- guna kotak menyusu (diambil dari Arnab Riverstone SINI )
Kadangkala terdapat induk arnab yang dipelihara oleh kita tidak menyusu anaknya seperti yang diharapkan. Semua penternak arnab akan mengalami situasi sebegini dan perbagai alternatif dibuat untuk mengatasi masalah. Kami di arnab riverstone telah mencuba kaedah kotak susuan ini dan terdapat sedikit kemajuan dalam cara menyelesaikan masalah perangai pelik arnab ini. - pegang ibu arnab ( diambil dari Cempaka Biru Rabbitary SINI )
Dalam post kali ni nak share cerita tentang cara penyusuan baby yang baru lahir cara CBR jika mak dia kadang-kadang beri susu, kadang-kadang tak sempat menyusu mak arnab dah lompat keluar dari bakul. Kadang-kadang anak ramai , ada yang dapat menyusu ada yang tak dapat. Kesian juga...
Dalam kes kali ini , ice blended melahirkan 6 anak 10hb Mei 2011 dan selang sehari herlequin lahirkan 4 anak. Syukur alhamdulillah...gembira rasanya. Tapi yang tak gembiranya, anak ice blended mati seekor kena pijak agaknya atau kesejukan sebab rex tak banyak bulu untuk dicabut. Kalau ada pun tak cukup untuk panaskan baby-baby dia.
Untuk langkah2 pencegahan & menyelamat, saya telah meletakkan kesemua anak ice blended(rex) bawah jagaan herlequin(teddy bear) sebab ice blended besar dan berat, kuku rex ni faham-faham lah macam "freddy kruger" dalam cerita Nightmare at the elm street tu. Walau pun dah potong tetap keras mencucuk badan baby nya.Gambar ni lah gambar ke sembilan anak arnab yg dicampur itu di bawah jagaan herlequin sebab herlequin nampak gentle dan cabut bulunya dengan banyak cukup untuk pemanasan. Tapi masalahnya herlequin kecil saja badannya dan nak menyusu sampai 9 ekor tu nampak macam tak cukup susu. So apa yang CBR buat adalah pagi-pagi susukan anak-anak pada ice blended spt macam gambar bawah ini.
Caranya adalah terbalik kan ice blended , gently kepit dia macam dodoi anak dan letakkan anak-anak arnab ni atas perut dia untuk dia menyusu. Anak-anak yang kehausan ini akan break dance atas perut, terliuk- lentuk, sgt gelojoh tapi tak kisahlah sebab dah kejadiannya begitu. Asalkan yang penting mereka kenyang.
Perut baby sebelum menyusuPerut baby selepas menyusu..buncit kan!!Yang ni dah terlebih susu, terlambat stop kan!!Bahaya dah terik sangat perutnya!!
Lihat gambar perut arnab yang dah penuh susu tu. Dah kenyang terus tak gerak , tidur. Walau pun kitaorang tak letak baby pada ice blended tapi sebab pagi-pagi anak dia disusukan dengan cara ini, badannya terus mengeluarkan susu.
Cuma perlu diingat, anak arnab jika terlebih minum susu pun boleh mati so jaga-jaga ketika menyusu dengan cara begini sebab di kala susu ibu banyak , anak arnab akan minum banyak sebab tak de competition dengan anak2 yg lain seperti penyusuan natural yang mana anak-anak compete utk berebut puting ibu dalam masa yang sangat singkat sebelum ibu melompat keluar. Jadi masing-masing dapat sikit je susu. Jika menyusu cara bagini, menjadi tugas kita perhatikan dan agak-agak dah cukup, tarik anak tu stopkan dia dari terus menyusu. Kalau tidak perut baby dah penuh sangat, tak nafas dan mati.
Perkara kedua, jangan letak lebih dari 2 anak atas perut pada satu-satu masa sebab kalau ibunya meronta bangun , kita boleh jaga & selamatkan anak-anak yg sedang menyusu ini.
Lagi satu nak beritahu, jika ibu tiada susu atau sedikit susu, biarkan aje anaknya menyusu ikut masa kerana ini akan meransang badan ibu untuk menghasilkan susu.
- guna susu gantian ( diambil dari My Cute Bunnies SINI )
Susu gantian arnab atau di dalam bahasa Inggerisnya, Kitten Milk Replacer (KMR) adalah susu yang dirumus khas untuk anak arnab dan kucing yang mengalami kematian ibu.
3 oz condensed milk
3 oz water
4 oz plain yogurt (not low-fat)
3 large or 4 small egg yolks (no whites)
atau,
1/4 of a banana
1/8 cup regular rabbit food pellets
1/4 cup unflavored Pedialyte
1/8 cup canned pumpkin
- Selain daripada itu, anda boleh memberi susu kambing kepada anak arnab.
- Alternatif lain pula ialah ‘ibu angkat’. Letak anak arnab bersama-sama anak arnab yang lain untuk menyusu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : sharing is caring. harap tuan empunya info asal tak kesah.. hehe..
sekian. wassalam.
3 comments:
hai..arnad sy bru melahirkan 9 ekor anak..tpi ibunya x mahu memberi susu kpda anak2nya..sy pisahkan ibu selepas sy susukan anak secara dengan memegang ibu tersebut kerana jika sy letaknya dengan ibu ketika tidur..si ibu akan memmijak anak tersebut...selain susu kambing jika sy gunakan susu lembu atau susu seperti tepung susu nestle or duty lady da ka anak rabbit tu boleh bleh minum??
kes ibu taknak bagi susu ni, memang kena pegang la nampaknya. tuk jenis susu, better guna susu tepung untuk anak kucing. kat kedai biasanya ada jual.
hey!...arnab sye bru lahir kn anak..sye nk tnye blh ke bgi susu lain selain dari susu ibu untuk baby arnab yg bru lahir?
Post a Comment