Translator

Wednesday, June 22, 2011

A friend in need is a friend indeed

this is a copy paste article, you can find the link to original source at the end of this entry. thanks. =)

------------------------------------------------------------------------------

APA PERASAAN ANDA KALAU ANAK SENDIRI JADI MACAM NI......

Assalamualaikum........

Hampir seminggu lebih tak menjenguk blog atau FB. Nak buat bisnesspun hati tak keruan dan berdebar selalu. Malam dan siang bagi den sepanjang seminggu lebih ni, sama sahaja. Nak lelap mata tak daya, nak makan minum rasa tak lalu sangat.

Anak!!! Ya, anak!!! Tiada tara nilainya nak banding nikmat lain di dunia ini melainkan nyawa anak. Bercucuran airmata seluas lautan sekalipun, tiada tara tandingnya untuk menangisi jika ianya sakit dan derita.

Tak dapat rasanya nak diceritakan di sini betapa siksanya dia menanggung sakit, cukuplah sekadar gambar ini mengambarkannya.



SEWAKTU SIHATNYA

HARI PERTAMA DI HOSPITAL

HARI KE TIGA DI HOSPITAL
HARI-HARI BERIKUTNYA

Di sini, den ingin merakamkan jutaan terima kasih buat beberapa orang rakan yang sudi menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi mengurangkan sedikit tanggunggan bil hospital yang dah mencecah RM 2, 529 semalam. Rakan yang dimaksudkan :

Cik Amy dari Hulu Langat dan rakan-rakan pejabatnya,

Encik Afideen dari Shah Alam

En. Hamid dari Segamat

Begitu juga jutaan terima kasih bagi yang mendoakan Muhamad Halim Yusoff bin Mohd Hisham agar segera sembuh. Terima kasih semuanya........

Jika ada yang sudi menghulurkan sedikit bantuan hatta walau 10 sen sekalipun, bolehlah bank in kan ke Akaun Cimb saya, Mohd Hisham bin Mohamad Yusoff, 12180092679528. Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada tuan-tuan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

** copy and paste sahaja dari blog asal Mohd Hisham Mohamad Yusof a.k.a SHAMZA. rujuk SINI
** bagi sesiapa yang mempunyai rezeki lebih, boleh la dikongsi dengan Encik Hisham, moga perkongsian dapat meringankan beban beliau.


Sekian. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...