Translator

Sunday, December 2, 2012

puteri mandi jadi puteri lemas?

alkisah mengidam nak makan sejenis kuih tradisional yang bernama puteri mandi. memang tak pernah lagi jumpa orang jual kat pasar tani atau pasar minggu, melainkan jumpa kat kenduri-kendara sahaja. ataupun yang makcik aku buatkan.

sebagai seorang yang tinggi sifat ketidakbergantungan kepada orang lain (hahahahaha) ataupun bahasa mudahnya, berdikari, aku pun teragak nak buat sendiri kuih ni. secara teorinya, nak buat tak susah. tapi tulah, nama pun teori.

teori resepi puteri mandi aku rasa leh jadi, antara bahan yang diperlukan ialah:


  1. tepung pulut - ni untuk buat puterinya
  2. garam - sikit je, campur dalam air untuk uli tepung pulut.
  3. gula melaka
  4. santan
  5. daun pandan
  6. isi kelapa yang dikukur
cara pembuatan amat mudah :
  1. uli tepung dengan air bergaram. tapi jangan la buat air tu sampai jadi masin. cukuplah sekadar ada rasa garam.
  2. uli sampai boleh bentuk, jangan terlalu cair.
  3. cubit sikit, bulatkan dengan tangan dan tekan di bahagian tengah. ala-ala bentuk sel darah merah.
  4. ulang langkah 3 sampai habis semua tepung yang dah diuli.
  5. bila da siap, jerang air sampai menggelegak kemudian celur tepung yang dah dibentuk tadi.
  6. agak-agak dah 3minit celur, angkat la.
  7. siap da puteri nya.
tepung yang dah dibentuk sebelum dicelur










dalam proses mencelur

okeh, sekarang nak buat kuah sira nya pulak. ada macam-macam versi puteri mandi ni. ada orang buat berkuah, ada yang cuma buat sira sahaja. dalam kes aku ni. aku buat jenis yang berkuah. dan disebabkan takda santan dan kelapa muda kukur, aku gantikan guna susu dutch lady dan juga kelapa laut dalam tin. hahaha. suka hati je ubah.

proses memasak kuahnya


jadi, cara-cara masak? begini :
  1. panaskan air, masukkan gula melaka. masak sehingga gula melaka itu cair seluruhnya.
  2. tambah susu rendah lemak dan juga isi kelapa laut yang dah dipotong kecil.
  3. masak sampai sebati, masukkan jugak sehelai dua daun pandan untuk aroma yang tak tertahankan. hahaha.
  4. siap!
hasilnya? dengan bangga aku kata boleh dimakan. hahahahahahaa. cuma komen aku kepada diri sendiri: 
  • saiz puteri terlalu besar. aku tak ambil kira pulak yang bila dah masuk air, puteri ni jadi kembang.agak muak jugak bila makan puteri yang saiznya sebiji-sebiji tu agak besar.
  • jangan guna susu. tak berlemak langsung. tak ummmpphhhh. tak kaw. tapi masih boleh dimakan. cuma, tulah.. takde kick.
  • isi kelapa laut? boleh tahan, tapi memang takleh lawan dengan isi kelapa kukur.
  • akhir sekali, aku buat kuah banyak sangat. cayaq. cair . rasanya lebih sedap kalau kuahnya pekat sedikit.
nilah hasil akhir kuih puteri mandi versi bujang kurang kasih sayang.. hahahahahaha

kuih puteri mandi


rupa dia tak hensem langsung. sedih aku tengok. hahaha. tapi rasanya leh tahan la. hehe.

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...