Translator

Sunday, July 6, 2014

Kenduri Arnab!

(Haaa, kira bayar hutang la satu post yang sangat lama menjadi draft. Hihi. Draft ni bulan Disember tahun 2012 kot. Hahaha.)

Sebagai budak semester akhir, kadang-kadang benda yang nak buat tu terasa gila, tapi dilayankan jugak sebab.. kalau tak buat, bila lagi nak buat kan? Jadi, persetujuan telah dicapai, kesepakatan semua housemate untuk kenduri arnab. Kehkehkeh. Ini rare.

So kami pun beli la tiga ekor arnab, sedang-sedang elok untuk sembelih. Berbekalkan muka kacak dan ayat manis, jatuhlah seekor arnab hidup ni dengan harga RM18. Okay la kot. Eksaited punya pasal, layan je la harga tu. Haha.
Waktu beli arnab
Aku la yang tukang sembelihnya. Selamat tiga ekor arnab disembelih. Sembelih kat longkang tepi padang bola V5 tu. Kawasan longkang tu lereng ke bawah, jadi takde la menarik perhatian.
Selamat sudahhh
Asalnya nak buat BBQ. Tapi mengenangkan semua macam sibuk nak study, jadi Kedai Nasi Banyak (ini nama gelaran kitorang bagi) kat Medan Selera Sri Iskandar tu menjadi pilihan. Mintak pakcik tu tolong masakkan.
arnab masak padprik
Selain dari dua jenis masakan arnab, arnab masak padprik dan arnab masak merah, kami order jugak nasi goreng biasa dan air bermacam jenis.
arnab masak merah
Macam yang dah diberitahu, disebabkan muka yang kacak dan ayat yang power, total cas yang kami kena untuk semua makan minum tu hanyalah RM12. Hahaha. Sangat ragu-ragu time nak bayar tu. Tapi layankan jugak. Rezekii..

Moga bersemangat nak menulis.

Sekian. Wassalam.

Hihihi

Amboihhh..Berkurun tak menjengah ke sini. Haha

Bermacam perkara dah jadi dalam masa tak update chickenisme ni. Tunggu masa je nak korek balik semua cerita, tapi tak tahu bile. Alasan biasa, sibuk kerja, tak sempat nak jenguk ke sini.

Ada masa nanti.. dan semangat. InsyaAllah update balik. =)

Sekian.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...