Translator

Wednesday, March 2, 2011

si piru suda tiba~

anak ayam belanda da stat menetas.setakat ni dua ekor dah keluar.asalnya masuk incubator 5 biji.bile sampai time candling,sebiji confirm takde benih.so tinggal la empat.leh usha gambar time mula-mula masukkan telur kat sini : incubator semi automatik

by the way,ni merupakan telur sulung ayam belanda aku.kalo nak di-compare-kan ngan telur yang die sekarang,saiz telur sulung ni lagi kecik.takat-takat telur ayam kampung je.dan,menurut otai-otai sekalian, telur sulung ni tak fertile. dan kalo fertile pon,anak yang netas tu lemah dan mudah mati. mintak2 anak yang netas ni sihat kuat walafiat membesar ngan baek sampaila tiba waktu tuk sembelih..hehe

ni gambar petang tadi.time ni baru keluar sekor,sekor lagi tengah berusaha..tengok tu :

anak sulung ayam belanda-belakang tu anak kedua..hehe
amek dari angle laen

along usha angah nak keluar

melepet setelah penat keluar dari telur

sekarang menunggu lagi dua biji menetas.batch terbaru ade masukkan lagi 5 biji.aritu ade 6 biji aku anta kedai.saje nak suh diorang tetaskan.insyaAllah,kalo menjadi sume,ade la dalam 15 ekor anak ayam belanda aku..hehe.doa-doakan la menjadi ea. =)

sekian.wassalam.

1 comment:

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

~insyaAllah menjadi semuanya....
aminnn~~~~
:'D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...