Translator

Wednesday, March 30, 2011

oooppsss...

keluar kejap pagi tadi, nawaitu asal nak pegi beli spring kat Falim. spring dah dapat, alang-alang otw balik ada dua tiga petshop, saje je la singgah-singgah. sampai kat Batu Gajah, tibe-tibe teringat kat sorang brader ni, die bela silkie, belanda, api-api, puyuh pon ade.. saje-saje la contact, ne tau ade barang baek..hehe.. long story short... :

ayam selasih sutera hitam / black silkie




 satu lagi, pada aku la, bile membeli silkie ni, satu perkara yang aku titikberatkan ialah bilangan jari dan saiz silkie tu. mesti jarinya lima dan saiznya bukan saiz besar. senang kata bersaiz bantam. kenapa jari lima?kenapa saiz bantam? haa.. jari lima tuk mengekalkan ke-ori-an die. tapi sepertimana yang kita tahu, ciri berjari lima, bulu halus ni adalah ciri resesif (recessive), maksudnya, bile ayam yang mempunyai ciri yang sama akan menghasilkan keturunan berciri yang sama. kalau kacuk dengan ayam biasa, peratusan tuk menjadi tu kurang. kan gen resesif ni kalah ngan gen dominan. leh rujuk : wiki answers . kena la jaga baka. =). nak tahu lebih lanjut, sila la google ea. yang pasal saiz plak, saje je..hehe.. cantik sikit yang besaiz kecik. name pon nak wat pet.bukan nak makan.
pastikan bile beli silkie, jari die ade lima
 orait..usha le gambar depa dalam sangkar. mula-mula cam menggelabah gak yang putih tu, tapi sekarang dah okeh dah. dah berkenalan la tu. hehe..

mula-mula masuk, si putih ni takut tengok yang hitam


owh ye, kat petshop tadi, ada sesuatu yang menarik perhatian aku.. sesaje beli, satu scoop singgit, campur ngan aiskrim sedap ni..haha..:

mealworm - sesaje nak bagi..syok gak tengok depa berebut makan ulat nih

sekian.wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...