Translator

Monday, June 25, 2012

bunga cengkih

ada kat umah pokok cengkih nan sebatang. walaupun sebatang, tapi hasil dia boleh tahan. kiranya memang sampai sekarang tak pernah lagi pergi kedai mencari bunga cengkih. bahkan ada gak lebihan, biasanya saudara mara yang datang dapat la sikit. pancit gak la aku duk memanjat kutip bunga cengkih nih. nak kena pakai tangga bagai. sebabnya bunga cengkih ni ada kat hujung-hujung dahan. kat belah pucuk-pucuk atas. pffttt.

jadi, langkah-langkah nak memproses bunga cengkih :

1) bunga cengkih yang dah dipetik diratakan atas talam / loyang / dulang untuk dijemur.
2) satu peringatan, proses menjemur bunga cengkih mesti dilakukan sampai bunga cengkih tu betul-betul kering. barulah sesuai untuk disimpan.
3) kalau tak cukup kering, sila jemur semula. potensi bunga cengkih tu nak rosak / berkulat / busuk adalah tinggi. =)

Bunga dan buah cengkih yang baru dipetik

jemur bunga cengkih. yang dah kering dan yang baru

sedikit informasi dari pak wiki :

Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

semoga bermanfaat. =D

p/s : ade jugak pokok kulit kayu manis. nanti aku share pasal eh.

sekian. wassalam.

4 comments:

aneez abdul ghaffar said...

nt ko tunjuk lak cmne org buat kulit kayu manis tu jd serbukkk.....dulu arwah nenek aku ajar gune serbuk die tu buat masker ...pedih nak mampus dowww hahahha seb x melecur kulit aku

Afzainizam said...

Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :
1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia
4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan
Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya

insyaAllah ada hikmah dan manfaatnya, saya pun belum pernah cuba. InsyaAllah kalau ada kesempatan nak juga cuba, wallahualam. Anda boleh cuba kalau nak, tiada paksaan..hehe.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy paintless dent removal

@in said...

salam... saya memang mencari bunge cengkih dari pokok untuk dibuat ubat. boleh tak call saya.
nurul 0122090819

@in said...

salam... saya memang mencari bunge cengkih dari pokok untuk dibuat ubat. boleh tak call saya.
nurul 0122090819

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...