Translator

Monday, March 28, 2011

mari buat sangkar express~!

al-kerana kesiankan silkie-silkie ku dok seminggu dalam kotak maggi, hari ni aku upgrade umah diorang... haa.. pakai wire mesh.alaa... jaring dawai tu. wat ala kadar jek. ala kadar pon, amek dua jam gak la nak siap. hehe.. ni spesifikasi sangkar ni :

- ukuran : 1.5" x 1.5" x 1.5".
- cantum guna 'cable tie'.

kos tuk sangkar yang simple nih :

- wire mesh (jaring dawai) : 2meter x rm5.50 = rm11.00
- cable tie : 1bungkus x rm2.00 = rm2.00
- jumlah : rm13.00

bahan laen seperti gunting atau playar tuk potong jaring dawai dah sedia ada. kalo anda takde, sile la beli.pinjam jiran pon bollleehh.. hehe..

cara wat sangkar ni leh diapply penggunaan die untuk macam-macam, nak guna bela burung ke, ayam ke, arnab pon boleh. cuma nak kena guna jaring dawai yang betul la. maksud yang betul tu, ketebalan jaring dawai yang digunapakai. takkan nak guna tuk arnab, pakai jaring dawai yang halus kan? meh usha proses pembuatan sangkar nih :

dipotong dan dibentuk

menggunakan gunting besi

buang lebihan-lebihan yang tajam

sambung dengan 'cable tie'

bahagian lantai ditinggikan - supaya ade ruang najis jatuh

jarak ikat dengan 'cable tie' bia sepadan  - biar kuat

silkie - ayam selasih sutera - kat sangkar baru

melawat kawasan

ada tingkat dua tu.. jangan maen2.

makan je keja hangpa.

dalam kotak merah - kunci buatan sendiri

dok makan saja~

guna plastik beras sebagai alas - mudah dicuci,boleh guna semula

'cable tie' sebagai 'hinge' untuk pintu

sukanya depa duk dalam umah baru

mentol masih diletak, in case diorang sejuk - almaklum,bulu tak penuh lagi


leh la kalau nak tambah ranting-ranting tempat bertenggek pon okeh.style sket~hehe.. jadi, senang kan? hehe.. leh la wat jadi sangkar express. nak wat jadi sangkar permanent terus pon boleh. ikut la selera dan citarasa masing-masing. =)

sekian. wassalam.

5 comments:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

creative tol...siap ade 2 tingkat lg...
hahahaha~~~~

Akmalhazwan said...

haha..ne tau die nk dok 2nd floor..layan je~

Unknown said...

kalu nk buat sangkar untuk kucing sesuai x gne dawai tu?? cm halus je dawai tu...heehhe mntak tunjuk ajar

Ansuran Mudah said...

tumpang iklan admin.. Jom layari https://borongbajukorea.blogspot.com sekarang utk dptkn tawaran menarik! Murah2 jer...

Unknown said...

tangga nk buat mcm mna ek?? mhon tips

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...