Translator

Tuesday, December 28, 2010

rookie mistake : ayam kapan atau ayam serama?

aku rase ayam yang selama ni aku panggil ayam serama sebenarnye ayam kapan ataupun lebih dikenali sebagai ayam katik..sebab ayam-ayam "serama" besar (tapi kecik lagi berbanding ayam kampung) dan tak mendada.cume ekor dan kepak je yang tegak.bawah ni ade membincangkan perbezaan ketara antara ayam serama dan ayam kapan a.k.a ayam katik:

ciri-ciri yang membezakan antara ayam serama dan ayam kapan a.k.a ayam katik (credit to: http://harlfirtz.tripod.com/seramachicks/index.html ) :

1) saiz balung kepala :-
    serama : kepala kecil,lebar muka lebih kurang 1 inci,saiz balung kecil, ukuran lebar balung kurang 1 inci.
    kapan / katik : kepala lebih besar, lebar muka sehingga 1.5 inci dan balungnya sehingga 2 inci.

2) berat timbangan :-
    serama : kurang 500gram.
    kapan / katik : 500 hingga 800gram.

3) ketinggian ayam (jarak balung ke tanah) :-
    serama : kurang 8 inci
    kapan / katik : mencapai ketinggian 12 inci.

4) kokokan ayam :-
    serama : kok...kok...kok...kok (bunyi hujung pendek)
    kapan / katik : kok...kok...kok...koooook ( bunyi hujung panjang )

5) saiz lebar pinggang :-
    serama : ramping dan halus.
    kapan / katik : besar dan lebar.

meh layan gambar, tengok perbezaan antara serama dan kapan / katik (gambar ihsan encik google) :

ni ayam kapan / katik
ni ayam serama

kalo ikutkan 5 ciri-ciri kat atas, sahlah yang "serama" aku ni adalah kapan sebenarnye.maaflah atas 'ketidaktepatan' info selama kini.almaklumlah,saya budak baru belajar..hehe..

sedikit pesanan kepada sesiapa yang hendak membeli ayam serama, pastikan ayam yang anda nak beli tu ayam serama,bukan ayam kapan atau ayam katik.sebab harganya berbeza.

p/s : patutla selama ni bapak aku tak sebut ayam serama, die sebut ayam kapan.aku ingat same je.hehe..

sekian.wassalam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...