Translator

Saturday, September 29, 2012

tarik nafassssss

uiyo, lama sungguh tak menjengah ke sini. sejak dua menjak masuk ke era tahun akhir, masa tu rasa tak cukup je. walaupun selalunya duduk melepet atas katil. hahaha. 

banyak sangat nak kemaskini. sungguh banyak. gamaknya satu entry baru setiap hari sampai tahun depan pun tak pasti habis apa yang ada dalam kepala ni. hehe. cerita-cerita waktu praktikal dulu (Oktober 11 - May 12) tak masuk lagi. semua da bertimbun-timbun. lama-lama jadi malas. oh tidak.

update mudah kali ni. hanya perlu rujuk kepada gambar di bawah : 
Coogee Beach

Sydney Opera House
disebabkan muka ini tidak fotogenik apatah lagi fotogedik, aku mewakilkan kasutku yang hensem untuk bergambar.. hahaha.

cerita panjang nanti ye. :D

*semester terakhir, sungguhku tak sabar-sabar nak habiskan, pastu kahwin. hahaha

sekian. wassalam.

Saturday, September 8, 2012

Serval Kitten For Sale

Ni aku nak promosi satu benda lagi. Oleh kerana menarik sangat, aku takleh tahan tuk kongsi kat sini. hehe..

anak kucing serval , harga rm35000. yes. 35K. murah kan? ini gambar induknye. kucing ini berasal dari benua africa,  import dari luar, macam harimau bintang :


Adult Serval Cat

quoted from Pasar Burung Malaysia LINK :

Yang Berminat dengan Baby Serval Cat..umur 4 week..Harga RM35,000 + Lesen + Penghantaran....Skrg Baby masih menyusu 5 kali sehari....berminat boleh Call or PM...0195445135
serval kitten

So macam mana? ada minat? kalau jadi beli penghantaran percuma. lesen pon ada. tinggal bayar je. masyaAllah, cantik memang cantik. tapiii, harganya leh angkat ER-6 sebijik. siapa yang berminat leh la contact no yang tertera di atas. rasanya orang terlebih kaya, ataupun zoo je yang akan beli ni. aku? hihi.. tak dapek jep.

sekian. wassalam.

Friday, September 7, 2012

Promosi Puyuh

da lama tak post benda kat sini. abang final year ni sibuk sikit. haha. baiklah, merujuk kepada tajuk entry ni, aku sengaja nak tolong promosikan produk puyuh seorang sahabat ni, seorang pengusaha ternakan puyuh bumiputera.

Khairul Azwan Bin Abdul Razak.
No Tel : 013 - 6037 650
FB : Khairul Azwan Abdul Razak
Blog : AZWAN AGRO ENTERPRISE

beliau mengusahakan ternakan puyuh dalam kapasiti yang besar, makanya bekalan daging puyuh, anak puyuh atau telur puyuh sentiasa ada sedia untuk jualan. bukan setakat itu, jikalau sesiapa ingin mendapatkan baja najis puyuh pun bolehlah menghubungi beliau. di atas aku da sertakan link untuk facebook dan juga blog beliau. untuk maklumat lanjut, sila la rujuk di sana. :)

ini aku copy post terbaru dari blog beliau :

Salam mesra buat semua....buat masa ini kapasiti pengeluaran telur puyuh di reban saya telah meningkat hingga kira2 1400 biji sehari...jadi kepada sesiapa yg berminat utk menggunakan telur puyuh samada kegunaan sendiri mahupun berniaga, anda adalah amat dialu2kan...untuk mereka yg membeli secara borong, harga menarik menanti anda.

terima kasih.

suka suki je aku promot brader ni. dari takde post ape-ape, baik aku tolong promosi. mudah-mudahan murah rezeki die.

* kot-kot brader Azwan bace post ni, harapnya tak kisah lah ye aku share butiran die ni. promosi percuma ni bang, keh keh keh.

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...