringatan : saya budak baru belajar. apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yang saya lalui. kalau salah tolong tunjukkan. =)

sekian. wassalam.

Saturday, April 9, 2011

arnab selasih hutan

tajuk yang menggabungkan ketiga-tiga element dalam entry yang ni.. hehe..orait, cerita pertama : Arnab

kat sini ade gambar tiga ekor arnab. depa ni adalah sebahagian anak daripada arnab yang aku beli dulu. arnab pertama ni aku plan nak simpan. die ni jantan. yang kedua dan ketiga sudahpun berpindah milik sebentar tadi. diorang ni sepasang. nampak macam sama tapi diorang berbeza dari segi 'stokin' pada kaki. salah sekor ni ade stokin kat kaki depan je. lagi sekor ade stokin kat semua kaki. comel.. hehe.. baka local mix dengan anggora. tapi ciri anggora yang lebih menonjol. dari lapan anak arnab aku, 4 bulu tebal, 4 bulu biasa. pandai plak die bajet nak sama rata.. hehe..
aku punye - cantik kan?hehe..






satu perkara lagi, aku da pandai membezakan jantina anak arnab. hehe.. alhamdulillah. tak susah pon. cume kena tengok betul-betul.

cerita kedua : Ayam Selasih Gajah

dulu aku ada beli ayam selasih gajah, beli lima ekor. satu mati tak tau kenapa, satu lagi mati sebab injured. ntah sapa yang serang die, luka.. lama gak die bertahan. tapi ajal tetap datang menjemput. sekarang tinggal tiga ekor. seekor betina dan dua jantan. yang coklat tu jantan. yang putih, salah satu tu betina. besar da diorang ni. besar gajah. hehe.. sekarang da besar ayam daging dewasa. tapi belom cukup besar lagi. kasi besar betul-betul.. baru mantap kalo nak potong. hehe..



cerita ketiga :  Ayam Hutan

ni la anak ayam hutan yang kecik je dulu.. rujuk entry ni : ayam hutan . sekarang da masuk dalam alam remaja. sekor jantan, dua betina.



sekian. wassalam.

Sunday, February 20, 2011

ayam hutan / gallus gallus

yang ni ayah aku nye minat.angkat kat kawan die.time tengok pakcik ni bagi makan,aku baru tau yang ayam hutan ni sepesen je.yang jantan die kaler same je semua,yang betina pon kaler dan corak serupa je.tapi ade exception sekor dua.ade ayam hutan jantan warna putih.cam style gak.sebab die rare banding ngan laen2..

ni dia sepasang.hangpa tengok dok senyap sebab kaki die da sama-sama kena ikat.agaknya die pon paham so takde la meronta-ronta nak lepaskan diri.keh3..layan gambar :

ayam hutan sepasang

ayam hutan

red junglefowl

asalnya bawak raga..tapi rupa-rupanya raga tu kecik..tu yang ikat je tu.sayang pulak lawi jantan tu rosak lau masuk raga kecik..muda lagi jantan ni.taji pon baru setengah inci kot.ke pendek lagi...lebih kurang la..

ni gambar diorang dalam reban.yang jantan ni kepala die blur sebab tengah berkokok.amek gambar pkai fon,xleh adjust shutter speed..hehe

ayam hutan

yang ni plak gambar anak ayam hutan yang aku dapat dulu.dari pakcik yang same gak.sekor jantan,dua betina.tapi dalam gambar ni nampak dua je.

anak ayam hutan


liar lagi nih..kena kurung dulu..lau lepas putih mata..keh3..

sekian.wassalam~

Monday, January 10, 2011

latest member : ayam hutan

tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu..siapa sangka,dengan menjejaki iklan-iklan ayam di internet telah menemukan ayah aku dengan sahabat sekolahnya.30tahun lebih gak la..pergh..cam jejak kasih.dan siapa sangka jugak pertemuan itu meyebabkan aku mendapat 4 ekor ayam hutan dengan percuma..hehe..walaupun anak je,tetap diterima dengan tangan terbuka..rezeki jangan ditolak.alhamdulillah~ XD

dengan kedatangan spesis baru ni,bertambah variasi kat reban aku.ni die anak-anak ayam hutan,ahli terbaru reban aku :
anak ayam hutan - gayat di tempat baru

anak ayam hutan - 4 ekor semuanya

kalau ikut kate pakcik tu tadi,daripada 3 ekor yang besar sikit tu,seekor jantan,dua betina.yang kecik tu tak tau..aku reti nak kenalpasti jantina ayam di peringkat anak..hu..kena belajar tu.nanti senang.pape pon,moge mereka membesar sebagai juara di reban aku.hehe..besar cepat,bertelur banyak2,banyak le ayam aku..keh3..

btw,pakcik ni memang jual ayam hutan.lau datang kat umah die,kena datang dalam pukul 6 gitu.time tu ayam balik makan.memang banyak..tak kurang 50 ekor aku rase.ayam hutan die dan tak liar sangat.dah boleh makan jagung la.sape2 yang berminat nak memiliki ayam hutan,leh la contact pakcik ni.pepandai la anda deal ngan die.peramah je orangnye.

tu je nak cite..hehe
sekian..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...