Translator

Tuesday, October 9, 2012

apa yang tinggal

untuk pengetahuan sekalian, aku dah pun menjalankan aktiviti penghapusan etnik kat reban aku. dah lama jugak la sebenarnya cuma aku yang taknak update kat sini. sibuk la katakan. aku terasa sejak aku mula praktikal (oct 2011 - may 2012) aku dah tak berapa nak ada masa untuk ayam memandangkan jarang-jarang aku balik.  jadinya, depa pun agak kurang kasih dan sayang daripada aku. hehe.

sekarang yang ada cuma silkie (ayam selasih sutera) betina dua ekor, seekor pejantan bulu balik, dan berberapa ekor ayam kampung.

ayam selasih sutera + ayam bulu balik
tapi taklah bermakna aku dah pencen dalam bidang per-ayam-an ni. sekarang reban aku berada dalam fasa berehat. masa yang ada ni cadangannya nak baiki mana yang rosak dan sedia untuk kemasukan baru. nanti dah graduasi (insyaAllah jan 2013) kita bergasak balik ye. hahaha

sekian. wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...