Translator

Tuesday, November 15, 2011

makan makan makan!

dah lama tak cerita pasal makanan. hehe.. aku baru balik lepas sebulan "outstation" kat kemaman. oleh kerana kemaman ni terletak di pantai timur malaysia, maka secara logiknya makanan die pon akan berbeza dari ape yang ada di pantai barat.

kalau kat kawasan kemaman ni aku perasan banyak jual satar dan otak-otak. keropok lekor? takyah cerita la. name pon terengganu. bersepah-sepah =D pernah sekali aku pergi pasar malam kat kemaman ni, aku perhatikan, selain dari makanan yang aku sebutkan tu, diorang banyak jual sate. mungkin orang sini suke makan sate kot. hehe..

restoran aziz satar adalah antara kedai yang aku pergi time kat kemaman haritu. salah satu dari masakan istimewa kedai ni adalah nasi goreng aziz satar. cube usha :

nasi goreng aziz satar

mewah sungguh kan? harga pon mewah. hehe..

dan kalau mintak teh tarik ke, teh ais ke.. senang cerita ape-ape yang bersusu. die akan hidang siap berbuih-buih. kreatif.

kopi tarik
makan oh makan.. syok woo makan. tapi nak kena beringat kolestrol, gula, garam bla bla bla.. kena jaga. lau badan tak sihat, sakit macam-macam. sedap mana makanan terhidang pon tak lalu nanti.

sekian. wassalam.

Tuesday, November 8, 2011

scandal berhasil

dulu aku ade cite pasal hubungan sulit burung cinta (lovebird) aku (rujuk SINI).. aku jangka cepat lah dapat hasil die. lama da ku tunggu hasil affair diorang ni, tapi asyik kehampaan je. tapi kan.. kalau kan.. dah rezeki kan.. tak ke mana, balik-balik je dari kemaman sabtu lepas. saje je la intai dalam nestbox.. tup-tup, da ade sebijik.. hehe.. alhamdulillah.

sekarang dah ada dua biji. XD

alhamdulillah.. hasil bersekedudukan yang halal.. =P

dan ini pasangan die. bingo / bongo. mane satu aku pon tak tahu.

skandal hot

semoga bertambah lagi telur die ni, dan menetas semuanya. =D

p/s : ade berita sedih sebenarnya.. bingo / bongo mati.. punca kematian tak diketahui. aku dapat berita ni pun masa aku ada kat kemaman.. sedih.

sekian. wassalam.

jenis-jenis telur

telur ayam belanda, ayam api-api / mutiara dan ayam kampung

sekarang musim hujan. jadi kutipan telur hanya dapat dibuat telur dadar je. kadang - kadang je dapat kutip untuk eramkan. sayang sungguh..

kalau tengok gambar kat atas ni, ade 3 jenis telur. telur ayam belanda, telur ayam mutiara dan telur ayam kampung. pembahagian die seperti berikut :
  • atas sekali - telur ayam belanda.
  • bawah kanan - telur ayam kampung.
  • bawah kiri - telur ayam mutiara / api-api.
saje-saje nak kongsi. pasni kalau pergi kedai, tengok je da tau nak bezakan mana telur ayam belanda, mutiara ataupun ayam kampung. =D

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...