Translator

Wednesday, February 9, 2011

pelan-pelan kayuh

minat pelihara haiwan?sebelum nak bela,cek dulu,sanggup tak bagi komitmen?jangan minat nak bela sebab ikut-ikutan.tengok orang bela arnab,kite pon beli la arnab.lepas dua hari dah boring.arnab terbiar,mati sudahnya.tengok plak orang bela sugar glider,kite pon heboh nak bela jugak.last-last sugar glider mati sebab da taknak menjaganya.tu contoh je..hehe..

fikir sebelum bertindak
sebenarnya apa yang perlu kite timbang tara sebelum kite memelihara seseekor haiwan tu?ramai antara kite yang cuba tuk memelihara haiwan tanpa persediaan yang rapi.kesannya?haiwan yang dibela tu terseksa,terbiar dan macam-macam la.cube kite tanya diri kite sendiri berberapa soalan sebelum nak bela haiwan nih.

>sah tak dari segi undang-undang?

-cek dulu..kalau nak bela sejenis haiwan tu,kena ade lesen ke tak.ataupon boleh ke haiwan tu dipelihara?contoh macam burung.ade burung boleh bela,tak payah pakai lesen.ade tu yang kena ade lesen kalo nak bela.ade tu yang tak boleh bela langsung sebab dikategori sebagai haiwan lindungan.papepon,cek dulu status haiwan tu. 

>ade tak kawasan nak pelihara binatang nih?
-ini penting sebab kalo nak beli kambing la katekan,rupenye tak boleh bela sebab kalo duk kondo tak boleh bela haiwan.contoh la..hehe.takpon sebab duduk asrama.mane boleh bela kat asrama kan..

pet Sugar Glider by SeeMidTN.com (aka Brent).
sugar glider

>dah study tentang haiwan yang nak dibela?boleh jaga,bagi komitmen?
-macam anak ayam,jangan ingat die kecik-kecik comel,dia akan stay comel camtu sampai besar.dia akan membesar.boleh tak jaga sampai die besar?kalo tak boleh,jangan ngengada nak bela.

>jangkahayat haiwan yang ingin dibela.
-pastikan anda boleh menyediakan penjagaan sepanjang hayat haiwan tu.name pon pet kan.kena la jaga sampai ke akhir hayat die.tak leh nak bela dua minggu pastu buang kat dalam tong sampah.kalo haiwan yang berumur panjang,macam burung kakatua.pastikan ade orang yang nak sambung bela.jual ke.yang penting die tak terbiar.

>ade tak klinik haiwan dekat-dekat?
-ni penting gak.kot-kot sakit ke.nak rujuk kat sape?doktor haiwan gak yang paling mudah.bawak je pegi klinik pastu bayar r..hehe..tapi bergantung gak.kalo haiwan yang anda nak bela tu terlalu eksotik,payah nak cari veterinar yang bole cater haiwan anda.contoh,bela penguin,silap haribulan,round satu mesia ni pon tak jumpe veterinar yang boleh rawat kalo die sakit.hehe


>cukup tak duit nak bagi makan dan ubatan haiwan ni?
-lagi eksotik haiwan yang dipelihara,biasanya lagi tinggi la belanja nya.so,pepandai la pilih bela yang termampu ea.


Muffled Compliments to the Chef by Furryscaly.
ade gak orang yang minat bela labah-labah


>boleh tak penuhi keperluan haiwan peliharaan anda?
-haiwan macam burung kakatua biasanya perlukan perhatian yang lebih.kena care lebih la.tak leh bia camtu je.bukan stakat tu,kawasan tinggal die kena perhatikan jugak.kalo pakai sangkar,tak boleh la sangkar yang kecik,kena la yang sepadan saiznya.kalo tak,tension la pet tu.


>kenapa nak bela sebenarnye?
-haa..ni penting nih.kena tengok alasan nak bela.kalo tak berpatutan,baek tak payah bela.antara contoh alasan yang munasabah :
     ~nak biakkan haiwan yang 'rare'.
     ~nak selamatkan haiwan yang terbiar.

alasan yang tak berapa patut :
      ~sebab cool,nak menunjuk(riak x elok).
      ~sebab saje nak ade sekor.


aku memang bersemangat bela ayam nih.aku mula-mula dulu start dengan 6 ekor anak ayam kampung kacuk(sume dah arwah da dalam kuali),sekarang da dekat 80 ekor ayam macam-macam jenis.satu perkara yang aku tak selesa ialah berjauhan dengan ternakan aku.terutama anak-anak ayam yang beumur bawah sebulan.yang mane diorang ni boleh dikategorikan sebagai "fragile" ataupun sensitif.bukannya aku tak caye orang-orang kat rumah untuk jaga,tapi itulah risiko yang terpaksa diambil sebab berbeza tuk orang yang mempunyai minat dan orang yang sekadar tolong-tolong gitu tuk jaga haiwan ni.

untuk seseorang yang mempunyai minat,biasanya die akan lebih perihatin tentang keadaan seseekor haiwan tu,dalam kes ni,anak ayam.contoh cam aku.pagi petang aku cek tengok keadaan ayam tu.ada sebarang perubahan ke,die macam sejuk ke,murung ke,selsema ke.dan untuk setiap perubahan tu,ada tindakan yang perlu diambil.katakan,ayam tu murung.mungkin sebab sejuk atau sakit.jadi,asingkan die kat tempat laen,buh bawah lampu dan bagi vitamin.dari masa ke semasa tengok-tengok keadaan anak ayam tu.insyaAllah dalam dua tiga jam dia akan segar balik.

kalau tuk orang yang sekadar tengok-tengok dan takde minat nak menjaga pulak,dia cume tunaikan kewajiban bagi makan,tengok air ade atau x.perasaan nak perhatikan keadaan anak ayam tu kurang.secara tak langsung sebarang perubahan yang berlaku takkan disedari.perlahan-perlahan sekor dua mati.mane yang kuat tu boleh la survive.kalo asal ade 10 ekor,yang hidup besarnya cume 7 atau 8 ekor.da rugi dua ekor.

soal rugi kite tolak belakang.cube pikiaq sat,matinya seekor haiwan bawah jagaan kite,kalo memang mati tua takpelah,memang dah ajal.tapi kalo matinya sekor haiwan tu atas sebab penjagaan tak betul,tak ke dah jatuh hukum menzalimi makhluk.lau camtu kira berdosa la kan?dok bersemangat nak bela tapi tak jaga elok2..cube elakkan.sebab tu lau nak memelihara haiwan ni,jangan dok sebab ikut-ikutan.orang bela,kite pon sama nak bela.tapi ilmu tak cukup,cara tak betul.kalo betul minat,belajar dulu A sampai Z.google mane yang patut.tipula terus nak master sume kan,tapi sekurang-kurangnya ade asas untuk mula memelihara haiwan nih.

saje je nak menaip sebenarnye..hehe..
sekian.wassalam.

Saturday, February 5, 2011

reban lagi!

asal cuti je wat reban.asal wat reban je cuti..hehe..arini stat wat satu lagi reban.panjang 10kaki dan lebar 3 kaki.wat 3 bahagian,satu 4 kaki lebar dan dua 3 kaki lebar.yang speselnye,dinding kali ni gunakan buluh.wat kelainan sikit,asek pakai wire mesh je.

tapi pakai buluh ni,penat sikit la.paling mencabar nak tebang buluh.bile da tebang,cabang die sangkut ngan buluh-buluh laen.nak tarik die kua tu,fuuhhh..bukan senang.seb baek buat bertiga.lepas la nak tarik.bile da tebang,kena la potong ikut ukuran yang dikehendaki.

buluh yang dipotong - 5kaki setiap satu

 pastu belah buluh,dapatkan kepingan-kepingan.wat cam papan la lebih kurang.

sebatang buluh leh belah 6,8 ikut saiz r

kepingan-kepingan tadi,paku je kat frame reban yang da dibuat.ikut la,lau nak wat dinding,paku kat dinding die.lau nak wat lantai,paku kat lantai.

pakukan kepingan buluh jadi dinding.cun kan?hehe

sebagai reinforcement,paku lagi sekeping buluh atas buluh-buluh yang dah dipaku sebelumnya.tambah je lagi paku biar tegap.tengok gambar,klik untuk besarkan.

ni belah kiri

yang ni kat sebelah kanan

setakat petang tadi,dinding belakang setel.reban aku tak siap lagi..sok maybe sambung wat.tapi aku tak join la sebab nak gerak balik pagi sok.selamat la sape2 yang bertuah..hehe.

p/s : mari vaksin ayam besok pagi.pas subuh mai r datang tolong.=)

sekian.wassalam.

Friday, February 4, 2011

yang mana satu,bourbon red atau jersey buff?

sejak aku obses dengan ayam-ayaman ni,banyak gak la benda baru yang aku belajar,dari sekecil-kecil benda sampai la sebesar-besarnye..hehe..cakap cam hebat sangat plak.point yang aku nak cakap,bertambah la sedikit sebanyak pengetahuan tentang benda yang simple-simple.yang utama,ilmu perlu terus dicari.takleh rase diri tu dah cukup ilmu dan cukup pandai.ape-ape pon,terima kasih la diucapkan kepada semua yang telah berkongsi ilmu secara langsung atau tidak.

merujuk kepada tajuk,bourbon red.nape la ayam belanda baka bourbon red mahal?adakah semata-mata kerana nilai estatik atau ade kelebihan baka bourbon red ini berbanding dengan baka-baka ayam belanda yang laen?

kalo ikut pembacaan aku dari website feathersite (ni link die : link) bourbon red ni merupakan satu baka yang terhasil melalui pembakaan pilihan (selective breeding) dari baka jersey buff untuk menghasilkan ayam belanda yang mempunyai warna yang lebih gelap.ini bermakna,bourbon red ni lebih cantik dari baka jersey buff yang jika dibandingkan dari segi warnanya, lebih pudar.

jadi,mahalnye bourbon red adalah kerana ke-"rare"-an dan kecantikkan warnanya.okeh,boleh la terima.macam ayam api-api jugak.ayam mutiara lavender lebih mahal dari ayam api-api biasa kerana dia lebih "rare" (tak ramai bela dan bilangan sedikit) dan lebih cantik.

meh kite tengok perbezaan antara dua baka ayam belanda nih :

kanan : ayam belanda baka red bourbon || kiri : ayam belanda baka jersey buff


persoalan die,adekah ayam belanda coklat yang anda beli itu baka bourbon red?atau sekadar baka jersey buff?kalo baka jersey buff,tak wajar la anda di caj dengan harga bourbon red.sebagai pengguna,periksa dulu sebelum beli.jangan men tibai je.hehe..

p/s : tengah bosan.so tulis je ape yang terlintas.hehe..

sekian.wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...