jadi, langkah-langkah nak memproses bunga cengkih :
1) bunga cengkih yang dah dipetik diratakan atas talam / loyang / dulang untuk dijemur.
2) satu peringatan, proses menjemur bunga cengkih mesti dilakukan sampai bunga cengkih tu betul-betul kering. barulah sesuai untuk disimpan.3) kalau tak cukup kering, sila jemur semula. potensi bunga cengkih tu nak rosak / berkulat / busuk adalah tinggi. =)
Bunga dan buah cengkih yang baru dipetik |
jemur bunga cengkih. yang dah kering dan yang baru |
sedikit informasi dari pak wiki :
Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.
Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.
Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.
semoga bermanfaat. =D
p/s : ade jugak pokok kulit kayu manis. nanti aku share pasal eh.
sekian. wassalam.