Translator

Monday, December 13, 2010

layan lai chi kang - edisi mewah

lai chi kang edisi mewah..manyak masyuk woo..sekali rase,mesti nak tambah punye.resepi amek kat makcik aku kat segamat.ape beza lai chi kang ni ngan lai chi kang yang terdapat di bazar2 ramadhan atau di pasar2 malam?dah name pon edisi mewah kan...haa..biasenye lau kat pasar2 malam atau bazar ramadhan, lai chi kang yang kite beli banyak selasih je kan..seolah2 kite beli air selasih.keh3..

so, meh sini aku kongsi resepi nak wat lai chi kang yang "sebenar"..poyo sungguh..hehe.ni antara bahan2 yang digunakan.layan gambar dulu..


kurma merah kering

gula kundur - da dipotong

buah kembang semangkuk

selasih

white fungus
rupe buah kembang semangkuk sebelum kembang

buah mata kucing kering


okeh.first,kite kena dapatkan bahan2 nak buat lai chi kang ni dulu.untuk pengetahuan,bahan2 ni sume paling mudah nak dapat kat kedai ubat cine.x caye cube cari.
  1. mata kucing kering
  2. kurma merah kering
  3. gula batu
  4. gula enau
  5. biji selasih
  6. buah kembang semangkuk
  7. buah pala
  8. kacang goreng
  9. nata de coco
  10. white fungus ( kulat putih )
  11. barli
  12. buah laici
  13. ape2 lagi yang dirasekan leh masuk..hehe

nak buat die senang je.
  • mula2 kena rebus buah mata kucing kering dan buah kurma merah kering bersama-sama daun pandan.buah mata kucing ngan kurma tu boleh dipotong dua atau tiga ikut selera masing2.x nak potong pon x pe.
  • jangan lupe masukkan barli sekali.
  • sementara tunggu barli kembang,boleh la rendam buah kembang semangkuk dalam air panas.bile da kembang,buangkan kulit dan urat kasar yang ade kat buah tu.nak biarkan pon x pe.ikut selera.hehe..
  • rendam gak biji selasih dalam air panas.rendam la kat mangkuk yang laen.
  • rendam gak white fungus tu biar die kembang.agak2 da kembang,boleh la racik2 die jadi bahagian kecik.
  • orait..bile barli da kembang,masukkan gula batu dan gula enau.kuantiti?ikut la sesedap rase.hehe..yang aku buat ni,gula batu segenggam,gula enau plak separuh.
  • bila da cair gula enau ngan gula batu,kecikkan api.wat cam reneh sup la..masukkan white fungus,selasih dan buah kembang semangkuk dalam periuk tu.kacau la sampai serasi.dah tu padam le api.
  • da siap da..hehe
  • bile nak hidang,campur la buah pala,buah laici ,nata de coco dan kacang.tambah ais lau nak sejuk.sedap sket.hehe..

sedap..lau x sedap maknenye orang yang buat tu x de bakat la..hehe
selamat mencuba kepada sapa yang nak cube.. XP
till next time..
salam~

p/s : da jadi blog masakan plak ke?haha..nanti aku update sal ayam..hehe



4 comments:

dieya said...

that day buat roti canai.. now buat nasi lemak pulak.. memang boleh jadi blog masakan ni! :-D

Megat said...

suka lah..best tue dah le aku nie mmang suka sesangat lai chi kang nie

Izatul In Peace said...

emm,,,gula kundur mcm mne pulak??

Akmalhazwan said...

pergi je kedai, tanye gula kundur. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...