Translator

Saturday, October 29, 2011

update sikit,,,

wah..lame tak cerita ceriti pasal reban.. awak sibuk kerja sekarang.. hehe.. dapat pulak dah travel ke terengganu.. jadi kurang sikit update budak-budak ni.. tapi tade cerita ape sangat, semua lebih kurang macam biasa..

alkisah ayam mutiara / ayam api-api / guinea fowl :

ayam api-api dan ayam belanda
ayam api-api dah mula bertelur.. tapi malangnye hampir semua basah dan ade yang berendam dalam air. dalam banyak-banyak masa, time hujan la die pilih nak bertelur.. pelik betul.. hehe.. jadinya, takde rezki la nak tetaskan anak. jadi rezki famili aku la gamaknye. ape lagi, jadi telur separuh masak dan telur dadar le. =D

alkisah silkie / selasih sutera :

Projek selasih sutera


ingat tak projek yang aku buat haritu? rujuk kat SINI . dah ade yang menjadi, ade la sekarang anak-anak silkie dalam umur dekat nak sebulan dah. berapa ekor yang jadi tak pasti, sebabnya time kol umah, tanya gitu-gitu je.. hehe..

itu la setakat ni.. mungkin tuk raya haji ni balik umah jap. kasi potong 5 6 ekor buat rendang ke, gulai ke.. syok makan-makan nih.. hehe..

sekian. wassalam.

Monday, October 24, 2011

=D


owh yeahhhhhhhhhhhhh~!

blog aku dah sihat semula..hehe..
nanti-nanti update, sekarang ni busy sikit.

sekian. wassalam.

Saturday, October 8, 2011

selamat lah sudah~

dinasihatkan agar anda tidak scroll ke bawah jika anda seorang yang lemah semangat.. keh3..


model bersama kulit arnab

alkisah terjadi pada hari sabtu, 8 oktober 2011. dengan cuaca yang cerah, angin sepoi-sepoi bahasa, aku melangkah ke reban arnab membawa sebilah pisau sembelih..


lalu terjadilah..

dua ekor yang pertama sembelih
 
kepala dah buang, tinggal nak lapah kulit

3 (helai??) kulit arnab
 okeh, ni gambar angker sket.. sila scroll ke bawah ea..























































kepala die buang je..

p/s : sudah pun direndang oleh mama ku yang tersayang..

sekian. wassalam.

update

wah.. lama gak rasanya tak update.. meh aku bagi sekepuk :
 
arnab

dua ekor arnab betina aku beranak lagi. yang induk local lahirkan dua ekor, yang netherland dwarf mix lahirkan 5 ekor.. sepatutnya aku gembira lah kan? gembira tu memang gembira tapi tak lama. sebab semua anak-anak arnab ni mati dah pon. mak depa tak nak bagi susu.

kelahiran lama rujuk SINISINI dan SINI

yang kelahiran pertama haritu pon same gak.. tensen aku. jumlah anak yang dah terkorban setakat ni :
  • local : 6 + 2 = 8 ekor
  • netherland dwarf mix : 3 + 4 + 5 = 12 ekor
gambar sikit, yang gambar anak-anak tu semua da tiada.. huhu :
arnab

anak arnab

anak arnab

arnab betina

anak arnab


ayam selasih sutera / silkie / ayam kapas

anak selasih sutera dah menetas. yang mula-mula menetas adalah silkie warna hitam. dijangkakan ramai yang menyusul lepas ni.. hehe.. nampaknya cara kurungan haritu (rujuk SINI ) menjadi sangat..

ayam selasih sutera, ayam bulu balik

ayam selasih sutera, ayam bulu balik


pengeluaran telur silkie tak konsisten.. dalam "control group" aku ada betina 4 ekor, target setiap hari sekurang-kurangnya ada sebiji telur. tapi selang sehari ada la sebiji.. kadang-kadang dua tiga hari. takut yang diorang ni makan je telur tu. tak sempat nak ambil.


lovebird

lovebirds

lovebirds

lovebirds

okeh, diorang ni aku nampak dah panjat-panjat dah hari tu (rujuk SINI). tapi dah masuk dua minggu takde ape-ape hasil pon.. takpe-takpe.. sabar..

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...