Translator

Monday, October 29, 2012

cockatiel

cockatiel.. ohh cockatiel..

da dekat dua bulan da sepasang cockatiel ada kat rumah, hasil aku melawat 'negara kelantan' pada cuti sem lepas. hehe.. hasil jual 3 ekor lovebirds aku, boleh la dapat sepasang cockatiel ni. satu kelabu, satu lagi pearl. kalau tengok dari gayanya, si kelabu tu dah mula menggesel-gesel si pearl. mula nak mesra lah tu. aku target, mungkin dalam hujung tahun depa ni dah cukup matang untuk membiak.

gambar cockatiel:
cockatiel - tiel

moganya menjadi lah pair ni. :D

* target baru, masked lovebirds. payah betul nak jumpa. mesti harga pun boleh tahan mahal. gambar credit to (Brisbane Lovebirds)

masked lovebirds


sekian. wassalam.

Sunday, October 28, 2012

nak lawan congkak? silap orang lah beb..

hahahahaha.. aku kalau teringat balik pasal main congkak ni, memang terasa nak gelak je. terbayang muka adik-adik aku 'struggle' nak menang ngan abang diorang. ah, memang takkan la. sebab abang ada 'magic hand'. hahaha.

ni gambar kat bawah, baru dua round, dah habis rumah terbakar. tinggal satu je.
congkak - permainan tradisional

boleh tahan kejam aku nih. tapi, kalau main betul-betul jujur, entah boleh menang ke entah tak. hehe..

sekian. wassalam.

Sunday, October 14, 2012

Update : Homestay Di Bandar Indera Mahkota 8

ingat tak dulu aku ada tolong promosikan homestay kawan? rujuk SINI. kali ni nak tolong promosi sekali lagi. hehe.. promosi free je. ;-D

ada berberapa penambahbaikkan yang telah dibuat oleh tuan rumah, iaitu;

1) bilik yang dahulunya ada dua katil single telah diganti dengan satu katil bersaiz "ratu". kehkeh 
2) bilik yang dahulunya ada satu katil single telah ditambah satu lagi katil single. 
3) ada satu katil single extra yang disimpan dibawah tangga.

dan satu lagi.. kawasan Indera Mahkota tu, satu Mackers (kat Sydney aritu, orang sana panggil McDonalds sebagai Mackers) telah dibuka. jadinya, terasa nak makan McDonalds? kena sewalah homestay ini.. hahaha.

disertakan dibawah adalah peta dimana terletaknya Bandar Indera Mahkota 8.
Lokasi Bandar Indera Mahkota 8, Kuantan Pahang.
aku dah sampai dah kat homestay ni. besar, luas dan selesa. caj sewa sehari yang dikenakan pun aku rasa boleh tahan murah. tapi kalau pandai pancing ayat, bertambah-tambah murah la jadinya. hehehe.

singgah di Kuantan tapi takda tempat nak tinggal? silalah roger tuan rumah :




sekian. wassalam.

Friday, October 12, 2012

pisang!

benefits of banana


antara manfaat dan khasiat pisang. ataupun orang kampung aku panggil banana. ha, apa lagi? mari makan pisang kawan-kawan! jangan dok makan jajan ataupun makanan segera.

teringat waktu aktif silat olahraga dulu, pisang dan air mineral adalah solusi termudah bila timbang tak cukup berat. makan pisang banyak-banyak sampai berat naik. hahaha.. aku pun pelik, tapi coach suruh makan. aku ikutkan jelah.

*sebenarnya tak pernah ambil kisah sangat fasal khasiat makanan. asalkan sedap, telan je. syukur lah aku memang tak berapa suka jajan-jajan ni.

sekian. wassalam.

Thursday, October 11, 2012

bila bosan tahap tertinggi

alkisah housemate semua takde, hilang entah ke mana. bagusnya diorang ni hilang camtu je. tau-tau aku dah tinggal sorang. bosan tahap gaban membuatkan aku tiba-tiba terasa nak handfeed burung.

lovebird? payah nak dapat. mahal pun boleh tahan. jadi solusi yang termudah, aku cari budgie. murah dan mudah didapati. hehehe.

layan gambar sepam:

budgie

burung budgie

burung budgie - selepas handfeed
sengaja je melayan kebosanan diri. tapi, bila dah ambil budgie ni, terasa nak handfeed lovebird balik.. haih.. nafsu.. hahaha

p/s : kat rumah tuan budgie ni, ada jual silver bantam.. cantiknya. memang teringin lama dah kat silver bantam  ni. tak dapat-dapat lagi.

sekian. wassalam.

Tuesday, October 9, 2012

apa yang tinggal

untuk pengetahuan sekalian, aku dah pun menjalankan aktiviti penghapusan etnik kat reban aku. dah lama jugak la sebenarnya cuma aku yang taknak update kat sini. sibuk la katakan. aku terasa sejak aku mula praktikal (oct 2011 - may 2012) aku dah tak berapa nak ada masa untuk ayam memandangkan jarang-jarang aku balik.  jadinya, depa pun agak kurang kasih dan sayang daripada aku. hehe.

sekarang yang ada cuma silkie (ayam selasih sutera) betina dua ekor, seekor pejantan bulu balik, dan berberapa ekor ayam kampung.

ayam selasih sutera + ayam bulu balik
tapi taklah bermakna aku dah pencen dalam bidang per-ayam-an ni. sekarang reban aku berada dalam fasa berehat. masa yang ada ni cadangannya nak baiki mana yang rosak dan sedia untuk kemasukan baru. nanti dah graduasi (insyaAllah jan 2013) kita bergasak balik ye. hahaha

sekian. wassalam.

good news

sebenarnya dekat rumah dah takde lovebird da. untuk sebab-sebab tertentu, semua dah tolak kat orang lain termasuklah si Mat dan Leya. walaupun diorang semua dah ada kat tangan orang lain, tapi aku update la ngan cerita diorang.

alhamdulillah si Mat dan Leya da mula bertelur balik kat rumah owner baru. syukur jugak si janda cream aku tu pun dah bertelur dengan lelaki baru, orang terengganu. kalau difikirkan, lama jugak dia ni menjanda. dekat setengah tahun jugak. hehe. ni gambar depa :

si janda bersama suami baru

Mat n Leya kat tempat baru
tak bermakna bila aku jual diorang ni maksudnya aku dah malas nak bela burung. semangat masih ada. tapi komitmen kurang. insyaAllah lepas graduasi nanti aku mula balik. :D

sekian. wassalam.

Wednesday, October 3, 2012

damai yang ku cari

penatnya buat programming. rasanya macam aku sorang je budak engineering yang jadikan programming sebagai projek tahun akhir. lone ranger beb. haha..

mak pesan, kalau lama-lama tatap komputer tu, alih la pandangan tu tengok dedaun hijau. rehat sebentar. kot lama-lama sakit mata tu nanti. jadi, aku dengan bijaknya (kihkihkih) menukarkan background wallpaper aku kepada gambar dedaun. asal ada hijau tu layan la kan? :-P



*semoga wallpaper baru menambahkan semangat nak buat projek!
sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...